Pembangkitan Rohani di Bario adalah salah satu pencurahan Roh Kudus terbesar atas sebuah masyarakat di sejarah negara kita. Tetapi apa yang berlaku pada tahun 1973 hanyalah satu permulaan. Walaupun gelombang-gelombang itu surut dan mengalir, akan ada tiga lagi pencurahan pada tahun 1975, 1979, dan 1984, masing-masing dengan teras berbeza. Namun masing-masing berkongsi persamaan tertentu.
Ciri-ciri Umum Pembangkitan Rohani
Pasangan Bulan ada menyebutkan bahawa pembangkitan rohani telah membawa perubahan kepada corak kebaktian orang Kristian. Muda-mudi akan datang ke gereja dahulu untuk memulakan kebaktian dengan pernyanyian korus secara bersemangat sambil menunggu jemaah lain untuk sampai dan bukannya pembukaan suram dengan kidung puji-pujian lama seperti kebiasaannya.
Corak doa akan berubah juga. Semua orang akan berdoa dengan kuat dan serentak dan doa akan berpanjangan sampai sejam atau lebih dan bukannya seperti corak biasa di mana seseorang akan memimpin doa. Dahulunya seseorang dilantik untuk memimpin doa dan seseorang lagi untuk “mengakhiri” sesi doa. Apabila suara seseorang lebih kuat daripada yang lain, kumpulan itu akan mula senyap untuk mendengar firman Tuhan yang akan datang.
Orang ramai bersemangat dan berduyun-duyun datang untuk kebaktian-kebaktian yang diadakan, mereka mengatasi rasa malu dan berkongsi secara sukarela pengalaman-pengalaman mereka dan kerap kali kebaktian akan berpanjangan sampai pagi pukul 2 atau 3.
Empat Gelombang
Setiap pencurahan Roh Kudus akan ada teras yang berlainan dan setiap satu akan membangkitkan Gereja di Bario.
Gelombang Pertama
Gelombang pertama berlaku di 1973. Ciri dan penekanan yang menonjolkan adalah pertaubatan, pendamaian dan pemulihan. Selama bertahun-tahun, seperti diceritakan pasangan Bulan, suku Kelabit telah mengamalkan bentuk nominal Kristian, mereka tersilap percaya bahawa keselamatan mereka terjamin kerana kegiatan mereka di gereja. ‘Alkitab jelas mengajar bahawa Tuhan mengharapkan komitmen sepenuhnya kepada Diri-Nya Sendiri. Dia mengingini pemisahan daripada dosa dan pembaharuan minda. Keselamatan di dalam Kristus memerintahkan pengudusan berterusan melalui pertaubatan dan pengampunan dosa. ‘
Gelombang pertama ini akan ditandai dan diingati untuk kedatangannya secara spontan dan ketara serta perubahan radikal dalam ketakutan orang ramai terhadap Tuhan dan kekudusan mereka. Contohnya ialah penjauhan diri daripada sebarang bentuk minuman beralkohol dan rokok dalam budaya yang dahulunya banyak minum. Situasi sedemikian sehinggakan kedai peruntukan terpaksa memindahkan barang-barang tersebut kerana tidak dijual. Seorang pengunjung yang datang ke tempat itu berkata,” Saya tidak berani melakukan apa-apa yang berdosa di tempat itu kerana suasana di seluruh tempat itu penuh pengudusan! “
Penyembahan juga diadakan secara spontan. Setiap kali mereka bertemu, mereka akan secara spontan menyanyikan lagu-lagu sembah. Kebaktian doa tidak didaktik tetapi dipimpin oleh Roh Kudus dan terdapatnya pergerakan Roh Kudus secara bebas.
Ramai orang terutamanya di kalangan orang muda mendapat keberanian untuk bersaksi dan berkhutbah, walaupun mereka kurang berpengalaman. Tuhan menunjukkan Diri-Nya berdaulat atas kebatasan mereka sehinggakan mereka dapat menasihatkan para penatua mereka dengan penuh keyakinan dan keberanian ketika penatua mereka melakukan kesalahan, dan banyak dosa rahsia yang didedahkan. Dari sini, terdapat juga penyatuan dan penyembuhan secara beramai-ramai dan kelaparan yang mendalam untuk Firman Tuhan. Semua ini akan menetapkan suasana untuk gelombang baru yang segar untuk datang pada masa akan datang walaupun terdapatnya kemunduran yang disebabkan oleh kekurangan pengetahuan Alkitabiah di kalangan ramai.
