Dinyalakan dengan Semangat -Sebuah Mesej Pengharapan

 

Nic Vujicic, ialah seorang penginjil, pengarang dan penceramah motivasi Serbia-Australia yang sangat terkenal . Pada tahun 2013 tidak lama dulu, beliau telah melawat Malaysia, di mana beliau memberi impak kepada beribu-ribu orang.  Ramai yang beratur di gereja City Harvest Church , Kuala Lumpur (CHCKL) di bawah matahari panas berjam-jam sebelum ceramah bermula untuk mendapatkan tempat duduk yang elok.  Tempat itu dibanjiri orang, lebih banyak daripada yang dapat dimuat; jumlah orang yang menghadiri ceramah Itu lebih daripada 9500, jauh melebihi jumlah yang diharapkan!

 

Nic Vujicic

 

Fakta menarik: Sehingga kini, Nic telah memeluk lebih dari 350,000 orang dan memegang buku Guinness Rekod Dunia untuk pelukan yang paling banyak dalam masa satu jam!

 

Tuhan mengatasi sebarang kecacatan

Nic terserlah di kalangan orang ramai kerana beliau telah berjaya mengatasi kesusahan hidup dan dalam usahanya mencapai tujuan kehidupan terbesar, beliau memberi impak kepada seluruh dunia.  Kebanyakan orang bergelut dengan kehidupan sedangkan mereka memiliki tubuh yang sempurna!  Namun, dia tidak mempunyai tangan dan kaki tetapi dia dapat melakukan apa yang boleh kita lakukan dan lebih lagi, semuanya melalui pertolongan Tuhan. 

“Dengan membaca firman Tuhan dan meminta wahyu … itulah pertembungan dengan Tuhan yang memperbaharui anda menjadi ciptaan baru!” katanya.  Firman Tuhan mengubah hati dan fikiran anda dan menyebabkan anda tidak dapat dihalang.  “Mengapa?  Kerana apabila anda lemah anda kuat.  Mengapa?  Kerana apabila anda tidak dapat berjalan, Tuhan Yesus mengangkat anda! “katanya. 

 

Orang ramai yang memenuhi seluruh bangunan itu.

 

Dan ketika sedang lewat, Dia melihat seorang yang buta sejak lahirnya.

Dan para murid-Nya menanyai Dia, dengan berkata, “Rabi, siapakah yang berdosa, orang ini, ataukah orang tuanya, sehingga dia dilahirkan buta?”

YESUS menjawab, “Bukan orang ini atau orang tuanya berdosa, tetapi supaya pekerjaan-pekerjaan Elohim dapat dinyatakan di dalam ia.

Seharusnyalah Aku mengerjakan pekerjaan-pekerjaan dari Dia yang telah mengutus Aku selama hari masih siang. Bila malam tiba, tidak seorang pun dapat bekerja.

Selama Aku berada di dunia, Akulah terang dunia.”

(Yohanes 9:1-5 (ILT) )

 

Ketika Nic lebih muda, beliau tersentuh apabila membaca kisah dalam Alkitab mengenai penyembuhan orang yang dilahirkan buta.  Selepas membaca ayat-ayat tersebut, beliau berfikir, “Wah!  Tuhan, jika Engkau mempunyai rencana untuk orang buta itu, Engkau juga mempunyai rencana untuk saya ”  Melalui itu, beliau memulakan hubungan peribadi dengan Yesus dan tidak lama kemudian, pintu terbuka apabila kumpulan belia dan gereja mula memanggilnya.  “Peluang dibuka di merata-rata tempat untuk saya berkongsi kesaksian saya, “katanya.  Beliau kemudiannya menyedari bahawa Tuhan melayani orang ramai melalui perkongsian kesaksiannya. 

 

Transformasi tidak berlaku sehingga anda mempunyai iman

 

Sebab Aku mengetahui rancangan-rancangan yang Aku rancangkan atas kamu,” firman YAHWEH, “rancangan-rancangan damai sejahtera dan bukan kejahatan, untuk memberikan kepadamu masa depan dan harapan. (Yeremia 29:11 (ILT) )

 

Tuhan mempunyai rencana dan tujuan yang lebih besar yang akan mengubah hidup anda, walaupun anda tidak dapat melihatnya.  “Bagi saya, saya memerlukan iman untuk menerima sesuatu yang saya tidak dapat melihat.  Iman adalah pemberian Tuhan kepada anda apabila anda mendengar firman.  Nafas dan kehidupan Tuhan berada dalam setiap tulisan dalam Alkitab, dari penutup depan hingga ke belakang, “katanya. 

