Kota Kinabalu: Ounsikou Ginawoku, lagu dusun penyembahan dan pemujian Tuhan Yesus Kristus yang diciptakan selepas kemalangan lima tahun lalu, terus memberkati jemaahNya di Sabah.
Yesus No O Ralan Om Katapatan Om Koposion (Yesus lah Jalan Kebenaran Dan Kehidupan) – album sulung ORI Sidang Injil Borneo (SIB) Pekan Telupid Sandakan itu setakat ini telah dijual sebanyak 1,000 CD untuk mengutip dana membina bangunan gereja baharu berharga setengah juta ringgit di tempat yang sama. Album itu dilancarkan bulan Ogos tahun lalu.
Tetapi lagu itu lebih lekat di hati jemaah dengan lirik pertamanya Ounsikou Ginawoku Kumaa Dia Tuhan (Hati ku bersyukur kepada Mu Tuhan).
Penciptanya ialah Morries Jablee Ontong, 37, seorang dekan (pegawai gereja) dan pemimpin pujian gereja itu dan bekas penyanyi lagu duniawi dusun yang sudah bertaubat.
Katanya, dua bulan sebelum lagu itu diilhamkan oleh Roh Kudus pada 2hb Februari 2012 dia tercedera dalam rempuhan kereta pada pukul 2 pagi, semasa berkerja di bengkel barangan letroniknya di No 2 Pekan Telupid.
Kereta Myvi putih yang dipandukan oleh dua remaja dalam keadaan mabuk menembusi pintu penghadang besi kedai dan terus mencederakan dia di bahagian kaki, tangan, leher dan muka.
Selepas dirawat di klinik berhampiran, Morries berkata dia balik ke rumahnya dibelakang kedai dalam keadaan sakit dan terkejut sambil menanyakan Tuhan kenapa kemalangan itu berlaku.
Beliau terpaksa menutupi bisnesnya yang baru sahaja dimulakan selama dua bulan kerana mengalami kerugian besar, dan kedai dan barangannya rosak teruk.
“Selama dua bulan selepas kemalangan itu saya hanya mampu memetik gitar dan menyanyi lagu lagu rohani.
Tujuan saya ialah mencari ketenangan hati dalam perasaan putus asa oleh kerana tiada jalan keluar daripada masalah itu,” katanya.
Tiba tiba dia merasakan suatu keyakinan untuk menciptakan lagu rohani dan disitulah ilham Roh Kudus bermula.
“Ada bisikan di dalam hati saya : ‘Justeru yang kau lalui saat ini itulah lirik dan lagu yang kau buat’”.
Maka saya teringat Yohanes 14:6. Yesus berkata : Aku Jalan dan Kebenaran dan Kehidupan. Tidak ada seorang pun datang ke Bapa kalau tidak melalui Aku.
Saya yakin setiap kali firmanNya yang hidup dinyanyikan dengan iman, Roh Kudus berkerja dalamnya.
Tambahnya, selama lima tahun dia merahsiakan namanya sebagai pencipta kerana “tidak mahu mencuri kemuliaan Tuhan Yesus”.
“Amin Tuhan Yesus layak dipuji dalam lagu Ounsikou Ginawoku kerana bersyukur atas perlindunganNya ke atas diriku dalam peristiwa itu.
“Tuhan telah menggagalkan rancangan Setan. Selepas itu iman saya semakin kuat sehingga dapat membuat tujuh buah lagu lagi”.
Sebagai penghargaan kepada Tuhan dan gereja yang membantu memulihkan perniagaannya dia menyerahkan semua hasil penjualan CD kepada dana bangunan baharu.
Encik Joinin Apion, antara barisan penyumbang suara dalam CD sulung SIB Pekan Telupid. Pendeta Johnes juga telah mencipta 2 buah lagu dan Puan Rosmaineh juga mencipta 2 buah lagu untuk CD sulung. Isteri pendeta antara pendoa syafaat keberhasilan CD sulung SIB Pekan Telupid.
|Share The Good News|
Samuel Nijjar
Leave a Reply