Sebuah Komuniti untuk Golongan Terpinggir: Kisah Luar Biasa Petaling Street Community Care

Mewujudkan komuniti untuk golongan kurang berkemampuan

 

Awal bulan Mac, saya berpeluang bertemu dan berbincang dengan Cyndi Yong, pengasas Petaling Street Community Care (PSCC). Cyndi mempunyai kisah tersendiri, termasuk bagaimana dia menemui beban hati untuk pelayanan jalanannya. Kisah ini telah diceritakan dalam artikel sebelum ini. Di sini, dia berkongsi tentang PSCC, termasuk permulaannya, dan pengalamannya serta apa yang dia perolehi dalam melayani masyarakat terpinggir.

 

Cyndi Yong bersama anaknya Latreia

 

Permulaan Petaling Street Community Care (PSCC)

Sewaktu Cyndi memulakan PSCC, dia tidak mempunyai banyak. Dia mengambil keberanian daripada kisah Elia dan janda di Sarfat (1 Raja-raja 17:7-16). Dalam kisah ini, Elia sedang melarikan diri dari Izebel. Tuhan juga telah menghukum negeri itu dengan kemarau kerana kejahatan raja dan isterinya.

Elia tidak mempunyai rumah untuk pergi dan dalam tempoh ini, dia juga tidak mempunyai makanan tetapi Tuhan telah mengarahkan dia kepada janda ini dan Dia juga telah mengarahkan janda ini untuk membekalkan dia dengan makanan. Apa yang ada pada balu itu hanyalah segenggam tepung dan sedikit minyak zaitun, cukup untuk hidangan terakhir untuk dirinya dan anaknya. Namun dia mentaati Tuhan dalam iman. Untuk menghormati keimannya, Tuhan secara ajaib memberkati balang tepung dan kendi minyak supaya bekalan tidak kehabisan.

Cyndi berkongsi bahawa apabila dia memulakan pelayanan jalanannya, dia tidak berupaya besar dari segi kewangan. Kerana wabak pandemik yang menjejaskan industri pelancongan dan perkerjaan Cyndi sejak Januari 2020, dia telah kehilangan sumber pendapatan dan selepas beberapa bulan, sumbernya telah berkurangan. Tambahan pula, sebagai ibu tunggal dengan seorang anak gadis kecil, dia mengalami kesukaran untuk memenuhi keperluan hidup.

 

PSCC menjadi tempat lindungan kepada golongan miskin dan gelandangan di sekitar bandar

 

Apa yang Cyndi mampu memperolehi, dia mendapatkan dari sumber sumber lain. Apa yang dia ada, bagaimanapun, adalah beberapa kawan dan orang terdekat yang berkongsi beban dan hati belas kasihan dengannya. ‘Segelintir orang yang berkongsi beban semenjak permulaan PSCC adalah “segenggam tepung” serta “sedikit minyak” saya. Saya tidak memulakan pelayanan jalanan seorang diri. Seperjuangan saya sering melaksanakan kerja pelayanan bersama,’ kongsinya.

Pada masa awal, PSCC bertempat di sebuah kedai kopi yang amat kecil di Madras Lane, sebuah lorong kecil di belakang pasar kawasan Chinatown. ‘Saya mendapati perniagaan di situ tidak memuaskan, namun pemilik yang berusia 70 tahun itu mempunyai hati yang beramal. Saya berkata kepadanya, “Memandangkan perniagaan kamu tidak begitu baik, bolehkah saya cadangkan tempat ini dibuka bagi melayani golongan yang kurang berkemampuan?” dan dia bersetuju untuk membuka tempatnya. Sementara itu, hasil daripada mereka berminum kopi/teh akan memberi sedikit pendapatan kepada tuanpunya kopitiam, dan pada masa yang sama, berharap dapat memeriahkan satu sudut Chinatown yang sudah sepi sunyi. 