Gelombang Kedua
Walaupun terdapatnya kurang kemajuan di kalangan beberapa orang selepas gelombang pertama, akan ada gelombang kedua pengunjungan Roh Kudus, kali ini ditandai dengan pembaptisan Roh Kudus dan gereja dipenuhi sukacita. Gelombang kedua ini akan tercetus dari pertemuan yang dikendalikan oleh Reveren Yohanes Sakai. Ramai orang jatuh di bawah kuasa Roh Kudus dan mulai berkata-kata dalam bahasa roh sehinggakan seluruh dewan dipenuhi dengan bunyi seperti tiupan angin keras. Pada masa akan datang, banyak manifestasi gerakan Roh Kudus dari gelombang pertama akan kembali dengan lebih mendalam lagi. Kanak-kanak kecil menceritakan bahawa mereka telah mendapat penglihatan. ” Ia seperti hujan lebat yang didambakan selepas musim kemarau yang panjang, ia menyegarkan semula seberapa banyak yang berada di bawah alirannya,’ tulis pasangan Bulan.
‘Tidak seperti gelombang pertama di mana menangis dan meraung dalam penyesalan dosa adalah ciri yang berbeza, kali ini pada setiap pertemuan, mereka menyanyikan lagu-lagu kegembiraan dan pujian’. Lagu-lagu yang dinyanyikan ialah jenis yang berbeza, ia dipenuhi dengan muzik dari gitar dan tamborin serta menyampaikan kegembiraan yang tidak terkatakan melalui semangat yang mendalam bagi Tuhan.
Lilian menggambarkan pertemuan kerohanian di Pa ‘dalih. Apabila penduduk kampung berdoa dalam suasana rohani yang tebal, Tuhan meruntuhkan roh tekanan yang ada pada tempat itu. Kira-kira sejam selepas orang ramai berdoa kepada Tuhan, kegelapan dan hujan lebat memenuhi langit dan tiba-tiba, batu hujan jatuh dari situ. Hujan lebat berpanjangan selama 2-3 minit, tetapi ketika kegelapan telah datang, tiba-tiba cahaya menyala, dan hujan reda. Orang ramai dapat merasakan bahawa Tuhan telah meruntuhkan roh tekanan dari tempat itu.
Gelombang kedua akan mencapai kemuncaknya pada April 1976, pada Konvensyen Paskah tahunan di Bario Asal. Sewaktu konvensyen diadakan, orang ramai begitu lapar untuk firman Tuhan sehinggakan kebaktian berlangsung selama enam hingga tujuh jam. Sekali lagi, mereka dibangkitkan semula dan pergi dengan berani memberitakan firman Tuhan dan membangkitkan semula gereja-gereja di mana sahaja mereka pergi.
Gelombang Ketiga
Pada masa akan datang, perubahan ekonomi akan membawa roh materialisme. Pada masa itu, mereka yang masih setia kepada Tuhan akan berkumpul untuk berdoa. Apabila orang mula kembali kepada Tuhan, roh doa syafaat telah dilahirkan dan beberapa pemimpin doa telah dibangkitkan. Gelombang ketiga akan ditentukan oleh Gereja yang berdoa.
Tuhan meletakkan visi untuk gunung doa di hati orang ramai. Semasa zaman Al-kitab, Yesus sering pergi ke gunung untuk berdoa. Pada mulanya, orang Bario ragu-ragu. Lagipun, lokasi terpencil kawasan itu seakan tidak masuk akal untuk mencari lagi ‘tempat yang tenang’. Tuhan menunjukkan kepada mereka gunung tertentu, dan orang mula berkumpul di sana pada waktu dan hari-hari tertentu dan kebaktian akan berlangsung semalam.
