Sebab Adanya Krismas

 

Artikel asal oleh Dr. Lim Poh Ann; Diterjemahkan dalam Bahasa Melayu oleh Jason Law

 

Nota: Ini adalah sebuah artikel Kristian 

 

Semasa kita merenung pelbagai watak dalam naratif kelahiran Yesus, kita menemui semula makna Krismas.

 

Sudah tibanya musim Krismas lagi! Bayangkan.. jika kita adalah makhluk asing yang mengintip melintasi angkasa lepas melalui teleskop jarak jauh, apakah yang akan kita lihat? Apakah kesimpulan yang akan kita buat berdasarkan segala kesibukan, dan segala kemewahan dan kemeriahan?

Suatu musim untuk percutiaan dan perjumpaan keluarga? Ekstravaganza membeli-belah di tengah-tengah cahaya yang berkelip-kelip dan lagu-lagu Krismas yang tidak berkesudahan?

Atau pun suatu masa yang bahagia tatkala Santa Claus dalam perjalannnya mengedarkan hadiah? Kemeriahan yang seolah-olah tidak akan berakhir? Pengemar pesta dan pengunjung pub bersuka ria sehingga ke awal pagi?

 

 

Dari jauh, tidak banyak penunjuk yang Krismas adalah perayaan yang mempunyai unsur keagamaan atau kerohaniaan. Mungkin skala perayaan di Barat membuatkan kita menganggap ia adalah perayaan budaya.

Tetapi jika teleskop kita boleh mengintip menembusi dinding,  kepentingan agamanya menjadi hidup. Di gereja-gereja, mesej Krismas dikhotbahkan sekali lagi. Kegembiraan dan kesyukuran tertulis pada banyak wajah dan pujian-pujian serta penyembahan bergema di seluruh gereja. 

Sementara itu, dalam suasana yang lebih intim, keluarga-keluarga berkongsi kegembiraan Krismas di rumah dengan hidangan mewah. Bapa-bapa memimpin keluarga mereka dalam berterima kasih kepada Tuhan atas berkat-Nya, manakala pemikiran anak-anak tertumpu pada hadiah yang tergantung pada pokok Krismas.

Setakat ini kami telah mengumpulkan pelbagai imej melalui “pencari tilik” kami untuk menghuraikan maksud Krismas. Tetapi “pencari tilik” ini hanya mampu membawa kita sejauh ini.

 

Untuk penghayatan yang lebih mendalam, kita perlu menyelidiki Alkitab untuk mengetahui makna sebenar Krismas.

Kita perlu merenung pelbagai watak dalam naratif kelahiran Yesus: Maria, para gembala, malaikat-malaikat, orang majus dan Herodes. Sudah tentu, tidak terlepas tokoh utama iaitu Yesus.

Kelahiran Yesus mendapat sambutan yang sangat tidak beriadah. Menurut nubuat Mikha, dia dilahirkan di sebuah kampung kecil bernama Betlehem. Pada masa kelahiran-Nya, ibu bapa-Nya di dunia ini terpaksa membaringkannya di dalam palungan kerana tempat penginapan penuh. Bagi kami, tidak dapat difikirkan bahawa Raja Segala Raja dilahirkan di tempat yang dimaksudkan untuk haiwan. Ia adalah gambaran yang menyerlah tentang kerendahan hati oleh seseorang yang mempunyai kuasa tertinggi.

 

 

Krismas mentakrifkan semula kebesaran. Ukuran sebenar seorang lelaki tidak semestinya keturunan, kekayaan, kuasa atau kemasyhurannya. Marilah kita mencontohi Yesus yang misinya di bumi adalah untuk melayani orang lain.

Mary juga menunjukkan kehambaan. Apabila malaikat mengumumkan bahawa Mary akan melahirkan Yesus dalam rahimnya, dia memanfaatkan peluang untuk menjadi instrumen Tuhan.

Sebilangan besar tentera syurga menyembah Tuhan pada masa kelahiran-Nya. Yesus mungkin kelihatan tidak penting dan rendah, dilahirkan dalam palungan. Tetapi adakah kelahiran seseorang yang lain pernah dikhabarkan oleh malaikat?

Para gembala sangat gembira apabila malaikat menyuruh mereka mencari bayi yang dibungkus dengan kain lampin di dalam palungan. Dengan segera mereka pergi ke Betlehem untuk menyambut bayi itu. Dan setelah melihat bayi itu, persis seperti yang dikatakan malaikat kepada mereka, mereka pergi dari sana sambil memuliakan dan memuji Tuhan.

Orang-orang majus dari Timur sedang mencari bayi yang akan menjadi Raja bangsa Yahudi. Walaupun mereka intelektual, mereka sensitif secara rohani. Mereka bersukacita kerana sebuah bintang mendahului mereka, membimbing mereka sehingga ke tempat kelahiran Yesus. Apabila mereka menjumpai bayi itu, mereka sujud dan menyembah Dia.

 

 

Hadiah yang mereka tawarkan kepada Yesus – emas, kemenyan, dan mur – adalah paling sesuai, wajar dengan jawatan yang akan disandang oleh Yesus dalam kehidupan dewasa-Nya. Emas bercakap tentang kerajaan-Nya, kemenyan mencerminkan peranan-Nya sebagai Imam Besar, dan mur melambangkan penderitaan-Nya di kayu salib.

