Pengembaraan Iman Sudir yang Tidak Kurang Cabaran Daripada Paulus

Sudir (sebelah kiri) dengan kawannya
Sudir (sebelah kiri) dengan kawannya

 

Sudir, seorang orang asli, berjumpa dengan Tuhan Bapa apabila kakaknya tiba-tiba jatuh sakit dan terlantar di katil selama tiga bulan. Walaupun bapanya ialah seorang ahli mata, tiada jampi atau ubat hospital yang boleh menyembuhkan kakaknya yang sudah terlantar di katil selama tiga bulan. Sampailah satu hari, Tuhan menghantar seorang pendeta Pak Charlie.

Pak Charlie mendapati bahawa kakak Sudir sudah sakit. Maka, selepas meminta keizinan untuk ‘menjampi’ kakaknya, Pak Charlie pun berdoa untuk penyembuhan kakaknya dalam nama Yesus.

Sudir berasa amat hairan kerana tiada pantang-larang dalam hal makanan untuk kakaknya. Namun, Pak Charlie menasihati Sudir supaya membaca beberapa ayat dari firman Tuhan yang ditulis untuknya. Maka, Sudir pun membaca firman Tuhan pada masa kesunyian dan mengakhiri firman tersebut dengan doa kepada Bapa Tuhan.

 

Ref: wwf
Ref: wwf

 

Lama-kelamaan, kakaknya boleh duduk di atas katil, merangkak, dan akhirnya berjalan. Apabila bapa Sudir melihat mujizat tersebut, dia pun menggesa Sudir untuk mencari Pak Charlie, supaya Sudir boleh belajar ilmu sihir daripadanya.

Maka, Sudir mulai mengikuti Pak Charlie ke kampung-kampung dan desa-desa untuk memberitakan Yesus Kristus. Ada orang yang mengganas dengan menunjukkan parang dan membalingkan batu. Tetapi walaupun Sudir ingin membalas dendam dengan pukulan, Pak Charlie menasihatinya supaya berdoa untuk mereka.

Pak Charlie berkata dengannya, “Bagaimana kau nak menerima kuasa, iaitu kuasa kelemah-lembutan dan bukan kuasa kejahatan. Untuk menerima kuasa ini, kau harus menerima Yesus sebagai juru selamat. Dari situlah, Yesus akan memberi kuasa kepadamu. Kalau kau percaya dan berdoa, kau akan diberi kuasa. Itu Roh Kudus Tuhan yang menolongmu. Bukan saya yang memberi kuasa kepadamu. Saya cuma memberitakan tetapi Roh Kudus Tuhan yang akan mengajar kau segalanya.”

 

Ref: backyardtravel
Ref: backyardtravel

 

Dalam pembelajarannya dengan Pak Charlie, kakaknya jatuh sakit lagi dan meninggal dunia. Pada waktu ini, ibu dan adik-beradik Sudir menerima Yesus sebagai juru penyelamat mereka. Maka, mereka amat dibenci oleh orang-orang kampung mereka kerana mereka dianggap pengkhianat adat nenek moyang mereka. Namun, mereka tetap berpegang kepada iman mereka terhadap Yesus Kristus. Upacara pengebumian kakaknya yang sudah menerima Yesus tenang dan sunyi-sepi sekali tanpa bau yang busuk dan bunyi-bunyi yang aneh. Puji Tuhan kerana dalam nama-Nya yang maha kuasa, segala kutukan nenek moyang dipatahkan!

Pada masa inilah juga Sudir merasai satu dorongan yang kuat dari Roh Kudus Tuhan untuk menuntut di pengajian alkitab in Sabah. Sewaktu Sudir menamatkan pengajiannya, dia terus masuk ke dalam pedalaman untuk memberitakan Yesus kepada anak-anak bangsanya. Kadang-kala, Sudir berjalan sehingga lima belas jam sebelum dia sampai ke kampung. Malah, kenderaannya pernah dibakar satu kali dan diceraikan motor tiga kali semasa Sudir masuk ke dalam hutan untuk memberitakan Yesus. Hidupnya sebagai seorang pendeta Yesus Kristus memang tidak kurang daripada cabaran seperti Paulus.

 

Sudir yang sedang memandang jauh ke masa hadapan yang cerah untuk orang-orang asli Malaysia
Sudir yang sedang memandang jauh ke masa hadapan yang cerah untuk orang-orang asli Malaysia

 

Maka, adalah menjadi tabiat untuk Sudir sebagai pendeta untuk menyiapkan dirinya dengan firman Tuhan, doa, dan juga puasa sebelum dia memasuki pedalaman. Kebanyakan orang-orang di suku-suku dan puak-puak lain – walaupun mereka sememangnya anak Tuhan Bapa yang amat disayangi – tidak mesra dengan pemberitaan Yesus, malah ada di kalangan mereka akan menyerang.

