Notis: Ini adalah sebuah artikel Kristian.
Dalam Ibrani 11:6, Kitab Suci menyatakan bahawa mustahil untuk mendapat keredaan Tuhan tanpa iman, kerana setiap anak-Nya mesti percaya bahawa Dia wujud dan bahawa Dia memberi ganjaran kepada mereka yang mencari Dia dengan tulus. Imperatif tersebut diberikan sebagai pernyataan mudah; indah dalam kejelasannya dan tidak tersangkal maksudnya. Tambahan pula, ia ringkas dan terus terang. Seseorang boleh mengagumi ayat itu kerana kemurniannya sendiri.
Walaubagaimanapun, sebagai orang Kristian, kita dipanggil bukan sahaja untuk menghargai Alkitab kerana sifat sastera dan leksikalnya tetapi untuk menerima kandungannya sebagai fakta realiti. Namun, walaupun tuntutan iman nampaknya mudah, ia juga merupakan salah satu bidang yang paling digeluti oleh orang Kristian. Ini bukanlah sesuatu yang harus kita sembunyi, kerana kita juga dipanggil untuk memeriksa kehidupan kita dan jujur dengan diri kita sendiri.
Berapa ramai di antara kita yang akan mempunyai iman yang tulen apabila kita berhadapan dengan cabaran yang melampau? Apabila kita mendapat berita daripada doktor tentang penyakit terminal atau kemungkinan kehilangan orang tersayang? Apabila kita berhadapan dengan kemungkinan sebenar kehilangan pekerjaan? Apabila orang jahat di dunia seolah-olah melepasi diri dengan segala-galanya manakala orang yang tidak bersalah menderita?
Nampaknya iman lebih daripada sekadar percaya. Setiap orang Kristian percaya bahawa Tuhan itu wujud, bahawa Dia mahakuasa dan penyayang, dan bahawa Dia dengan setia memberi ganjaran kepada mereka yang tekun mencari Dia. Kita tidak akan menjadi pengikut-Nya sebaliknya. Jadi apa isu di sini?
Sebelum saya meneruskan, izinkan saya mengaku bahawa terdapat banyak masa saya bergelut dengan iman juga. Tetapi Alkitab berkomunikasi kepada kita, dan mungkin adalah baik untuk melihat contoh iman yang terkandung di dalamnya. Ini tidak akan menjadi artikel teologi, sebaliknya, ia merupakan suatu penziarahan, dan dengan rahmat Tuhan, saya pun boleh mempelajari sesuatu di sepanjang jalan.
Nampaknya iman lebih daripada sekadar percaya. Setiap orang Kristian percaya bahawa Tuhan itu wujud, bahawa Dia mahakuasa dan penyayang, dan bahawa Dia dengan setia memberi ganjaran kepada mereka yang tekun mencari Dia. Kita tidak akan menjadi pengikut-Nya sebaliknya. Jadi apa isu di sini?
Sebelum saya meneruskan, izinkan saya mengaku bahawa terdapat banyak masa saya bergelut dengan iman juga. Tetapi Alkitab berkomunikasi kepada kita, dan mungkin adalah baik untuk melihat contoh iman yang terkandung di dalamnya. Ini tidak akan menjadi artikel teologi, sebaliknya, ia merupakan suatu penziarahan, dan dengan rahmat Tuhan, saya pun boleh mempelajari sesuatu di sepanjang jalan.
Contoh Lelaki dan Wanita Beriman di dalam Alkitab
Jika kita melihat watak-watak Alkitab, tidak ada yang lebih menonjol untuk keimannya daripada Ibrahim, dan memang sepatutnya begitu. Alkitab menggambarkan dia dalam Roma 4:11 sebagai bapa kepada mereka yang beriman. Ibrahim bukanlah seorang yang sempurna; dia berasal dari keturunan penyembah berhala, dan ketika malaikat Tuhan menyampaikan perkhabaran tentang kehamilan isterinya Sarah di usia tuanya, dia ragu-ragu. Sebelum itu, dia telah menggunakan caranya sendiri untuk mendapatkan keturunan dan ini telah menjejaskan kehidupan orang lain.