Herodes, sebaliknya, mempersonifikasikan mereka yang hidup untuk diri mereka sendiri. Dia mempunyai agenda peribadi apabila dia memberitahu orang bijak untuk mencari bayi Yesus kerana dia juga ingin menyembah Dia. Hakikatnya, dia mahu membunuh bayi itu, menganggap Dia sebagai ancaman kepada kerajaannya. 

Tetapi rancangan jahat Herodes gagal membuahkan hasil. Kebenaran sentiasa menang atas kejahatan dalam analisis terakhir, tak kira sebarang percubaan manusia untuk mengabaikan, menindas atau melanggarnya. Selama berabad-abad, ramai orang Kristian telah dianiaya dan bahkan dibunuh kerana iman mereka. Namun begitu, kisah Krismas tentang bayi yang tersergam indah ini, yang buaiannya menjadi palung makanan untuk haiwan, masih terus disebarkan jauh dan luas.

 

 

Para watak dalam naratif kelahiran Yesus adalah seperti protagonis dalam drama. Apabila kita merenung kualiti mereka, kita menemui semula makna Krismas.

 

Krismas adalah tentang sifat memberi.

Kita boleh memberi tanpa mengasihi orang lain. Tetapi kita tidak boleh mengasihi orang lain tanpa memberikan diri kita sendiri. Yesus mengasihi kita dengan menyerahkan nyawa-Nya. Orang bijak mempersembahkan hadiah yang bermakna. Maria juga memberi, membenarkan rahimnya digunakan untuk menkonsepsikan Yesus.

 

Krismas adalah tentang kebahagiaan.

Para malaikat, gembala dan orang bijak bergembira sambil menyembah bayi istimewa itu.

 

Berpusat dalam Krismas adalah cinta Tuhan.

Tuhan menunjukkan kasih-Nya kepada kita dengan menghantar Kristus mati di kayu salib bagi kita. Tuhan menghukum Kristus – bukan kita – kerana dosa kita. Dengan kata lain, Kristus menjadi kambing hitam untuk menangungi dosa kita. Ini adalah mesej utama Krismas – Berita Baik bahawa Tuhan mengampuni semua, dengan syarat mereka percaya Kristus mati untuk dosa mereka.

 

Krismas juga merupakan masa untuk renungan.

Marilah kita belajar daripada Maria yang menghargai semua peristiwa indah dalam hidupnya, merenungkannya di dalam hatinya. Dia mungkin terfikir: Apakah yang sedang berlaku? Bayi yang saya kandung dalam rahim saya bukanlah bayi biasa. Konsepsi-Nya adalah ghaib. Malah malaikat bergembira dan menyembah pada kelahiran-Nya.

Tuhan yang bercakap lama dahulu kepada orang bijak dan gembala masih bercakap kepada kita hari ini – sama ada kita seorang intelektual atau orang sederhana. Apa yang penting ialah sama ada hati kita terbuka atau tidak – dan sama ada kita mempunyai iman untuk percaya. Kita tidak boleh membiarkan cahaya Krismas yang berkelip-kelip mengalihkan perhatian kita daripada makna sebenar.

Kematian dan kebangkitan Kristus di kayu salib adalah peristiwa yang telah dibuktikan dengan kukuh. Tetapi itu hanya fakta sejarah. Apabila seseorang percaya dan mengaku bahawa “Kristus mati di kayu salib untuk saya“, ia menjadikan seluruh dunianya berbeza.

 

Seperti lirik lagu “Christmas isn’t Christmas” ** beritahu kami:

Terjemahan

Krismas bukan Krismas sehingga ia berlaku di dalam hati anda

Di suatu tempat jauh di dalam anda

Di sinilah Krismas sebenarnya bermula

Maka serahkanlah hatimu kepada Yesus,

anda akan temui apabila anda melakukannya

Bahawa ia adalah Krismas, benar-benar Krismas untuk anda.

 

Jadi apakah sebab untuk musim perayaan ini? Ia bukan tentang kemewahan dan kemeriahan. Sebab adanya Krismas adalah kerana rahmat Tuhan. Ia mengenai Tuhan yang pengasih yang mengampuni dosa-dosa kita. Tuhan yang maha pengasih ingin menarik kita ke dalam hubungan yang kekal dengan-Nya, yang melampaui kehidupan duniawi kita ke dalam keabadian.

                                                

** Muzik oleh Jimmy & Carol Owens. Lirik oleh Carol Owen (versi ringkas).

 

Rujukan untuk gambar:

http://4.bp.blogspot.com/_xLgWN5rWhmE/TRQsltAzEOI/AAAAAAAACbs/8LoMVcFRQs4/s1600/nativity_scene1.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-fwKFCkyqxlA/TujbT9PAgCI/AAAAAAAACJE/b_df21He5T8/s1600/wisemen.gif

http://www.wga.hu/art/c/carpacci/2/03flight.jpg

http://facultyblog.eternitybiblecollege.com/wp-content/uploads/2011/12/jesus_carpenter.jpg

 

Ini adalah sebuah artikel Kristian yang ditulis melalui lensa iman penganut Kristian dan ditujukan untuk pembaca Kristian yang lebih biasa dengan Bahasa Malaysia. Ia diadaptasi dan diterjemahkan dari artikel yang pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris dan bertajuk The Reason for the Season. Artikel asal mempunyai renungan lanjut yang berkaitan dengan topik.  

 

|Kongsilah Berita Baik|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*