 

Nic Vujicic

 

Semua kitab diilhami Elohim dan bermanfaat untuk pengajaran, untuk teguran, untuk perbaikan, untuk pendidikan dalam kebenaran, (2 Timotius 3:16 (ILT) )

 

Tuhan membawa kehidupan, kegembiraan, pengharapan, dan penyembuhan di dalam apa jua keadaan .  “Saya berdoa untuk lengan dan kaki tetapi ia tidak dimakbulkan kerana saya memerlukan penyembuhan yang lebih besar,” katanya.  Terdapat ketidakupayaan yang lebih besar daripada kematian kerana penyakit.  Kita semua akan mati suatu hari nanti dan itu lebih teruk daripada tidak mempunyai lengan dan kaki.  Apakah faedahnya memiliki segala-galanya di dunia ini jika anda kehilangan jiwamu?

 

Mukjizat Yang Besar!

Nic telah menjelajahi banyak negara dan berkata dengan penuh kepastian bahawa lebih banyak keajaiban akan terjadi ketika terdapatnya lebih banyak penekanan rohani.  “Doa supaya Tuhan memberikan anda keajaiban yang paling besar iaitu untuk mengenali-Nya,” katanya.

 

Orang ramai tengah menunggu ceramah untuk bermula.

 

Nic kemudiannya memberitahu kisah ketika beliau pergi ke India pada tahun 2008.  Sewaktu di sana, beliau melawat tempat kegiatan pelacuran di mana perempuan berumur 16 tahun ke atas diculik pada usia 10 tahun.  Mereka dijual pada harga 700 USD dan dipaksa melacurkan diri.  Kebanyakan daripada mereka dijual oleh ibu bapa mereka kerana mereka memerlukan wang. 

“Kami bercakap dengan 600 hamba dan semua bos dan alku mereka,” katanya.  Selepas dia bercakap dengan mereka, Nic dan kumpulannya pergi ke rumah mereka dan menemui seorang wanita yang sangat tua sedang berbaring di karpet di atas lantai;  Dia sakit dan tidak dapat melakukan apa-apa.  Nic bersebelahan dengannya dan semasa beliau berada di sana, beliau memandang ke dinding dan melihat semua tuhan yang wanita itu sembah, dari atas ke bawah, dari kanan ke kiri. 

Beliau mula bercakap dengannya tentang Yesus melalui seorang penterjemah tetapi wanita tersebut begitu lemah sehinggakan mulutnya sentiasa terbuka.  Dia sudah lumpuh selama bertahun-tahun.  Tiba-tiba seorang wanita memasuki bilik tersebut dan dengat amat marah bertanya kepada saya, ‘siapakah engkau !? Apakah yang engkau lakukan di sini? Engkau bercakap tentang apa? ‘”katanya.  Apabila Nic memberitahunya bahawa mereka bercakap tentang Yesus, dia dengan marahnya menjerit, “saya tidak mahu mendengar tentang Tuhan kamu!” 

 

Nic Vujicic

 

“Ia amat menarik  bagaimana kadang-kadang sesetengah orang tidak mahu mendengar tentang Tuhan saya.  Mereka mahukan segala-galanya …Mereka mahukan kegembiraan dan pengharapan yang mereka lihat dalam diri saya, nilai saya, sikap saya, tetapi mereka tidak mahu mendengar tentang Tuhan saya, “katanya.

Tetapi kerana kasih karunia Tuhan, wanita itu berkata, “Tunjukkan kepada saya bahawa Tuhan kamu adalah yang benar, jangan hanya bercakap, tunjukkan kepada saya!   Buat kakak saya berjalan! ”  Jadi, mereka berdoa berterusan untuknya.   Pada mulanya mereka mengangkatnya tetapi dia tidak dapat berjalan.  Dia jelas dalam kesakitan tetapi mereka tidak berputus asa.  Mereka terus berdoa sambil mengurut kakinya.  Tiba-tiba, ada kehidupan di dalamnya!  Dan dia berkata, “Saya sudah bersedia!” 

