Saya Melihat Yesus Kristus Ketika Saya Mati – Tony Low

Tony Low (kanan) bersama isterinya, Ashley (kiri), dan anaknya, Lennard (tengah). Dia masih berkongsi kesaksiaannya, baru-baru ini di Ipoh (2022; https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=mNrdRra8kEs) dan Singapura (2023; https://www.mpcc.org.sg/event-details/tony-and-ashley-low-mpcc-9am-sunday-26th-mar).

 

Nota: Ini adalah sebuah artikel Kristian. Artikel asal oleh Adeline Lum, diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia oleh Jason Law CM. 

 

Kisah Tony Low merupakan satu kesaksiaan yang penuh impak semasa beliau mengkongsikannya hampir satu dekad lalu dan kuasanya masih kekal dan diingati sehingga hari ini. Malah, ramai yang masih mencari kisahnya di laman web kami dan tidak lama dahulu, ia dipaparkan dalam buku oleh pengarang Kristian tempatan yang diketahui ramai.

Kira kira 27 tahun yang lalu, Tony Low disahkan menghidap barah hidung. Barah itu merebak ke otaknya. Apabila Tony meninggal dunia, dia melihat Yesus Kristus, seorang lelaki bercahaya yang berpakaian jubah panjang. Yesus membangkitkan Tony daripada kematian! Dan sehingga hari ini, Tony masih hidup – bercakap dan memuji Tuhan kerana kuasa penyembuhan ajaib-Nya yang menyelamatkan nyawanya. Yesus adalah Tuhan peluang kedua.

 

 

“Saya telah berpaling daripada Tuhan selama lima puluh tahun sehingga saya melihat Yesus Kristus. Jadi, apa yang saya pelajari daripada Tuhan?

“Tidak kira apa bahasa yang anda gunakan – Perancis, Sepanyol, Itali – apa sahaja bahasa itu, Tuhan memahami bahasa doa! Jadi, jika anda mahu bercakap dengan-Nya, anda perlu bercakap melalui doa,” kata Tony Low.

 

 

Tony sepatutnya mati kerana barah otaknya. Ketika kejadiaan, doktor menghendaki isteri Tony, Ashley Low, dan bapa Tony menandatangani borang kebenaran untuk mematikan mesin sokongan hayatnya. Tetapi Ashley menolak. Pada hari kelima selepas operasi otaknya, Tony mendapat penglihatan.

Perkara pertama yang dilihatnya ialah tubuhnya yang terbaring di atas katil.

“Saya bertanya kepada diri sendiri, ‘Mengapa saya melihat diri saya sendiri?’ Kemudian, suara yang sangat kuat berkata, ‘Pandang ke atas.'”

“Saya melihat matahari yang terang jauh di langit. Ia seperti Syurga terbuka. Awan bergerak ke kanan dan ke kiri menjauhi pusat. Dan matahari yang luar biasa ini mula turun.”

 

 

“Sejurus kemudian, objek itu mula berubah bentuk. Saya menyedari bahawa ia bukan matahari! Ia adalah suatu makhluk, seseorang yang memakai gaun panjang seperti warna matahari, bersinar sangat terang,” kata Tony.

Cahaya tulen terpancar dari makhluk itu sehinggakan Tony hanya dapat melihat susuk tubuhnya. Langkah demi langkah, makhluk itu semakin dekat. Akhirnya, makhluk itu berdiri di sebelah kanan Tony.

“Jadi, saya selalu bertanya kepada semua pendeta, ‘Mengapa Tuhan ini sangat pemalu? Dia tidak mahu bertentang mata dengan saya.’ Tetapi sekarang saya tahu Alkitab. Keluaran 33:20 berkata, ‘Kamu tidak dapat melihat wajah-Ku, kerana tiada seorang pun boleh melihat Aku dan hidup.’

“Saya boleh memberitahu anda bahawa Tuhan yang anda sembah hari ini pada dasarnya adalah terang sinar! Pergi ke 1 Yohanes 1:5. Yesus adalah cahaya dan tidak ada kegelapan pada-Nya sama sekali,” kata Tony.

 

 

Suara TUHAN bergemuruh seperti guruh. Mendengar suara-Nya, tubuh Tony bergetar di hadapan-Nya. Yesus berkata kepada Tony, “Tony, jangan takut…. Ingat ini.…. Saya berjalan di hadapan kamu sehingga akhir sisa hayat kamu.”

Tony bangun pada hari ketujuh. Isterinya Ashley segera membawa masuk doktor untuk menguji buah pinggang dan paru-parunya. Buah pinggang dan paru-parunya befungsi seratus peratus seperti biasa.

Tetapi apabila pakar bedah otak datang, dia memberitahu Tony bahawa dia telah mengeluarkan satu perempat daripada otaknya. Akibatnya, Tony akan lumpuh dari bawah lehernya.

