Kuasa Transformatif Rahmat: Atribut Tuhan yang Menyediakan Jalan Menuju Penebusan

Ruj: pixabay

 

Nota: Ini adalah sebuah artikel Kristian. 

 

Untuk sesuatu yang sangat penting dalam iman kita, rahmat telah menjadi salah satu topik yang paling diperdebatkan sepanjang sejarah. Banyak perdebatan tentang peranannya dalam kehidupan Kristian, kadang-kadang menjadi pemangkin kepada perpecahan. Ada yang berpendapat bahawa ia adalah anugerah Tuhan yang tidak boleh diperoleh dari usaha kita sendiri, sementara yang lain berpendapat bahawa ia bergantung pada aspek tertentu seperti taubat dan perbuatan baik. Hujah-hujah sebegitu telah pun wujud sejak zaman Paulus dan Petrus, di mana hujahnya ialah sama ada orang Kristian bukan Yahudi perlu mematuhi adat istiadat Yahudi untuk menerima rahmat Tuhan. Adalah penting bagi orang Kristian memahami apa itu rahmat. Tatkala kita menghampiri Jumaat Agung pada penghujung bulan ini, ada baiknya kita merenungi rahmat Tuhan untuk kita.

 

Tatkala kita menghampiri Jumaat Agung pada penghujung bulan ini, ada baiknya kita merenungi rahmat Tuhan untuk kita.

 

Tidak ada cara yang lebih baik untuk memahami aspek ini dari bermula dengan melihat apa yang Alkitab katakan tentang kasih karunia. Apakah rahmat? Kita tahu bahawa kuasa penyelamatlah yang memberikan kehidupan kekal kepada orang Kristian. Tetapi di luar itu, kita juga tahu bahawa ia adalah sifat utama Tuhan sendiri. Dalam Perjanjian Baru, rahmat adalah setara dengan semua yang telah Tuhan lakukan untuk menghapuskan hukuman dosa dan memulihkan manusia kepada hubungan yang sepatutnya dengan Tuhan.

Rahmat Tuhan adalah anugerah, dan ia juga yang membezakan iman kita. Rahmat adalah faktor utama dalam kisah penebusan. Rahmat dan penebusan tidak boleh dipisahkan. Tanpa kedua-dua rahmat dan penebusan, tidak ada keselamatan. Jadi mesti ada juga unsur sesuatu yang perlu ditebus. Ia membawa realiti nyata tentang pemisahan Manusia daripada Tuhan dan masalah dosa dan kerosakan ke muka hadapan dan menonjolkannya. Tetapi perkara yang menakjubkan ialah ia juga menonjolkan Tuhan Yang Maha Kuasa yang begitu mengasihi kita, sehinggakan Dia menghulurkan Diri-Nya kepada kita walaupun kita membelakangi-Nya.

 

Rahmat adalah faktor utama dalam kisah penebusan (Ruj: swncdn)

 

Dalam bahasa asal, rahmat diterjemahkan kepada perkataan Yunani charis, yang serupa dengan sapaan biasa di kalangan orang Yunani kuno. Tetapi dalam surat-surat rasul Paulus kepada jemaat-jemaat, charis adalah salam dan selamat tinggal, dan di antara mereka, membentuk kandungan Injil yang dia beritakan, menandakan kedatangan perkara-perkara baru dan berlalunya perkara-perkara lama. Alkitab juga memberitahu kita bahawa ia adalah anugerah daripada Tuhan, yang diberikan kepada kita tanpa merit di pihak kita.

 

Efesus 2: 8-9

8Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Tuhan – 9bukan kerana usaha amalmu supaya tiada seorang pun yang dapat bermegah.

 

Kasih karunia adalah nikmat Tuhan yang ditujukan kepada orang tidak layak. Ia bertujuan untuk semua orang dan berpusat pada pekerjaan Yesus Kristus. Melalui kematian Kristus, hukuman untuk dosa telah dibayar. Sekarang keselamatan adalah pemberian percuma Tuhan kepada semua orang yang percaya kepada Kristus. Rahmat Tuhan ditujukan dalam Alkitab kepada penciptaan, kepada yang memerlukan, kepada orang berdosa, dan kepada semua orang yang percaya. Rahmat berkembang ketika orang menanggapi Firman Tuhan dengan iman. Kasih karunia membimbing seluruh kehidupan seseorang supaya Tuhan berkenan kepadanya dan supaya umat Tuhan memperolehi hidup yang penuh (1 Korintus 15:10). Paulus tahu dari pengalaman peribadi yang sukar bahawa walaupun rahmat adalah suatu anugerah, namun ia tidak bermakna ia boleh dianggapi dengan sewenang-wenangnya. Kesusahan dan suatu penyakit yang tidak ditentukan adalah peringatan berterusan kapada Paulus bahawa jasadnya lemah, tetapi kasih karunia itu kuat dan disempurnakan apabila berhadapan dengan kelemahan manusia (2 Korintus 12:9).