‘Apa yang kurang kepada gelandangan bukanlah makanan, tetapi maruah diri mereka. Jadi saya memberitahu mereka bahawa terdapat sebuah kedai kopi kecil di Madras Lane iaitu tempat mereka dialu-alukan. Jika mereka tidak dialu-alukan di tempat lain, kopitiam di Madras Lane mengalu-alukan anda. Sila datang. Pada hari pertama, hampir 40 daripada mereka tiba dengan niat untuk memastikan selepas menerima pengumuman yang telah viral. Pada mulanya, mereka menyangka bahawa ia satu penipuan ataupun jenaka, tetapi mereka mendapati semuanya tulin. Mereka memang dijemput ikhlas bagi menjamu selera dan menjamu selera dengan sewajarnya. Mummy Cyndi dengan senyuman yang sentiasa mengalu-alukan adalah memang benar. Suasana macam rumah keluarga yang bahagia memang wujud di PSCC.

‘Kelazimannya menjadi kes “walaupun anda mampu bayar untuk makanan yang dibeli, tuanpunya kedai makan biasanya mengarahkan pekerja untuk bungkuskan makanan dan kamu pergilah makan di tempat lain!”, memandangkan keadaan golongan tersebut biasanya tidak bersih dan berbau. Tetapi sekarang kami memberitahu mereka untuk datang apa adanya, sama ada mereka berluka atau bertongkat, sama ada dalam kain buruk atau jika mereka berbau busuk dan berasa rendah diri, datang begitu sahaja tanpa segan.

 

Hari hari awal di Madras Lane

 

Dengan bantuan beberapa ‘Orang Samaria Yang Baik Hati’, Cyndi menghiasi kedai dengan kelengkapan, malah tempat mandi supaya mereka dapat membersihkan diri mereka serta bertukarkan baju serba baru dan  bersih. Semua ini berlaku hanya seminggu selepas kopitiam kecil dibuka kepada golongan miskin, warga emas, penganggur dan orang kurang upaya.

Cyndi berkongsi apabila gelandangan memerlukan pakaian, tuala dan keperluan peribadi asas, dia hanya akan memberitahu orang ramai, dan semua ini akan dihantar kepadanya! “Saya sangat gembira kerana kami tidak hanya menyentuh hati gelandangan, kami juga menggerakkan masyarakat bangsa Malaysia untuk melakukan ini bersama-sama,” dia mengenang dengan gembira.

‘Saya selalu memberitahu orang bahawa saya hanyalah wajah dan suara Petaling Street Community Care,’ kata Cyndi kepada saya. ‘Di belakang saya, ada tangan dan kaki melakukan kerja mukjizat. Dari hari pertama, saya boleh katakan. Sehingga kini masih ada sukarelawan yang menyokong saya dalam kerja penjagaan golongan-golongan terpinggir ini.”

Petaling Street Community Care telah bermula dan ia telah bermula dengan baik.

 

Gelandangan menerima kasut dan pakaian

 

Bagaimana Satu antara Banyak Kehidupan yang telah Diberikan Harapan Baru

Salah satu daripada banyak cerita yang Cyndi kongsikan dengan saya mengenai kisah silam PSCC. Waktu permulaan PSCC, sepanjang waktu mereka akan memainkan muzik pujian dan penyembahan pada speaker setiap hari. Pada masa itu, pintu kopitiam akan dibuka sehingga larut malam kerana terdapat ramai orang seperti penagih dadah yang tidak mahu muncul di siang hari. Cyndi berkongsi bahawa apabila semua kedai lain ditutup, dia akan melihat mereka melalui kedai kopi kecil di lorong belakang dan dia akan menjemput mereka untuk makan dan minum.

Pada suatu malam, 4 gelandangan berbangsa India datang, dan Cyndi merasakan dalam hatinya untuk berkongsi Injil dengan mereka, tetapi dia tidak fasih berkomunikasi dengan mereka. Orang bangsa India tersebut tidak tahu bahasa Inggeris atau Cina dan pemahaman bahasa Melayu mereka terhad. Jadi Cyndi memainkan beberapa lagu penyembahan Tamil bersama-sama dengan beberapa khutbah dalam bahasa itu. ‘Mereka mendengar dan terus mendengar dengan teliti dan seterusnya masing-masing air mata mereka  mengalir begitu saja.

