Malam Roh Kudus Bersama Pendeta Philip Mantofa: Kota Kinabalu

 

Meskipun Sabah tidak lagi tenang dengan panggilan “Negeri Dibawah Bayu” pada hari hari penutup zaman ini, selepas Roh Kehidupan melanggar benteng benteng dosa dan membangkitkan orang orang yang hauskanNya disebuah acara sempena Hari Malaysia.

“Sabah dahagakan Tuhan Yesus. Sekarang Sabah bersedia untuk kebangkitan rohani,” ishtiharkan pendeta antarabangsa Pr Phillip Mantofa di bandar kecil Donggongon 11km dari ibukota di Kebaktian  Kebangunan Rohani (KKR) pada 15-16 September.

 

 

Di acara “Neraka itu Nyata” dan “Malam Roh Kudus” di bandar kemabukan itu, Roh Kudus dicurakan keatas ratusan jiwa terutama orang orang muda yang hauskanNya, selepas 6,629 jiwa mengaku dan menerima Yesus Tuhan dan Juruselamat mereka.

 

Ramai yang dahagakan Tuhan Yesus pada malam itu.

 

“Ini malam bersejarah. 20 tahun lalu Sabah belum bersedia tetapi selepas gempa bumi berlaku di Ranau dua tahun lalu, Tuhan memberitahu saya sekarang Sabah bersedia.”

“Walaupun Alkitab berkata jalan menuju kebinasaan adalah lebar, tetapi dari sekarang jalan menuju keselamatan rohani diperluaskan di Malaysia sehingga terjadinya kebangkitan rohani.

Ramai orang kudus terutamanya pemuda- pemudi dibawah umur 30 seperti Nabi Daniel (dalam Alkitab) akan muncul di Malaysia,” kata pendeta dari Surabaya Indonesia itu.

KKR yang diadakan di Stadium Kompleks Sukan Penampang dibanjiri 38,000 orang kebanyakkannya dari kaum Kadazandusun. 

 

 

Seterusnya, mereka yang yang dibaptiskan air kehidupan berbahasa Roh Kudus menandakan pencurahan kuasa dari Syorga yang memberi mereka kehidupan illahi kekal abadi dan kekudusan dalam Tuhan Yesus.

Dalam khotbahnya, Mantofa menggalakkan hampir 20,000 pada Malam Roh Kudus, mereka hanya  memerlukan kehausan dan iman dalam janji Tuhan untuk menerima Roh Kudus.

 

Kata Yesus :

Barangsiapa percaya kepada Ku, seperti yang dikatakan oleh Kitab Suci : Dari hatinya akan mengalir aliran aliran air hidup.” (Yohannes 7.38

 

“(Jadi) anda tidak perlu menjadi suci dulu, hanya haus dan percaya. Kalau imanmu lemah Roh Kudus tepat bagianmu,” ujar dia. 

Donggongon, salah satu bandar kehausan arak “Aramai ti!” di Sabah sejak beberapa abad sebelum/selepas Malaysia ditubuhkan tiba tiba dipilih Tuhan. 

Walaupun penganjur SIB Sabah dan Kuala Lumpur selama setahun berdoa dan membuat persiapan untuk menggunakan Padang Kompleks Sukan  Likas.

Donggongon yang terletak hampir 11km, adalah pusat Katolik Kadazandusun. 

Terdapat banyak gereja di sekitar kampung yang  begitu luas kawasanya dan berapa salib besar ditanamkan memancar atas bukit bukit tinggi sebelah malam.

 

 

Mantofa memarahi orang orang Kristian yang hidup “separuh-separuh” untuk Yesus.

“Neraka adalah untuk orang munafik!”

 

Wahyu Bab 20 : 11-15

Lalu aku melihat suatu takhta putih yang besar dan Dia yang duduk diatasnya. Dan hadapanNya lenyaplah bumi dan langit dan tidak ditemukan lagi tempatnya.

 

Dan aku melihat orang orang mati, besar dan kecil berdiri didepan takhta itu. Lalu dibuka juga sebuah kitab lain, iatu Kitab Kehidupan.