Terdapat sebuah kampung di pedalaman yang memasang belantik untuk Sudir dan kawan-kawannya. Tetapi puji Tuhan, kerana Tuhan menghantar seorang lelaki untuk memberi amaran kepada mereka, supaya tidak lalu di tempat tersebut. Namun, selepas berdoa, Sudir dan kawan-kawannya didorong oleh Roh Kudus Tuhan untuk melalui belantik tersebut dengan kerendahan hati. Seperti Musa yang berjalan menerusi lautan yang dibuka, Sudir dan kawan-kawannya juga berjalan menerusi belantik tersebut. Lembing-lembing belantik ditolak ke belakang untuk membuka jalan kepada Sudir dan kawan-kawannya! Tiga bulan kemudian, orang-orang di kampung tersebut dibaptiskan dalam nama Yesus yang maha kuasa.

Bukan itu sahaja, Sudir dan kawan-kawannya pernah mengalami serangan sewang, iaitu serangan roh-roh gunung-ganang, air, dan daratan secara sekali gus terhadap kumpulan mereka. Semasa mereka berjalan menuju ke satu kampung, dua orang daripada kumpulan Sudir tiba-tiba jatuh pengsan. Tetapi kerana Sudir telah menyiapkan dirinya dalam Roh Kudus Tuhan dengan membaca firman, berdoa, dan berpuasa, dia selamat daripada serangan. Maka, dia pun mencari dan membakar bahan jampian yang ditanam berhampiran mereka. Selepas itu, dia berdoa dengan kawan-kawannya yang sudah jatuh pengsan, dan Tuhan Bapa pun menyedarkan mereka supaya mereka boleh meneruskan perjalanan ke dalam kampung. Tiga bulan kemudian, orang-orang kampung itu juga dibaptiskan dalam nama Yesus! Puji Tuhan!

 

Ref: febc
Ref: febc

 

Namun, cabarannya belum tamat di kampung ini. Semasa Sudir menjalani perhimpunan penyembahan Tuhan, terdapat orang yang melakukan serangan sewang untuk melawan kuasa Tuhan. Tetapi, oleh sebab darah Yesus yang kudus dan sudah menuntut jiwa mereka sebagai jiwa milik-Nya, maka segala serangan dipatahkan! Semua orang berdiri dengan tegap dan tabah dalam penyembahan Tuhan Bapa, genap dengan kekudusan-Nya.

Maka, dalam setiap cabaran yang Sudir alami, dia mengingati dorongan Tuhan Bapa yang mengatakan kepadanya, “Berbahagialah kamu, jika kerana Aku, kamu dicela dan dianiaya dan kepadamu difitnahkan segala yang jahat. Bersukacita dan bergembiralah, kerana upahmu besar di syurga, sebab demikian juga telah dianiaya nabi-nabi yang sebelum kamu.” (Matius 5:11-12)

 

Marilah kita semua doa untuk pastor Sudir bagi keselamatan dan keberkatan untuk berlimpah-limpah ke dalam hidupnya kerana ketaatannya kepada misi yang diberi Tuhan Bapa
Marilah kita semua berdoa untuk keselamatan dan keberkatan pastor Sudir kerana ketaatannya kepada misi yang diberi Tuhan Bapa

 

Tuhan Bapa yang maha pengasih bukan sahaja mendorong Sudir dengan kata-kata-Nya yang hidup dalam firman, tetapi Dia juga menunjukkan kehadiran-Nya dengan melakukan pelbagai mujizat-mujizat untuk Sudir.

Sudir masih mengingati mujizat kebangkitan mayat, seperti kebangkitan Lazarus oleh Tuhan Yesus. Dalam kunjungannya ke satu kampung, Sudir ternampak seorang mayat pemuda yang sudah mati selama tiga jam. Namun, hatinya berasa sangat terdorong oleh Roh Kudus Tuhan untuk berdoa untuknya. Maka, Sudir pun memegang kepala pemuda tersebut dan berdoa. Sebelum dia mengakhiri doanya dengan mengatakan ‘Amen,’ tiba-tiba pemuda itu membuka matanya, lalu semua orang di sekelilingya pun lari dan terjun dari tingkap. Mereka ingat hantu mayat sudah bangkit.

 

Ref: deviantart
Ref: deviantart

 

Maka, hanyalah tinggallah Sudir dan pemuda tersebut di rumah itu. Pemuda itu tidak sedar bahawa dia sudah mati tetapi dia memberi kesaksian bahawa satu cahaya yang amat terang memancar dan memukul matanya, lalu dia dibangunkan. Disebabkan mujizat Lazarus ini, Sudir boleh memberitakan Yesus Kristus yang maha pengasih kepada orang-orang di kampung tersebut. Dan ramai di kalangan orang-orang kampung itu percaya Yesus dan dibaptiskan. Puji Tuhan!