Wanita tua ini kemudiannya secara ajaib mula berjalan dan bahkan dapat melompat;  dia telah sembuh!  Kakaknya, yang menguji mereka pada mulanya, begitu gembira sehinggakan pergi ke dinding tuhan-tuhan dia dalam penghargaan.  Nick kemudiannya berkata, “Tidak, tidak, tidak, itu bukan tuhan-tuhan kamu yang menyembuhkannya.  Bukankah kamu telah berdoa kepada tuhan-tuhan kamu selama bertahun-tahun?  Itu bukan perbuatan tuhan-tuhan kamu tetapi perbuatan Yesus dan dia menyayangi kamu. ” 

 

Nic Vujicic

 

Ketika mereka kembali ke hotel, kawan Nic yang membawa mereka ke sana menyuruh Nic duduk dan memberitahunya bahawa wanita tua yang berjalan itu bukan sebarang wanita biasa.  Dia adalah orang yang memulakan kegiatan pelacuran dan memperoleh pendapatan daripada pemusnahan beribuan kehidupan gadis-gadis.  Dia jahat.  Nick berasa kagum kerana walaupun wanita ini melakukan begitu banyak kejahatan tetapi Tuhan tetap mengejarinya! 

“Tuhan mengasihi kita semua, Yesus mati untuk semua, dan jika kamu percaya, maka kamu akan menerimanya.  Inilah orang-orang yang diselamatkan.  Jangan percaya bahawa kasih Tuhan untuk anda adalah bersyarat, Dia mengasihi semua orang tetapi anda perlu membelakangi segala pembohongan dan percaya kepada-Nya, “kata Nick.

 

Sebab Elohim demikian mengasihi dunia ini, sehingga Dia mengaruniakan Putra-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak akan binasa, melainkan dapat memperoleh hidup kekal. (Yohanes 3:16 (ILT) )

 

Hidup dalam Kuasa Tuhan

Apabila anda beriman di dalam Tuhan, anda akan hidup dalam kuasa, kekuatan dan kebijaksanaan-Nya.  Dia membuatkan segala sesuatu indah pada waktu-Nya.  Tuhan berfirman dan memaksudkan-Nya, dan kerana Dia mahu kita datang kepada-Nya dengan rela hati, Dia memberi kita pilihan untuk mempercayainya atau tidak. 

 

Nic Vujicic

 

“Oleh karena itu, setiap orang yang mendengarkan perkataan-Ku ini dan melakukannya, Aku akan menyamakan dia dengan seorang yang bijaksana, yang telah membangun rumahnya di atas batu karang.

Dan turunlah hujan dan datanglah banjir dan bertiuplah angin dan semua melanda atas rumah itu, dan dia tidak runtuh, karena dia telah difondasikan di atas batu karang.

Dan setiap orang yang mendengarkan perkataan-Ku ini dan tidak melakukannya, dia akan disamakan dengan seorang yang bodoh, yang telah membangun rumahnya di atas pasir.

Dan turunlah hujan dan datanglah banjir dan bertiuplah angin dan semua melanda atas rumah itu, dan dia runtuh, dan keruntuhannya itu sangatlah hebat.” (Matius 7:24-27 (TB) )

 

“Saya tidak mempedulikan apa yang saya memiliki di bumi ini, saya hanya memerlukan Yesus …  Dia tidak hanya mengasihi saya kerana saya seorang penginjil.  Dia mengasihi saya kerana saya anak-Nya dan ketika anak saya menendang di dalam rahim isteri saya dan saya merasakan tendangannya buat kali pertama.  Saya tergerak dengan emosi dan saya memandang isteri saya, penuh dengan air mata dan berkata, “saya sayang dia,” kata Nic.  Walaupun dia belum mendengar suara tangisan anaknya, dia menyayanginya kerana itu adalah anaknya.  Itulah cara yang sama Tuhan mengasihi anda kerana anda kepunyaan-Nya.

“Saling mengasihi dan berdoalah…  Dan Tuhan akan menunjukkan kepadamu kemuliaan-Nya.  Ia mungkin tidak seperti apa yang anda fikirkan tetapi walau bagaimanapun, Dia tetap mengasihi, Dia akan menggunakan anda, Dia akan melindungi anda di setiap langkah, ”  Nic berkata lagi. 

“Kita adalah orang berdosa;   Jika anda memberikan dua orang budak lelaki yang berumur dua atau tiga tahun alat permainan dan anda akan melihat kebanggaan dan ketamakan tetapi semoga Tuhan merendahkan hati kita untuk mengaku dosa-dosa kita kepada-Nya.  Tuhan akan memberikan anda fikiran dan hati yang baru jika anda percaya.” 

 

Nic tengah merujuk kepada halaman-halaman di dalam Alkitab semasa berkongsi.

 

 

|Berkongsilah Berita Baik|

Abigail Nijjar

NOTE: The English article can be found at http://christianitymalaysia.com/wp/ignited-passion-message-hope/

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*