Daripada Gangster kepada Ketua Gereja Penjara di Penjara Negeri Kajang – Sam Kian Seng

Sam Kian Seng

 

Catatan: Ini adalah sebuah artikel Kristian

 

Pada 25 Julai 2016, Sam Kian Seng dibebaskan dengan pengampunan diraja daripada 28 tahun penjara di Penjara Kajang, hasil kempen yang diketuai oleh ketua pegawai eksekutif Kumpulan Star Media dan pengarah urusan kumpulan Datuk Seri Wong Chun Wai.

“Walaupun saya berdoa agar Tuhan membebaskan saya dari penjara, saya percaya Tuhan mempunyai masa yang sesuai. Semua perkara yang berlaku di penjara ini adalah seperti tuisyen kepada saya, supaya saya boleh menghadapi dunia,” kata Sam, yang menamatkan pembacaan Alkitab, dari awal hingga akhir, empat kali dalam setahun.

 

Sesi ibadah

 

Penyaksian ini dikongsi oleh Sam pada 1 September 2016 (2 bulan selepas dia dibebaskan dari penjara) di sebuah mesyuarat Full Gospel Business Men Fellowship (FGBMF) Damansara Utama yang diketuai oleh Bro Victor Liew. Sam berkongsi tentang betapa benarnya Tuhan baginya di dalam penjara. Walaupun dia terkurung di balik jeruji besi, kebebasan Tuhan ada di dalam dia (1 Kor 7:22a).

 

Hamba yang beriman kepada Tuhan menjadi orang merdeka di mata Tuhan  (1 Kor 7:22a).

 

Dibesarkan dalam keluarga miskin dengan 12 anak, dia berpindah dari Pahang ke Chow Kit untuk bekerja dengan ibu saudaranya sebelum dia berusia 12 tahun. Ibu bapanya hanya berpendapatan RM140 sebulan untuk menyara seisi keluarga ketika itu.

Chow Kit pada masa itu sebuah tempat yang dibelenggu oleh gangsterisme. Sam menghabiskan masa di jalanan Chow Kit dan akhirnya membawanya menyertai gangsterisme. Apabila dia dewasa, Sam mendapat pekerjaan yang lumayan iaitu menjadi pengutip hutang pada siang hari dan bouncer kelab pada waktu malam.

 

Victor Liew (kiri) bersalaman dengan Sam Kian Seng dalam penandaan penghargaan untuk perkongsian penyaksiannya

 

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih buruk apabila Sam didakwa atas kesalahan memiliki senjata api. Dia disabitkan dengan hukuman sepanjang hayat dan ditakdirkan untuk mati di penjara oleh mahkamah pada 13 September 1988. Dia hanya 31 tahun pada masa itu.

Tiga tahun pertama di dalam Penjara Kajang merupakan masa yang paling sukar baginya kerana dia bergelut untuk menerima hukumannya. Selepas tiga tahun itu, dia mula menerima keadaannya dan menenangkan dirinya.

Pada masa itu, Sam telah dijemput untuk menyertai perhimpunan Malaysian Care yang datang pada setiap minggu untuk berkongsi Firman Tuhan. “Saya bertanya kepada diri sendiri, ‘Apakah yang Tuhan ini boleh lakukan untuk saya?’ Saya telah menyembah semua jenis tuhan rawak sebelum ini.”

Jadi, dia berpegang kepada Firman Tuhan yang diucapkan dari Alkitab, setiap hari Selasa dan Ahad. Dengan kegelisahan dan ketakutan, dia berdoa kepada Tuhan untuk mengubahnya dan memberinya ketenangan. “Saya percaya bahawa Roh Tuhan hadir walaupun kita berada dalam penjara.”

 

Sam didoakan sebelum perkongsian penyaksiannya dalam sebuah majlis makan tengah hari dianjurkan oleh FGBMF Damansara Utama

 

Dia juga mula belajar membaca Alkitab dwibahasanya dan berdoa kepada Tuhan agar mendapat hikmat membaca dan memahami bahasa Inggeris dengan kamus Oxfordnya. Daripada tidak dapat menyebut ‘A’ hingga ‘Z’ dengan betul, dia boleh berbahasa Inggeris dalam masa enam bulan!

Semasa dia membaca dan memahami Alkitab, dia mula mengembangkan rasa hormat kepada Tuhan. Rakan banduan yang mengetuai ibadah ketika itu mengambil dadah, merokok, dan membuat kacau di penjara. Terganggu dengan kekurangan rasa hormat yang suci dalam rakannya, Sam mula berdoa kepada Tuhan untuk kebijaksanaan untuk menyanyi dan bermain gitar, dan akhirnya mengambil alih ibadah dalam perhimpunan mingguan.