 

 

Rahmat, perkataan dan istilah biasa, menandakan realiti yang paling menakjubkan. Walaupun para saintis mungkin melihat alam semulajadi seperti tidak berhaluan dan tidak mempunyai tujuan, dan ahli politik mungkin bertelagah mengenai hak abstrak dan peraturan undang-undang tradisional, Alkitab menceritakan tentang alam semesta yang dibuat, dicintai, dan ditebus oleh Tuhan. Rasul Yohanes, walaupun dalam usia tua, tidak melupakan perbezaan yang melanda fikiran yang dikerjakan oleh anugerah Tuhan ini. Dia menggesa pembacanya: Lihat.. lihat.. (dari mana ini datang? Siapa sangka? Bukankah ini menakjubkan?)… bahawa Tuhan mengasihi (1 Yohanes 3:1). Rahmat bermakna bahawa ruang angkasa yang luas bukanlah alam semesta gas dan jisim semata-mata dan bahawa tragedi-tragedi yang dihadapi manusia bukan sekadar nasib malang yang tidak bermakna. Dengan rahmat Tuhan menciptakan, dan dengan rahmat, Tuhan menebus dan akan memulihkan semua yang telah hilang apabila masanya tiba.

Walau bagaimanapun, detik rahmat yang paling mengejutkan ialah Tuhan mengambil rupa manusia dalam Yesus Kristus, mati untuk menyelamatkan manusia daripada akibat dosa, dan bangkit dari kematian sebagai demonstrasi kebaikan dan kuasa yang tertinggi. Kemudiannya, dengan rahmat, Tuhan menjemput semua untuk menyertai keluarga-Nya (2 Korintus 4:15).

 

Dengan rahmat Tuhan menciptakan, dan dengan rahmat, Tuhan menebus dan akan memulihkan semua yang telah hilang (Ref: freepik)

 

Alkitab menggunakan beberapa istilah yang berkaitan dengan rahmat. Belas kasih sering digabungkan dengannya. Kebaikan dan kasih sayang adalah persamaan yang biasa sejak dari zaman Perjanjian Lama. Kebaikan dan kasih sayang juga digunakan sebagai huraian tentang kasih karunia dalam Titus 3:4, yang membawa kepada pernyataan sederhana, “Dia telah menyelamatkan kita” (Titus 3:5). Tindakan “menyelamatkan” yang dilakukan oleh Tuhan membawa kepada perubahan hidup yang diingini oleh rahmat dan dicapai oleh rahmat.

Penekanan Alkitab pada kasih karunia Tuhan sebagai nikmat yang diberikan oleh-Nya secara anugerah dan tanpa sebarang merit dari pihak manusia menyebabkan beberapa orang Kristian baru pada awalnya membayangkan bahawa mengikuti hukum Tuhan telah menjadi suatu perkara yang lepas. Walau bagaimanapun, Paulus menentang tanggapan ini dengan menunjukkan bahawa rahmat adalah transformatif. Menerima kasih karunia mengubah kehidupan dalaman dan motivasi seseorang (Roma 6:1-2). Orang percaya yang penuh rahmat bukanlah seorang yang muram yang selalu melihat dunia melalui visi yang kelabu tetapi, sebaliknya, adalah orang yang dibangkitkan, seolah-olah, dari kematian kepada kehidupan yang baru (Roma 6:4). Oleh itu, rahmat menggambarkan kedua-dua watak Tuhan dan kuasa transformatif yang Tuhan sediakan untuk orang yang memintanya. Rahmat membolehkan hubungan yang sihat, niat baik manusia, dan rasa syukur.

 

Orang percaya yang penuh rahmat bukanlah seorang yang muram yang selalu melihat dunia melalui visi yang kelabu tetapi, sebaliknya, adalah orang yang dibangkitkan, seolah-olah, dari kematian kepada kehidupan yang baru (Ruj: cloudfront)

 

Oleh itu, adalah sesuai untuk menyambut satu sama lain seperti Paulus: “Kasih karunia dan damai sejahtera menyertai kamu” (Roma 1:7). Mendefinisikan diri sebagai terpanggil, diasingkan sebagai umat milik Tuhan melalui kasih karunia-Nya, respons yang pertama dan benar selalunya ialah rasa syukur: “Aku mengucap syukur kepada Tuhanku” (Roma 1:8). Rahmat yang menakjubkan ini, anugerah yang diberikan “sebelum permulaan zaman” (2 Timotius 1:9), mengubah setiap kegelapan dan ketakutan menjadi kuasa, kasih, dan kemampuan/tatatertib (2 Timotius 1:7).

 

Ini adalah sebuah artikel Kristian yang ditulis melalui lensa iman penganut Kristian dan ditujukan untuk pembaca Kristian yang lebih biasa dengan Bahasa Malaysia. 

 

|Kongsilah Berita Baik|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*