Hati Sudir bukan sahaja berat untuk penyelamatan jiwa puaknya tetapi puak-puak dan suku-suku orang-orang asli yang lain. Apabila dia melihat akta orang asli di Semenanjung Malaysia, hati dia berasa terdorong untuk satu puak yang kecil. Maka, Tuhan Bapa pun menghantar dua orang dari puak tersebut untuk bertemu dengan Sudir semasa kunjungannya ke hospital.

Apabila Sudir mengikuti mereka ke kampung mereka di hutan, dia mendapati seorang kanak-kanak hampir mati akibat cirit-birit selama tujuh hari. Maka, dia pun meminta keizinan dari ibunya untuk berdoa untuknya dan menghantarnya ke hospital. Dalam pelukannya, dia membawa kanak-kanak tersebut ke keretanya. Tetapi sewaktu Sudir mahu memulakan perjalanannya, terdengar teriakan datuk kanak-kanak itu dari hutan. Sambil memegang parang dekat mukanya, datuk itu memarahi Sudir kerana perlanggaran adat kampung itu untuk membiarkan cucunya untuk mati dengan tenang di atas pokok. Namun, Sudir menjelaskan kepadanya bahawa cucunya masih mempunyai peluang untuk hidup. Dan puji Tuhan kerana Sudir dilepaskan untuk menghantar cucunya ke hospital dan nyawa kanak-kanak itu diselamatkan. Kerana peristiwa tersebut, hati orang-orang kampung terbuka untuk menerima Yesus Kristus sebagai juru selamat yang maha pengasih dan mereka dibaptiskan.

 

Ref: wp
Ref: wp

 

Dalam menamati kesaksiannya, Sudir mengatakan, “Harapan saya sebenarnya besar. Sementara saya berdoa dan berpuasa, saya mahu Tuhan menunjukkan sesuatu yang baru kepada orang asli supaya orang asli akan bangkit untuk lebih mengenali Tuhan, supaya mereka tidak ketinggalan.

“Hati saya ialah saya mahu berjumpa dengan semua puak-puak dan semua suku-suku orang asli di syurga. Saya tidak mahu mereka di neraka. Walaupun saya tidak sempurna depan Tuhan, tapi saya percaya Tuhan akan mengekalkan segala iman, segala perbuatan, dan segala perkara di muka bumi dan di syurga.

“Saya juga berdoa, bukan saya saja, tapi Tuhan akan membekalkan hamba-hamba yang lain supaya mereka akan memberitakan injil kepada orang asli, supaya mereka akan menemui keselamatan yang sebenar – bukan terdahulu atau sekarang – tetapi selama-lamanya untuk Yesus.”

Tambahnya lagi, “Saya lihat kami yang memegang kunci pertama orang asal yang membuka gerbang Malaysia bagi suku-suku lain untuk membangunkan. Saya percaya bahawa Tuhan akan membuat sesuatu yang baru supaya semua bangsa, bukan orang asli sahaja, tetapi semua orang yang mengenali Yesus, akan dibangkitkan. 

 

Sudir (sebelah kanan) berharap orang-orang asli akan bangkit dalam Roh Kudus Tuhan
Sudir (sebelah kanan) berharap orang-orang asli akan bangkit dalam Roh Kudus Tuhan

 

Sudir berasa amat bersyukur juga kerana Tuhan telah menghantarkan anak-anak bangsa lain untuk melayani anak bangsanya. Mungkin sebelum dia mengenali Tuhan, dia berasa terpinggir dan tidak layak untuk berhadapan dengan anak-anak bangsa lain. Tetapi setelah dia mengenali Tuhan, dia berasa amat terdorong untuk melihat penyatuan anak bangsanya dengan anak-anak bangsa lain sebagai satu keluarga yang tulus dan kudus dalam darah Yesus.

Ya, tiada apa-apa yang perlu ditakuti dalam penyatuan umat-umat Yesus Kristus. Dalam penyatuan, ada kekuasaan! Dalam penyatuan, ada harapan! Dalam penyatuan, kita semua akan maju ke depan – bersama-sama, tiada satu yang akan ketinggalan. Maka, marilah ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak, abang-abang, dan adik-adik semua – tidak kira apa pun suku, puak, atau bangsa – marilah kita bersama-sama berganding tangan dalam perjalanan iman kita dalam Tuhan Yesus. Kerana tiada yang mustahil kalau kita berjalan bersama-sama! Ya, puji Tuhan! Tiada satu yang ketinggalan. Semua akan diselamatkan! Kita adalah satu keluarga yang besar, dalam darah Yesus Kristus, dengan satu Bapa Tuhan yang sama dan Roh Kudus Tuhan yang tidak berbeza. Puji Tuhan! Sanggupkah kamu berjalan bersama-sama?

 

Ref: tulane
Ref: tulane

| Share the Good News |

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*