Bukan itu sahaja, dia juga mendapati dirinya mula menolak kelucahan, sama ada dalam pedengaran atau pertuturan. “Roh Tuhan bekerja dalam diri saya untuk mengubah hidup saya.”

Selama tempoh bertahun-tahun, Tuhan juga telah membantu menyelamatkan Sam daripada menghisap 40 batang rokok sehari selepas dia berdoa dan berpuasa selama 72 jam tanpa air. “Kita perlu menghormati Tuhan dengan tubuh kita kerana Tuhan tinggal di dalam tubuh kita (1 Kor 6:19), dan itu suatu yang mengagumkan. Jangan main bodoh dengan Tuhan.” Hari ini, dia telah dibebaskan daripada merokok selama 15 tahun.

 

Semua orang menundukkan kepala mereka dalam pendoaan untuk Sam

 

Dalam perkembagan Firman dan Semangatnya, Sam mengetuai perkhidmatan gereja di Penjara Kajang dengan 60 lelaki yang datang secara tetap. Nyanyian mereka yang kuat menyebabkan aduan daripada pihak yang cemburu, yang akhirnya membawa kepada penutupan kapel. Namun, apabila Sam berundur untuk beribadat di biliknya kerana penutupan kapel, orang yang hadir menjadi lebih ramai daripada mereka yang sebelum ini hadir di kapel! Pihak berkuasa memutuskan untuk mengembalikan kapel itu sebagai tempat ibadat kepada Sam. Puji Tuhan!

Sam juga meminta untuk melakukan pembelajaran Alkitab dengan pendatang baru penjara, satu sel pada satu masa. “Pendatang baru sangat memerlukan Alkitab untuk mendorong mereka. Saya percaya Alkitab boleh mengubah hidup mereka. Hidup saya adalah satu kesaksian kepada mereka. Saya berkata, ‘Pakcik, lihat saya, saya tinggal di penjara seumur hidup dan saya boleh melalui ini. Anda juga boleh melalui ini.’”

Sam sangat dihormati oleh rakan-rakan banduannya. Sebagai contoh, rakan-rakan banduannya akan berhenti membincangkan topik yang tidak kena semasa dia mendekati mereka. Dia juga bersedia memberikan sabun dan peralatan mandian kepada banduan lain dan membantu memulihkan mereka yang sukar dikendalikan walaupun oleh warden penjara.

 

Semua orang menyembah Tuhan

 

Pada suatu ketika, rakan-rakan banduannya turut mematuhi arahannya dan menahan diri mereka daripada memecahkan sebuah jam rosak yang berbunyi menjengkelkan setiap 45 minit. “Saya hanya meminta orang untuk melakukan kebaikan dan bukan perkara yang salah.” Walaupun jam itu terus befungsi untuk enam bulan berikutnya, Sam sentiasa boleh tidur sepanjang malam. “Ini menjadi kesaksian untuk Tuhan. Saya memberitahu orang di sekeliling saya bahawa Tuhan saya sedang menolong saya.”

Keazamannya yang sabar dan teguh mahu menjadi seorang lelaki yang baik, telah memenangi hati kedua-dua banduan dan warden penjara, sehingga rayuannya turut disokong oleh warden.

Selepas 28 tahun berkhidmat di penjara, Sam mendapat peluang kedua untuk hidup pada usia 59 tahun. Dia memulakan pendidikan seminarinya di Sekolah Bible Tung Ling pada September 2016. “Saya tidak tahu bagaimana masa depan saya, tetapi saya akan menunggu Tuhan untuk membuat semua keputusan saya. Saya percaya Tuhan akan memberi saya jalan. Saudara dan saudari, tolong doakan saya. Saya percaya penjara mempunyai godaan tetapi dunia mempunyai lebih banyak godaan. Saya perlukan doa awak.”

 

Daniel Liew (kanan), yang merupakan sebahagian daripada Malaysian Care dan yang telah menghulurkan harapan kepada Sam di penjara, mendoakan Sam (2 dari kanan) selepas perkongsiannya

 

Daripada gangster kepada ketua gereja penjara, Sam telah menunjukkan perubahan yang menakjubkan, yang dibentuk oleh tangan Tuhan yang hidup! Yesus menjawab, “Apa yang mustahil bagi manusia itu tidak mustahil bagi Tuhan.” (Lukas 18:27).

 

Ini adalah sebuah artikel Kristian yang ditulis melalui lensa iman penganut Kristian dan ditujukan untuk pembaca Kristian yang lebih biasa dengan Bahasa Malaysia. Ia diterjemahkan dari artikel yang pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris dan bertajuk Gangster to Prison Church Leader in Kajang State Prison – Sam Kian Seng

 

|Kongsilah Berita Baik|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*