Di manakah anak-anak kesayangan Aku?

Ref: fanpop
Ref: fanpop

 

Anak-anak Malaysia yang setia, ini Tuhanmu yang sedang bercakap dengan kamu. Sudah lama anak-anak semua. Sudah lama Saya tidak mendengar suaramu yang indah. Di manakah semua anak-anak Aku? Di mana kamu sedang berselindung? Saya menyahut, “Anak-anak semua! Kamu di mana?” Ya, Saya Bapamu. Ya, Aku Bapamu yang sesungguh-sungguhnya sedang menunggu untukmu dengan sabar, panjang lebar kasih Saya untukmu, anak-anak kesayangan-Ku.

Hati Aku sangat pedih. Hati Aku sangat pedih kerana anak-anak Saya yang Saya kasihi sedang berasa takut. Mereka takut manusia. Mereka takut masa hadapan mereka. Makanan untuk setiap hari, mereka berasa bimbang. Mereka bimbang, tertanya-tanya, “Adakah anak aku boleh makan esok? Agak berapa lamakah saya perlu tinggal dalam keadaan ini?”

Anak-anak kesayangan Aku, bukankah Aku Bapamu di Syurga? Bukankah Saya yang mencipta alam bumi ini? Bukankah gunung-ganang dan kekayaan di dunia ini milik Aku? Bukankah Aku Bapamu yang kuat dan setia yang boleh memberi apa-apa sahaja yang kamu perlukan? Anak-anak-Ku, mengapa kamu tidak datang untuk meminta pada Aku, keinginan dalam hatimu? Mengapa anak-anak-Ku semua tidak datang untuk meminta gunung-ganang dan kekayaan yang berlimpah-limpah dari-Ku, Aku, Aku Bapamu di Syurga yang mendengar segala permintaan kamu? Anak-anak, Aku sanggup… Aku sanggup memberi semua untuk kamu. Bukankah Saya sudah memberi Anak Kesayangan Saya, sesatu-satu anak Saya untukmu supaya kamu boleh datang kepada Aku. Bukankah Saya sudah membuka jalan ini untuk kamu datang kepada Saya?

Maka, anak-anak, Aku Yesus Kristus sedang berdiri di pintumu sekarang dan mengetuk pintu hatimu. Sanggupkah kamu memberi Saya masuk ke dalam isi hatimu?

Anak-anak kesayangan-Ku, Saya tidak pernah melupakan kamu. Malah, nama kamu tertulis di tapak tangan-Ku. Saya selalu berfikir tentang kamu. Tidak pernah Saya terlelah apabila kamu membuat doamu kepada Saya. Tidak pernah Saya menoleh ke belakang apabila kamu ingin melihat wajah-Ku. Saya sentiasa menantimu, anak. Jangan takut untuk menghadapi Bapamu di syurga. Usahlah kamu memikirkan perkara yang lalu, perkara yang menyakitkan hati, perkara yang kamu tidak boleh ubah sekarang. Tapi anak-anak kesayangan-Ku, lihatlah ke masa hadapan! Buka mata dan lihat betapa terang dan betapa indah jalan dan rancangan-Ku ada untukmu. Ya, rancangan yang tidak boleh dimusnahkan oleh sesiapa-siapa, tetapi rancangan yang terselindung dalam Aku.

Maka anak, Saya di sini. Bapamu di sini. Bapamu mendengar. Bapamu ada di kesampinganmu dan Bapamu tidak akan meninggalkanmu.

 

True Worshippers – Jadi SepertiMu

 

| Share the Good News |

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*