‘Saya sangat terharu kerana mereka ini baru dibebaskan dari penjara. Oleh kerana tiada tempat penujuan mereka berkeliaran di jalanan sahaja. Makanan hanyalah satu cara untuk berhubung dengan mereka. Satu demi satu mereka menceritakan kisah hidup serta berkongsi gambar keluarga, iaitu satu-satunya harta duniawi keluarga tersayang sebab tidak upaya mengesan kedudukannya akibat masa terlalu panjang menginap dalam penjara. Saya menawarkan untuk berdoa untuk mereka kerana selain makanan dan minuman, saya tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diberikan kepada mereka. Saya berkata kepada mereka, bolehkah kita berdoa bersama kerana saya tidak berkemampuan memberi apa-apa lagi selain Yesus saya. Dan mereka menjawab, “Ya, saya mahu Yesus anda. Jika Yesus boleh mengubah hidup saya, saya mahu Yesus anda.”

‘Jadi saya mendoakan mereka dan malam itu bersama seorang lagi rakan bangsa India yang saya hubungi yang boleh bertutur dalam bahasa Tamil, kami membawa mereka ke pintu masuk sebelah Madras Lane, dan hanya dengan botol air mineral, mereka berempat melutut dengan tangan terangkat ke syurga dan kami membaptis mereka dalam nama Tuhan kami, seperti yang diarahkan dalam Alkitab; “Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.” (Matius 28:19)’

 

Cyndi dengan Raj, salah seorang daripada empat bekas banduan gelandangan yang dia layani pada suatu malam. Kehidupan Raj diubah oleh Tuhan dan dia kembali untuk berterima kasih kepada Mummy Cyndi.

 

Kira-kira 6 bulan kemudian, seorang lelaki yang berpakaian sangat kemas memanggil Cyndi dari jauh, “Amma, Amma”. Pada mulanya, dia menyangka bahawa dia memanggil seorang wanita India dari belakangnya. ‘”Tidak, saya panggil awak,” katanya.

‘Dia menarik topeng mukanya tetapi saya masih tidak dapat mengenalinya. Dan kemudian dia berkata kepada saya, “Adakah anda ingat bahawa tengah malam anda membaptis saya di hadapan gerbang di sini?” Dan kini akhirnya saya dapat mengenalinya. Ia adalah Raj, salah seorang lelaki yang telah saya beri makan, doakan, dan baptiskan malam itu.

‘Raj melutut dengan cepat dan menyentuh kaki saya dengan kedua-dua tangannya. Itu adalah penghormatan yang diberikan oleh orang India kepada orang tua mereka. Dia berkata “Mummy, hari ini saya nak balas budi anda. Anda telah memberi saya makan sebelum ini dan hari ini saya mahu membalas apa yang telah awak lakukan untuk saya.” Dengan itu, dia menyuapkan saya makanan dengan kedua-dua belah tangannya. Saya benar-benar terharu.

‘Raj menyambung, “Hanya kerana anda mengambil berat tentang saya, mummy, saya tahu sekurang-kurangnya ada seorang yang mengambil berat tentang saya. Saya memutuskan untuk benar-benar membuka lembaran baru dan berjalan di jalan yang betul. Yesus adalah Tuhan benar yang hidup!” Saya tidak tahu Raj telah mencari saya beberapa malam di tempat kita mula-mula mengenali satu sama lain namun usahanya tidak berjaya jadi sekarang dia memutuskan untuk datang pada waktu siang.’

 

Raj menyuap makanan bagi Mummy Cyndi tanda bersyukur

 

Cyndi berkongsi bahawa dia juga menangis. Raj hanyalah salah satu daripada banyak kehidupan yang disentuh dan diberi harapan baru oleh penjagaan masyarakat. ‘Kerana satu perbuatan, kita mungkin tidak tahu bahawa dengan kuasa Tuhanlah kehidupan diubah. Ia mengingatkan saya kepada firman Tuhan; “Sebab ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan, ketika Aku haus, kamu memberi Aku minum, dan ketika Aku seorang asing, kamu mengundang Aku masuk.” Anda tidak tahu bagaimana satu tindakan kebaikan itu boleh mengubah kehidupan seseorang sehingga kamu melihat dengan mata sendiri.’

 

Komuniti yang Selesa untuk Golongan Terpinggir

Setiap kali Cyndi membawa makanan dan minuman atau menyediakan tempat untuk gelandangan datang dan makan, dia akan menyerahkan kepada mereka berapa banyak makanan dan minuman yang mereka mahu ambil. ‘Mereka mahu minum satu cawan, tiga cawan, lima cawan, terpulang kepada mereka. Tetapi pada penghujung hari, mereka perlu mencuci pinggan dan cawan mereka sendiri. Aku berkata kepada mereka, “Ini seperti rumah kamu, tidak ada yang melayani orang lain, dan apa saja yang kamu akan makan, tolong habiskan.”’

