Diberkati Menjadi Umat Tuhan: Pemahaman Berkat Alkitabiah

 

Nota: Ini adalah sebuah artikel Kristian

 

Sebagai umat Tuhan, kita telah menerima daripada Tuhan keyakinan bahawa kehidupan akan menjadi baik, walaupun dalam menghadapi kesukaran atau tekanan, kerana Tuhan berdaulat. Untuk diberkati – atau merasa diberkati – melampaui kebahagiaan dalam pengunaan biasa istilah itu. Dalam keberkatian, pertama kita mengetahui bahawa diri sendiri dan orang-orang terdekat (keluarga, komuniti, negara kita) hidup dalam nikmat Tuhan, menerima dari Tuhan rezeki dan keselamatan yang diperlukan untuk menghadapi hari esok dengan yakin. Di samping itu, makna diberkati oleh Tuhan mempunyai konotasi kesejahteraan yang kukuh yang membenarkan orang yang diberkati untuk bervisi, untuk mengambil risiko, memberi dengan tangan yang bebas dan ikhlas dan untuk hidup “dengan jiwa yang tenang” kerana kita tahu Tuhan benar-benar komited untuk menjaga orang yang beriman. Untuk diberkati adalah untuk hidup sepenuhnya, menjangka masa depan yang menggembirakan, dan dengan keyakinan bahawa tidak kira tekanan hari itu, seseorang akan melaluinya dengan bantuan Tuhan.

 

 

Di dunia purba, orang menganggap bahawa tuhan-tuhan, yang tidak bekerja dan tidak terjejas oleh ketakutan atau kelaparan, merupakan golongan diberkati. Mereka yang berkongsi keistimewaan seperti tuhan-tuhan ini dianggap diberkati juga: orang kaya yang mempunyai makanan, orang bijak yang mempunyai pandangan jauh, dan orang yang boleh sering duduk berehat. Aristotle menggunakan istilah Yunani untuk perkataan “diberkati” untuk menggambarkan orang yang hidup dalam kapasiti manusia sepenuhnya, menjalankan hidup yang berakhlak dalam kehidupan yang bebas daripada tenaga kerja dan kekurangan. Alkitab memperkaya konsep dari dunia purba ini dan secara radikal mengubahnya.

Dalam Perjanjian Lama, golongan yang berbahagia adalah mereka yang hidup dalam perjanjian dengan Tuhan (Kejadian 17:7). Ia bukan suatu keadaan untuk diusahakan tetapi untuk diterima sebagai anugerah daripada Tuhan. Berkat ini mengalir ke tanah, misalnya dalam bentuk tuaian yang berbuah, kepada keluarga (pewaris yang banyak), dan kepada negara dalam peranannya menunjukkan kepada dunia kebenaran Tuhan dengan menunjukkan keberkatian.

 

 

Kemakmuran material umum adalah sebahagian daripada persembahan Perjanjian Lama tentang kehidupan yang diberkati (Ulangan 11:26-28). Selalunya berkat dikontraskan dengan sebaliknya: pengisytiharan oleh Tuhan bahawa orang itu, dengan keputusannya sendiri, berada di luar perjanjian dan tidak tersedia untuk keberkatan tetapi sebaliknya dalam kehidupan yang penuh dengan musibah.

Dalam Perjanjian Baru, visi berkat yang sangat baru muncul. Berbeza sekali dengan orang dahulu kala, kini mereka yang hidup pada tahap ekonomi yang rendah namun menaruh harapan kepada Tuhan untuk keperluan harian mereka akan menemui keberkatan. Lima puluh kali dalam Perjanjian Baru, berkat disebutkan. Empat puluh empat ia disebut, berkat itu adalah keindahan, pengumuman harapan baik kepada orang yang paling tidak mengharapkannya seperti orang miskin dan tidak berdaya.

Dalam Injil Matius, sebagai contoh, orang yang berbahagia ialah yang miskin di dalam roh, yang berdukacita, yang lemah lembut, yang lapar, dan yang teraniaya. Mengapa mereka? Dan bagaimana keberkatan dapat menggambarkan mereka? Atas dua sebab, Alkitab menjelaskan.

 

 

Pertama, mereka diberkati kerana mereka tidak bermegah dengan diri sendiri, jadi tidak tersinggung dengan Juruselamat yang wafat sebagai penjenayah Rom di atas salib (biasanya dilihat pada masa itu sebagai hukuman mati yang menghinakan). Orang-orang miskin dan lapar yang diberkati ini melihat Yesus dengan mata yang jernih, bukan seperti orang kaya dan berkuasa yang cenderung menolak Yesus sebagai rabbi yang sesat atau nabi yang gagal. Kedua, orang miskin dan lapar diberkati kerana mereka dapat memahami masa depan yang Yesus perkenalkan. Inilah intipatinya.

 

 

Kerajaan Tuhan telah tiba, kata Yesus. Ini adalah berita baik kepada mereka yang kurang diberi keistimewaaan, berita buruk kepada mereka yang sudah begitu akrab dengan hidup mereka sehingga kerajaan baru, apalagi kerajaan yang diarahkan Tuhan, akan mengganggu kehidupan mereka yang sudah begitu selesa.

Untuk diberkati bermakna untuk menerima roh Tuhan (Galatia 3:8), pengampunan-Nya (Roma 4:7-8), dan juga kekuatan-Nya untuk menghadapi cabaran hidup (Yakobus 1:12). Ia adalah mempelajari untuk mencari keyakinan dan kedamaian dalam persekutuan dengan Tuhan, dan semua karunia baik yang kekal, bahkan sehingga ke rohani dan jiwa kita, dari-Nya yang melampaui segala perkara duniawi. Mereka yang diberkati seterusnya dipertanggungjawabkan untuk berkongsi berkat Tuhan dengan orang lain (Roma 12:14-21).

 

 

Ini adalah sebuah artikel Kristian yang ditulis melalui lensa iman penganut Kristian dan ditujukan untuk pembaca Kristian yang lebih biasa dengan Bahasa Malaysia. Ia diadaptasi dan diterjemahkan dari artikel yang pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris.

 

|Kongsilah Berita Baik|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*