Namun Ibrahim juga seorang yang taat kepada Tuhan tanpa persoalan. Apabila Tuhan mengarahkan dia untuk berpindah dari negerinya, Haran, ke negeri yang telah dijanjikan kepadanya, Ibrahim telah berumur 75 tahun. Tambahan pula, pada masa itu, Tuhan tidak menentukan ke mana Ibrahim dipanggil untuk pergi. Bertahun-tahun kemudian, apabila Tuhan mengujinya dengan mengarahkannya untuk mengorbankan anaknya Ishak, ia pastinya amat sukar baginya, dan sekali lagi dia taat. Banyak yang boleh dipelajari daripada kehidupan Ibrahim.
Terdapat juga banyak contoh lain iman sederhana yang boleh kita ketemui dalam Alkitab. Apabila Elia meminta janda di Sarfat untuk menyediakan makanan baginya daripada sedikit yang tinggal, dalam janji bahawa Tuhan akan menyediakan untuk kehidupan janda itu, janda melakukan seperti yang diminta (1 Raja-raja 17). Dalam Yohanes 6:5-13, seorang budak lelaki menawarkan makanannya kerana iman yang sederhana dan Yesus menggunakan makanan tersebut itu untuk memberi makan kepada 5000 orang. Matius 8:5-13 adalah contoh yang patut diberi perhatian tentang iman perwira Rom untuk penyembuhan hambanya, namun apa yang dia lakukan adalah sekadar untuk mempercayai siapa Yesus.
Tuhan boleh menggunakan iman yang mudah untuk menghasilkan mukjizat. Mari kita lihat salah satu contoh yang paling terkenal tentang perkara yang boleh dibawa oleh iman ke dal//am kehidupan seseorang. Dalam Matius 14:28-31, Petrus berjalan di atas air. Tiada manusia sebelum atau sejak itu yang pernah melakukan ini. Walaupun Yesus dengan lembut menegur Petrus kerana kekurangan imannya, untuk sementara waktu, iman Petrus memberinya kuasa untuk melakukan perkara yang mustahil.
Apa Itu Iman dan Apa Itu Bukan
Kita telah pun menetapkan bahawa iman bukan sekadar kepercayaan pasif. Ia adalah elemen aktif dalam kehidupan orang Kristian, dan ia melingkupi semua yang dia lihat atau lakukan. Ia adalah meletakkan harapan yang kuat kepada Tuhan yang Hidup, bertentangan dengan semua perkara yang mungkin diberitahu oleh budaya popular atau data visual kita. Ia merupakan komitmen kepada Tuhan yang setia. Di atas segalanya, ia adalah hala tujuan sebenar kita dalam kehidupan ini dan seterusnya, berjalan dengan Tuhan dan sentiasa sedia mendengar suara-Nya.
Iman juga bagaimanapun bukanlah sesuatu yang melulu. Iman yang saleh sentiasa berlandaskan siapa Dia, dan melalui pengetahuan yang telah Dia bagi untuk memberi kuasa kepada hidup kita. Kita memerlukan kebijaksanaan-Nya, dan ‘iman’ tanpa Tuhan dalam gambaran adalah cuma kelalaian. Ada kalanya Tuhan akan mengarahkan kita untuk menunggu masa-Nya, dan ini juga melibatkan unsur iman. Petrus tidak keluar dari perahu sehingga Yesus memberi arahan.
Iman Secara Intrinsik Terikat dengan Ketaatan
Di atas segalanya, iman adalah tindak balas kepada Tuhan. Ia tidak berdiri dengan sendiri. Untuk mempunyai iman, kita mesti tahu, benar-benar tahu, siapa Tuhan. Iman tidak boleh datang tanpa kita tinggal di dalam Tuhan kerana ia adalah anugerah daripada Tuhan (Efesus 2:8-9), dilaksanakan apabila orang benar-benar percaya walaupun menghadapi masalah dan tekanan dunia. Ia hanya boleh datang dari hubungan dengan Tuhan, dalam doa dan mempelajari firman-Nya kepada kita.