Dan orang orang mati dihakimi menurut perbuatan mereka, berdasarkan apa yang tertulis dalam kitab kitab itu.

Maka laut menyerahkan orang orang mati yang  ada di dalamnya, dan maut dan kerajaan maut menyerahkan orang orang mati yang ada di dalamnya dan mereka dihakimi masing masing menurut perbuatannya.

Lalu maut dan kerajaan maut itu dilemparkan ke dalam lautan api. Itulah kematian yang kedua : lautan api.

Dan setiap orang yang tidak ditemukan namanya tertulis didalam Kitab Kehidupan, ia dilemparkan ke dalam lautan api itu.”

Atas Firman mutlak ini Mantofa memberikan amaran keras:

“Kalian semua bertanggungjawab keatas diri sendiri kalau tidak percaya kesaksian ku.”

 

 

Dia menggunakan rantai putih sederhana panjang sebagai simbol urapan yang dia selalu gunakan untuk mematahkan belunggu dosa dan melepaskan jiwa jiwa dari gengaman Iblis.

Tetapi sebelum dipanggil kehadapan untuk mengaku dosa dan bertaubat, ada sedikit antara mereka yang tidak bertahan lagi lalu menembusi barisan gabungan tangan oleh penganjur bagi menghalang orang ramai menaiki pentas kecil dimana Mantofa berada.

Sejurusnya dia melemparkan rantai ke lantai dengan penuh marah terhadap Iblis, sambil mengarahkannya dengan suara yang kuat  : “Setan !!! Dalam nama Yesus !!! Lepaskannn !!! Nowwww !!!!”, dan terus memanggil orang ramai maju, ribuan orang bergegas lari menerima Yesus. Ada yang menggengam pagar besi, banyak yang menanggis menggangkat tanggan menyerah diri sambil menyembah Tuhan.

Selesai sahaja semunanya, muka mereka menjadi cerah tanda pengampunan dosa dan  kerja Tuhan Yesus “untuk membuka mata mereka, supaya mereka berbalik dari kegelapan kepada terang dan dari kuasa Iblis kepada Tuhan, supaya mereka oleh iman mereka kepada Ku memperolehi pengampunan dosa dan mendapat bagian dalam apa yang ditentukan untuk orang yang dikuduskan.” Kisah para Rasul bab 26.18.

 

 

Seperti arus sungai mengalir dengan perlahan, berduyun duyun hadirin masuk stadium dari tempat letak kereta sejauh 500 meter. 

Suasana aman damai dan teratur, sangat kelihatan dimuka ribuan hanya datang untuk menemui dan menyembah Yesus, tidak kecoh dan tidak memerlukan pengawasan polis seperti permainan bola sepak atau perhimpunan politik. 

Hanya ada anggota RELA yang setia mengarahkan lalulintas kenderaan dan anggota Bulan Sabit Merah yang  membantu sampai lewat malam.

Kerana hauskan kuasa dan kasih kepenuhan Tuhan Yesus, orang ramai mula menunggu dari 3.30 petang untuk pintu pagar stadium dibuka 5.30 petang, padahal penyembahan hanya bermula 7.30 malam, dan Pendeta berkhotbah kira kira 9 malam. 

Ada juga yang datang sejauh 100 batu dari pekan Ranau di kaki Gunung Kinabalu dan negeri jiran Sarawak.

Mereka tidak putus putus dialu-alukan dengan senyuman dan kata kata manis serta lambaian tangan : “Hi Shalom .. Hi Shalom…Shalom..” oleh ramai pemuda-pemudi SIB memakai kemeja T putih sampai lah acara tamat 10.30 malam dan selepas semuanya pulang.

 

Penyembahan Tuhan pada malam Roh Kudus.

 

Antara 793 yang sakit, lemah dan kurang berupaya dan dirasuk kuasa gelap, tua, muda dan anak kecil mencari penyembuhan, ada yang dihantar oleh ambulan dan yang lain diasung dalam kerusi roda ke tempat khas tersedia dengan kerusi kerusi.