“Anda tahu Tuhan tidak pernah memberi saya sesuatu tanpa sebab. Saya lumpuh kerana saya seorang yang degil. Saya terpaksa memakai lampin kerana saya tidak boleh pergi ke tandas.

“Dua jururawat terpaksa menggendong saya, seorang di sebelah kiri dan seorang di sebelah kanan untuk membantu saya duduk di atas mangkuk tandas. Dan jururawat-jururawat ini adalah wanita! Tuhan memberitahu saya, ‘Anda mahu hidup seperti ini tanpa saya?’

“Jadi, saya menjadi sangat lapar kepada Tuhan. Saya duduk di atas kerusi roda dan setiap paderi akan bertanya kepada saya soalan yang sama, ‘Anda tidak boleh menggunakan tangan anda. Seseorang boleh meletakkan Alkitab di hadapan anda. Tetapi siapa yang menyelakkan muka surat Alkitab untuk kamu?”

 

 

“Ahhh… lebih baik kamu datang dan kenal Tuhan ini. Dia mempunyai rasa humor! Lumpuh dari leher ke bawah, saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan, ‘Saya ingin mengenali awak.’ Tidak ada apa dalam badan saya bergerak. Saya masih lumpuh. Tetapi tiba-tiba, jari kelingking saya mula bergerak. Tuhan yang mengagumkan ini membenarkan saya menukarkan muka surat Alkitab untuk dibaca!” kata Tony.

Jadi, dia tidak melakukan apa-apa selain membaca Alkitab siang dan malam. Hanya dalam satu bulan, dia selesai membaca keseluruhan Alkitab. Setelah menutup buku dengan jari kelingkingnya, dia merasakan kakinya terbakar dalam api yang membara. Secara naluri, dia melompat keluar dari kerusi rodanya!

“Boleh anda bayangkan saya melompat? Saya pandang ke kanan dan ke kiri. Saya fikir saya melihat penglihatan lain. Ia tidak mungkin nyata. Bagaimana saya boleh berdiri? Itu kerana saya tidak mengenali Tuhan ini ketika itu! Tuhan kita boleh mencipta sesuatu daripada tiada!” kata Tony.

Lantas Tony memanggil isterinya Ashley untuk menyaksikan beberapa langkah kaki pertamanya. Dari bergoyang-goyang seperti bayi, dia menari dengan isterinya dalam masa tiga jam! Segala pujian kepada Tuhan!

 

 

“Tuhan ini nyata! Ia bukan sekadar cakap-cakap dari udara. Dia hanya memberi saya satu tugasan dan itu adalah untuk memberitahu anda bahawa Dia adalah Tuhan yang Hidup,” kata Tony.

 

18Beginilah firman TUHAN,

yang menciptakan langit –

Dialah Tuhan yang membentuk bumi dan menjadikannya.

Dialah yang mengukuhkannya.

Dia menciptakannya bukan supaya kosong,

melainkan membentuknya supaya dihuni –

“Akulah TUHAN

dan tidak ada yang lain!

Yesaya 45:18

 

Setelah bahagian otaknya dibuang, Tony sepatutnya lumpuh dari leher ke bawah. Tetapi hari ini, Tony masih sedang berjalan, menari, dan bersukacita bersama Tuhan.

Tiada yang mustahil bagi Tuhan! Dia adalah Tuhan yang berdaulat dan maha kuasa. Pada malam makan malam penginjilan Tony berkongsi kesaksiaan beliau, lebih daripada 30 orang menerima Yesus Kristus.

 

Tony Low (6 dari kanan) bersama isterinya Ashley Low (7 dari kanan)

 

Pautan Berkaitan:

Kesaksiaan di gereja Church of Praise Ipoh:  https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=mNrdRra8kEs

Artikel-artikel (dalam Bahasa Inggeris) di laman web media Kristian Singapura, Salt & Light:

“I am a dead man walking”: He was pronounced dead by four doctors

“Lazarus was dead for four days. So was I”

 

Ini adalah sebuah artikel Kristian yang ditulis melalui lensa iman penganut Kristian dan ditujukan untuk pembaca Kristian yang lebih biasa dengan Bahasa Malaysia. Ia mempunyai artikel pendamping yang diberitahu dari sudut pandangan Ashley Low, isteri Tony, yang diterbitkan pada 9 September 2022. Anda boleh membaca artikel itu di sini.

Artikel ini diterjemahkan dari artikel yang pada asalnya ditulis dan diterbitkan pada 16 Disember 2015 dalam Bahasa Inggeris dan bertajuk I Saw Jesus Christ When I Was Dead – Tony Low. Selain daripada foto Tony dan Ashley, semua gambar lain digunakan semata-mata untuk tujuan ilustrasi.

 

|Kongsilah Berita Baik|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*