Bagaimana kita bertumbuh dalam iman? Kita perlu berkomunikasi dengan Tuhan setiap hari, dan merendam fikiran dan nilai kita melalui nasihat firman-Nya. Tuhan telah menyediakan keupayaan, dan Dia telah menganugerahkan kita dengan kebijaksanaan dan semangat. Dia telah menyediakan sebuah Gereja kepada kita di mana kita boleh bersekutu dan menggalakkan satu sama lain dalam pertumbuhan rohani. Dia telah memberikan nasihat dan bimbingan-Nya kepada kita melalui firman-Nya. Terutamanya, Dia telah menyediakan kita dengan kehadiran Roh Kudus yang berkuasa.
Yesus juga masih bersama kita hari ini. Dialah yang menyempurnakan iman kita. Iman tidak bertentangan dengan akal manusia tetapi respons yang munasabah terhadap firman Tuhan yang dinyatakan dalam ciptaan dan dijadikan peribadi dalam Yesus Kristus (Ibrani 12:2). Iman adalah peribadi, dan ia memerlukan inisiatif individu, selalunya memerlukan kita untuk bertindak berdasarkan kepercayaan kita. Namun semasa kita melalui “titik-titik peristiwa yang mencabar” dalam hidup kita, kita akan mendapati bahawa iman ialah Tuhan membukai ufuk baru bagi kita (Ibrani 11:3).
Akhirnya iman adalah tindakan penyerahan intim kepada Tuhan. Inilah yang dimaksudkan dengan benar-benar percaya bahawa Dia wujud dan dalam sifat pemurah dan penyayang-Nya kepada setiap individu yang percaya.
Ciri-ciri Iman yang Menarik
Jadi itu adalah beberapa ciri sederhana tentang apa itu iman kepada saya. Ia adalah elemen aktif dalam kehidupan orang Kristian, ia mesti dipandu melalui kebijaksanaan Tuhan, ia mesti berakar pada Tuhan dan firman-Nya, ia adalah terutamanya tindak balas kepada Tuhan, dan ia bersifat peribadi. Sudah tentu terdapat lebih banyak lagi yang boleh kita pelajari tentang iman, semata-mata kerana fakta bahawa ia sangat penting kepada identiti kita sebagai orang Kristian, tetapi ini adalah titik permulaan yang baik untuk kita memulakan pejalanan yang lebih dalam.
Namun di sepanjang perjalanan kami juga menemui beberapa ciri keimanan yang menarik. Iman sering memerlukan kita hanya mengambil langkah awal yang kecil atau dengan sedikit sumber yang kita ada, tetapi menghasilkan sesuatu yang besar dan ajaib hanya kerana kuasa Tuhan yang maha kuasa. Iman kelihatan sukar, tetapi apabila kita bertumbuh dalam pengetahuan tentang Tuhan, dan semasa Dia membawa kita mengatasi cabaran, kebenaran dalam kata-kata Yesus dalam Matius 11:30 menjadi lebih konkrit. Iman seolah-olah kita perlu memulakannya tetapi kita dapati pada akhirnya bahawa Tuhan adalah pemula yang sebenarnya selama ini.
Bak Paulus tulis kepada orang Korintus dalam 1 Korintus 13:12:
12 Sekarang kita melihat sesuatu dengan tidak sempurna, seperti pantulan yang membingungkan dalam cermin, tetapi kemudian kita akan melihat segala-galanya dengan jelas. Semua yang saya tahu sekarang adalah separa dan tidak lengkap, tetapi kemudian saya akan mengetahui segala-galanya sepenuhnya, sama seperti Tuhan sekarang mengenali saya sepenuhnya.
Inilah kuasa iman.
Ini adalah sebuah artikel Kristian yang ditulis melalui lensa iman penganut Kristian dan ditujukan untuk pembaca Kristian yang lebih biasa dengan Bahasa Malaysia. Ia diterjemahkan dari artikel yang pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris dan bertajuk A Practical Look at Faith. Artikel asal boleh dijumpai di https://christianitymalaysia.com/wp/a-practical-look-at-faith/
|Kongsilah Berita Gembira|
/
Leave a Reply