Dengan melakukan ini, Cyndi menanamkan rasa tanggungjawab dan bernilai dalam diri mereka, untuk melakukan sesuatu untuk diri mereka sendiri dan tidak membazir. Ia juga memberikan maruah ke dalam kehidupan seseorang apabila mereka mendapati mereka boleh melakukan sesuatu untuk diri mereka sendiri dan bertanggungjawab ke atas pilihan dan keputusan mereka.

 

Komuniti PSCC

 

Satu lagi perkara penting yang Mummy Cyndi tanamkan dalam diri mereka ialah semangat memberi. Terdapat kotak lutsinar di mana setiap yang datang akan memasukkan satu syiling atau wang kertas kecil. Ia adalah untuk mengingatkan mereka bahawa setiap daripada kita mempunyai sesuatu untuk diberikan sebagai balasan dan ia juga tentang nilai diri dan maruah. Walaupun mereka tidak mempunyai satu sen pun untuk dimiliki, Mummy Cyndi akan memberikan mereka satu syiling untuk dimasukkan dalam tabung.

‘Kami menjadikannya persekitaran yang sangat selesa. Kenapa? Kerana gelandangan, penagih dadah, pelacur dan sebagainya, mereka tidak mempunyai rumah. Jadi selepas beberapa ketika, mereka membiasakan diri dengan saya, dan kemudian mereka memanggil saya Mummy. Ke mana sahaja saya pergi, malah sehingga kini, mereka hanya akan memanggil saya, “Mummy, Mummy.” Walaupun mereka sudah makan, mereka akan mengatakan ia ok. Mereka hanya mahu memanggil saya, “Mummy”. Ia sangat menhangatkan hati” kata Cyndi dengan mesra.

 

Cyndi di kalangan rakan-rakan jalanan.

 

Setiap kali perayaan semakin hampir, Cyndi dan pasukannya akan menghiasi Madras Lane dengan perhiasan perayaan. Pada mulanya, selepas melihat mereka memasang hiasan Krismas untuk seketika, tuanpunya kopitiam Madras Lane berkata kepada Cyndi, tidak ada gunanya meletakkan semua hiasan itu, bahawa mereka akan hilang dalam masa yang singkat. Selama 50 tahun yang lalu, dia tidak pernah melihat sebarang hiasan yang boleh dicapai yang masih ada selepas 2 hari. Mereka akan sentiasa berada di pasar lambak berhampiran, dijual pada harga RM1-2 setiap satu. Mummy Cyndi menjawab dengan bersahaja, “Oh yakah? Anda tunggu dan lihat sahaja!”

‘Tetapi anda tidak akan percaya, walaupun pada hari-hari terakhir untuk menggantikan hiasan Krismas dengan hiasan Tahun Baru Cina, setiap tinsel dan perhiasan Krismas masih ada. Yang hebatnya, setiap perhiasan masih tergantung, tiada satu pun yang hilang dan ini Petaling Street yang sedang kita sebutkan! Orang yang lama di sana akan memberitahu mereka yang baru datang, “Eh, tempat ini kepunyaan Mummy Cyndi ah, ia milik kita semua ok, jangan sesekali sentuh barang-barang itu, walaupun satu perhiasan. Jika mana-mana barang ini berakhir di pasaran lambak, kita akan tahu siapa yang mengambilnya.”’

 

Walaupun pada hari-hari terakhir untuk menggantikan hiasan Krismas dengan Tahun Baru Cina, setiap perhiasan Krismas masih ada.

 

Masyarakat dan semangat kekitaan telah pun terbentuk dan mereka kini saling menjaga antara satu sama lain.

 

Detik Menhangatkan Hati Membawa Liputan Media Antarabangsa

Bukan semua perkara berjalan dengan lancar untuk PSCC. Tuan tanah lot kedai di mana kopitiam itu terletak, mengusir mereka keluar dari kedai kopi kecil di Madras Lane, menuduh PSCC sebagai sarang virus COVID dan menarik apa yang dipanggilnya “banyak sampah masyarakat”.