Mereka disambut oleh pendoa syafaat yang terus berdoa penyembuhan dan pelepasan dalam nama Yesus, sambil memberikan pedoman dan membantu mereka bangkit dan berjalan kaki atau mengangkat tangan, melakukan apa sahaja demi persetujuan iman untuk memperkenankan kuasa Tuhan.

Ribuan yang yang lain duduk bertikar di padang rumput luas dibawah kolong langit cerah petang kerana Tuhan sudi mendengar doa gerejaNya tidak membenarkan hujan dari petang dan malam sepanjang KKR. 

Walaupun ditentang kuat oleh ahli ahli sihir yang inginkan hujan lebat menyuraikan perhimpunan rohani itu dan tidak mahu orang awam beriman dalam Yesus.

Donggongon di kuduskan oleh hampir 40,000 bibir (termasuk penganjur) menyembah Yesus dengan lagu lagu rohani dalam bahasa dusun.

 

Lagu ‘Ralan, Katapatan Om Koposion’ dengan translasinya..

 

Terutama sekali (Yesus) “Ralan, Katapatan Om Koposion“, tajuknya yang asal dicipta oleh Morries Ontong dari SIB Pekan Telupid, Sandakan, “yang apapun sudah melekat dihati pendengar jemaat lagu ‘Onsikou Ginawoku,’ ” kata seorang ahli rekoding album it, bila dihubungi.

Tetapi dengan tiba tiba tepat 7.07 malam hujan mula menitis sampai kira kira 8.30 malam. 

Perang rohani meletus, ramai pendoa syafaat yang bersiapsedia, menyatukan doa dalam bahasa Roh Kudus dan nama Yesus mengubakan hujan menjadi renyai renyai yang hanya menyegarkan mereka yang tidak membawa payung dan menyejukkan udara seluruh stadium. 

Tiada yang tinggalkan acara itu, semua bertekad untuk setia sampai penghabisan.

 

 

Mantofa memberi amaran peluang untuk percaya dan mengaku Yesus hanya boleh dibuat dibumi selagi kita masih hidup.

“Di neraka nama Yesus di cabut dari bibir manusia… tidak lagi boleh menyebut nama Yesus.”

“Kita adalah ciptaan roh, kita tidak mati, tubuh hanya meninggalkan dunia.

“Samada kita hidup kekal abadi di syorga ataupun neraka.”

Dia berkata 17 tahun lalu dia dibawa Tuhan Yesus ke dunia orang mati melihat jiwa jiwa yang menolak Tuhan diseksa teruk oleh setan setan.

Mereka dipenjarakan di alam sungguh ngeri itu menunggu Hari  Penghakiman.

Setiba sahaja, Tuhan menyuruh dia buka pintu yang melepaskan bau orang mati yang teruk sekali.

Dia melihat Setan dan setan-setannya tetapi dia tidak boleh kelihatan mereka kerana kemuliaan Yesus melindungi dia.

“Saya juga melihat seorang perempuan cantik dikerumuni setan setan. 

Dia menyanyi mantra malaikat gelap itu.

“Dahulu di bumi dia memuaskan nafsu seksnya dengan lelaki, tetapi sekarang dia dipaksa memuaskan nafsu setan setan.

“Lidah perempuan itu dipotong setiap kali ia bertumbuh. Banyak juga ulat keluar dari kemaluannya.

“Saya menjerit menangis merayu Tuhan hentikan kekejaman tetapi Yesus berkata dalam suara yang lembut, ‘ia sudah terlambat.’ “

(Banyak lagi kesaksiannya diterbit dalam bukunya  Neraka itu Nyata.)

Pendeta menegaskan dunia orang mati bukanlah maut kedua iaitu lautan api pembinasaan selama selamanya untuk jiwa jiwa yang nama mereka tidak terdapat dalam Kitab Kehidupan tertulis dalam Wahyu bab 20 : 11-15

 

|Share The Good News|

Samuel Nijjar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*