Tuhan melakukan hal-hal yang mukjizat di kalangan para pendoa syafaat selama perjalanan mereka ke atas gunung. Mereka akan merasakan roh kesegaran yang jatuh ke atas mereka dan ramai orang akan menerima penglihatan dan kata-kata nubuatan. Cuaca akan bertambah baik ketika mereka berdoa dan mereka melaporkan bahawa jalan diterangi ketika mereka berjalan melalui hutan pada waktu malam.
Tidak lama kemudian maklum balas bersemangat yang diberikan mengenai gunung doa ini telah menyebabkan beberapa bukit kecil lain dijadikan lokasi doa. Akhirnya, Pelayanan Doa Gunung Murud juga akan dilahirkan.
Gelombang Keempat
Gelombang keempat pada tahun 1984 akan ditentukan oleh gereja yang menyembah. Dari tahun 1974 ke tahun 1976, pelbagai nubuatan telah dilepaskan dengan mengatakan bahawa perkara-perkara besar akan berlaku di pergunungan sekitar Ba’kelalan. Pada tahun 1984, panggilan untuk doa dipergiat dan semangat diperbaharui di kalangan orang ramai untuk berdoa untuk bangsa-bangsa.
Semasa gelombang keempat banyak tanda dan mukjizat dilaporkan. Sesetengah seperti penampakan bebola api di langit malam menjadi berita utama dalam surat khabar kebangsaan. Pelayanan Doa Gunung Murud akan bertumbuh, dan sebuah pondok kayu akan didirikan di lereng gunung sebagai rumah doa.
Cabaran dan Kesan
Pasangan Bulan menjelaskan dengan lebih terperinci dalam bab-bab penutup buku mereka mengenai cabaran dan kesan pembangkitan rohani. Oleh kerana pembangkitan rohani itu sesuatu yang baru kepada orang Bario, mereka bersemangat tetapi tidak mempunyai arahan dan pengetahuan. Mereka tidak bersedia dari segi pengalaman dan teologi, dan semangat orang muda menyinggungkan para penatua. Mereka memerlukan bimbingan dan asas yang kuat dalam firman Tuhan.
Kadang-kadang juga akan terjadi masalah seperti faksionalisme dan kemegahan diri, serta penyalahgunaan hadiah rohani. Masalah lain timbul seperti sikap terlalu berhati-hati terhadap “amalan baru”.
Walaupun terdapatnya masalah-masalah ini, Pembangkitan Rohani di Bario memberi kesan mendalam kepada masyarakat, dan ia akan diingati selama bertahun-tahun. Terdapatnya perspektif missiologi dan kesedaran tentang pentingnya menyebarkan Injil. Ia mengubah kehidupan masyarakat dan membebaskan mereka dari perhambaan animistik, melepaskan mereka dari “budaya tentera” yang kaki perempuan, suka minum minuman keras dan merokok. Kemajuan dalam kehidupan sosial akan datang melalui pendidikan dan kematangan dalam bakat suku Kelabit.
Pertumbuhan rohani mereka membangkitkan banyak pemimpin terkemuka dalam masyarakat maupun rohani. Terdapat keinginan mendalam, menular, dan meluas untuk berdoa, mencari dan menyembah Tuhan. Ia menghasilkan struktur dan kepimpinan gereja yang bertanggungjawab dan pembiayaian diri sendiri di SIB, serta mempunyai hati untuk penginjilan dan penanaman gereja. Akhirnya, Pembangkitan Rohani di Bario juga akan melahirkan pertumbuhan gereja yang luar biasa dan diberikan kuasa untuk melayani di Sidang Injil Borneo (SIB).
|Beritakanlah Berita Baik|
NOTA: Semua maklumat diperolehi daripada pembacaan buku Solomon Bulan dan Lillian Bulan-Dorai berjudul ‘Pembangkitan Rohani di Bario’. Beberapa gambar dalam artikel diperolehi dari rurum.org.my dan selebihnya disumbangkan oleh Leon Jala.
NOTE: The English article can be found at http://christianitymalaysia.com/wp/the-bario-revival-the-four-waves-and-its-impact/
Leave a Reply