‘Alasan yang dia bagi, dia mendakwa mereka adalah pembawa virus tetapi siapa yang pernah mendengar tentang kelompok COVID di kalangan gelandangan sehingga kini?’ Cyndi menyatakan. ‘Adalah boleh difahami apabila tiada penghormatan asas kepada gelandangan, itulah sebab mengapa mereka tidak mempunyai maruah.’

Walaupun Cyndi membantah bahawa tiada pembawa COVID dalam komuniti dan bahawa mereka mempunyai imuniti yang lebih kuat daripada kebanyakan orang kerana kesusahan yang terpaksa mereka terpaksa harungi, namun tidak berhasil.

 

Menziarahi gelandangan pada waktu malam

 

Akhirnya, akhbar harian nasional cina Sin Chew mendengar kisah PSCC dan memaparkannya di halaman 2 mereka di seluruh negara (mereka kemudiannya akan memaparkan PSCC dua kali lagi). Walaupun kini tiada tempat mereka sendiri, PSCC masih terus berkhidmat untuk gelandangan. Malah Al-Jazeera dan TV8 menghubungi Cyndi semasa Tahun Baru Cina tahun lalu serta semasa musim perintah berkurung untuk membuat liputan tentang kisah PSCC dan apa yang mereka lakukan. Mariam Mokhtar, kolumnis yang dihormati malah menyifatkan Cyndi sebagai Malaikat Rahmat dalam artikel MalaysiaKini kerana usahanya dalam terus berkhidmat kepada gelandangan semasa musim berkurung.

‘Tidak kira bangsa, jantina, atau kewarganegaraan (kerana ramai pelancong asing yang terperangkap di sini tidak dapat pulang ke tempat mereka sekarang sudah sampai ke dolar terakhir mereka), sesiapa yang mengatakan bahawa mereka mahukan makanan, kami memberi mereka makanan kerana Alkitab berkata dalam Amsal 22:9: orang yang murah hati akan diberkati kerana mereka berkongsi makanan mereka dengan orang miskin,’ kata Cyndi. ‘Kerana saya bukan seorang sahaja yang melakukan ini, kami juga memikirkan mereka yang telah bekerja dengan saya sejak hari pertama. Kami menggerakkan komuniti untuk melakukan semua ini.’

 

Tidak kira bangsa, jantina atau kewarganegaraan, sesiapa yang mengatakan bahawa mereka mahukan makanan, kami memberi mereka makanan. Bukan saya seorang yang melakukan ini, kami juga memikirkan mereka yang telah bekerja dengan saya sejak hari pertama. Kami menggerakkan komuniti untuk melakukan semua ini.

 

Perkara yang Anda Lakukan dalam Kehidupan Boleh Meninggalkan Legasi

Sama seperti kemarau pada zaman Elia, pandemik COVID telah menjejaskan banyak nyawa. Dan seperti halnya dengan janda itu, kerana Cyndi melangkah keluar dalam ketaatan, dia kini tidak kekurangan makanan. Cyndi menyatakan bahawa walaupun dia seorang ibu tunggal menganggur dengan seorang anak perempuan yang masih kecil, mengalami masalah bronkitis, masalah tulang belakang, dan kebas tangan yang berterusan disebabkan oleh bahaya bekerja semasa hari pelancongan, ‘Jika saya melihat keadaan saya dalam hidup, saya akan berada di tempat terbawah. Di sinilah saya mula berfikir, seperti yang saya katakan, adakah kita akan membiarkan perubahan dahsyat menjejaskan kehidupan kita ataupun kita berusaha membawa perubahan positif terutama pada masa pandemik sedemikian?’

 

Pengalaman Cyndi telah membentuk hala tuju dan jalan hidupnya.

 

Cyndi berkongsi bahawa sepanjang tempoh COVID, ramai orang yang dia kenali telah meninggal dunia kerana wabak itu. Begitu juga, ramai di antara kita telah mengenali sekurang-kurangnya seseorang yang telah meninggal dunia kerana COVID. Ramai daripada mereka ini tidak cuai; mereka tinggal di rumah mereka dan jarang keluar. ‘Apabila saya memikirkan perkara ini, saya berkata “Hidup dan mati saya di tangan Tuhan. Saya telah melihat begitu ramai yang tidak pernah meninggalkan rumah mereka, dan kemudian mereka hanya keluar sekali, dan mereka mendapat COVID dan mereka pergi begitu sahaja.”‘

Kira-kira 20 tahun yang lalu, dalam satu tahun sahaja, Cyndi menghadiri sejumlah 4 pengebumian. Si mati berumur antara awal 20-an hingga awal 40-an, dan mereka meninggal dunia atas sebab berbeza, termasuk bunuh diri dan sakit. Ia membuatkan Cyndi merenung; ‘Apabila tiba masa saya untuk pergi, adakah orang yang menghadiri pengebumian saya akan berada di sana kerana mereka perlu berada di sana, mungkin mereka ada kaitan dengan saya, atau adakah orang di pengebumian saya, mereka akan berkata bahawa, “Disebabkan kata dorongan Cyndi, hidup saya berubah menjadi lebih baik/. Kerana apa yang Cyndi lakukan untuk saya, hidup saya berubah. Kerana dia melakukan satu perkara kecil untuk saya yang tiada orang lain sanggup lakukan, kehidupan seluruh keluarga saya berubah?”’

Cyndi menyatakan bahawa dalam kesusahannya apabila dia terpaksa menaikkan bendera putihnya sendiri, sebelum ramai orang di negara ini mula menaikkan bendera mereka, ada orang yang berada di sana untuknya, untuk anak perempuannya. ‘Saya tidak akan berada di sini jika mereka itu tidak menunjukkan belas kasihan kepada saya. Saya dan anak perempuan saya tidak akan berada di sini berkhidmat kepada gelandangan dan golongan terpinggir jika mereka tidak memegang tangan saya dan membantu saya meneruskan perjalanan hidup. Itulah sebabnya saya sentiasa menggalakkan Latreia berkhidmat di jalanan bersama saya supaya dia boleh mengamalkan belas kasihan sejak kecil. Saya percaya tidak kira betapa kaya dan berjaya seseorang itu, ia tiada nilai sebenar tanpa belas kasihan.’

 

Latreia berkhidmat kepada golongan miskin dan gelandangan

 

‘Ia adalah kerana mereka yang telah membantu saya meneruskan, saya berada di sini hari ini, dan membayar ke hadapan kepada mereka yang mempunyai kurang daripada kita. Dan saya tidak mahu mana-mana daripada mereka membayar balik kepada saya. Jika mereka hanya mengangkat tangan dan memanggil saya ‘mummy’, saya akan sangat gembira kerana mereka tahu kami ada untuk mereka. Untuk ini, saya bersyukur kepada Tuhan dan memberikan segala kemuliaan kepada-Nya.’

 

‘Saya tidak akan berada di sini jika mereka itu tidak menunjukkan belas kasihan kepada saya. Saya dan anak perempuan saya tidak akan berada di sini berkhidmat kepada gelandangan dan yang terpinggir jika mereka tidak memegang tangan saya dan membantu saya meneruskan perjalanan hidup. Kerana ada orang yang telah membantu saya meneruskan kehidupan, saya berada di sini hari ini, dan membayar ke hadapan kepada mereka yang mempunyai kurang daripada kita.’

 

Nota: Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Petaling Street Community Care dan bagaimana anda boleh membantu, anda boleh melayari halaman Facebook mereka di https://www.facebook.com/Petaling-Street-Community-Care-%E8%8C%A8%E5%9C% BA%E8%A1%97%E5%85%B3%E6%80%80-102293248373314

Untuk meneruskan sumbangan buat penajaan makanan dan sebagainya bagi golongan di atas, anda boleh melakukan pemindahan bank terus ke akaun Maybank bernombor 5647 6232 6603 (Cyndi Malaysia Venture) dan hantar dengan slip bank supaya organisasi tersebut boleh mengakui sumbangan anda. Snap shot sumbangan boleh dihantar melalui whatsapp kepada Cyndi Yong di talian 016 – 641 8877. Terima kasih atas sokongan.

 

 

Ini adalah sebuah artikel Kristian yang ditulis melalui lensa iman penganut Kristian. Ia merupakan penterjemahan dari artikel A Community for the Marginalised: The Remarkable Story of Petaling Street Community Care dan ditujukan untuk pembaca Kristian yang lebih biasa dengan Bahasa Malaysia. Semua gambar disumbangkan oleh Cyndi Yong.

 

|Kongsilah Berita Gembira|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*