Apa Yang Akan Berlaku Kepada Dunia Selepas Peristiwa Pengangkatan?

Ref: Unsplash.com

 

Notis: Ini adalah sebuah artikel Kristian. Artikel ini ditulis berdasarkan pemahaman kami tentang eskatologi seperti yang diterangkan dalam Alkitab, dan berkaitan dengan peristiwa semasa. Ia mengambil sikap neutral dan tidak bertujuan untuk melanggar atau menyinggung mana-mana kepercayaan.

 

Topik mengenai apa yang disebut “Hari Akhir” selalu menarik perhatian orang Kristian dari semua lapisan masyarakat. Terdapat keperluan mendesak, terutamanya pada zaman kita. Hamba Tuhan yang setia bekerja keras untuk sampai ke tempat yang paling jauh di dunia supaya setiap orang yang percaya mendapat akses kepada Kitab Suci. Di samping itu, terdapat penekanan yang konsisten terhadap kemuridan.

 

Mengapa Kami Menulis Artikel Ini

Ketertarikan dan rasa mendesak yang kita ada tentang Hari Akhir adalah semula jadi kerana ia berkisar tentang takdir utama kita. Tambahan pula, kita bukan lagi hanya menghampiri hari-hari terakhir tetapi sebenarnya sudah berada di ambang pintunya. Kita berada di penghujung sejarah; banyak peristiwa global baru-baru ini dan penumpuan sistem dunia telah pun menetapkan semua prasyarat untuk kebangkitan Antikristus, dan seterusnya, Kedatangan Kedua Kristus. Namun, subjek itu sendiri jarang diberitakan atau diajar di gereja.

Artikel ini adalah sebahagian daripada siri yang bertujuan untuk mengenalkan umat Kristian kepada subjek yang ‘sering diabaikan’ supaya orang Kristian tidak akan berada dalam situasi tidak bersedia apabila tiba masanya. Kami akan menggambarkan idea-idea teras peristiwa Pengangkatan, sejurus itu kami akan meninjau Pemerintahan Antikristus, dan Kedatangan Kedua Kristus.

 

Ketertarikan dan rasa kecemasan yang kita ada tentang Hari Akhir adalah semula jadi kerana ia berkisar tentang takdir utama kita(Ruj: unsplash.com)

 

Kitab Wahyu

Kitab Wahyu adalah teks suci teras dan paling terkenal mengenai eskatologi (kajian tentang akhir zaman). Kebiasaanya, kitab ini dipercayai ditulis oleh rasul Yohanes semasa dia berada di pulau Patmos pada tahun AD95 (62 tahun selepas penyaliban dan kebangkitan Kristus Yesus, dan sekitar 30 tahun selepas kematian syahid Paulus). Ini adalah butiran penting yang akan kami sebutkan semula pada masa akan datang.

Wahyu merangkumi Mesej kepada Tujuh Jemaat; Takhta Penghakiman Tuhan; 7 Meterai; 4 Penunggang Kuda Apocalypse; 12 suku Israel (termasuk 144,000 saksi); Kesengsaraan Besar; 7 sangkakala; Dua Saksi; Perang di Syurga; Antikristus, Binatang, dan Perempuan Sundal Babel; Kejatuhan Syaitan dan pengikutnya; Kedatangan Kedua Kristus Yesus; dan Pemerintahan Milenium Kristus Yesus.

 

Peristiwa Pengangkatan

Kitab Wahyu mendalami peristiwa-peristiwa Zaman Akhir. Walau bagaimanapun, teks yang berkaitan mengenai peristiwa Pengangkatan sebenarnya terkandung dalam dua surat Paulus. Salah satu surat ini telah ditulis kepada gereja di Tesalonika. (Surat ini biasanya kita kenali hari ini sebagai Kitab 1 Tesalonika). Satu lagi surat lain adalah surat pertama Paulus kepada orang Korintus (dikenali sebagai Kitab 1 Korintus). Ini juga adalah perkara penting yang akan kami lawati pada masa yang akan datang.

Dalam 1 Tesalonika 4, Paulus menerangkan mengenai Kebangkitan Orang Mati, juga dikenali sebagai Pengangkatan. Sepertimana dengan Kedatangan Kedua Yesus (Matius 24:36), kita tidak mengetahui hari dan masa yang tepat untuk Pengangkatan.

Namun demikian, Tuhan telah memberikan kita petunjuk. Kita dapat merasai musim ini, dan kita tahu ia sangat dekat. Dalam belas kasihan dan kasih karunia-Nya, Tuhan juga telah memberikan pemahaman kepada para rasul-Nya tentang hari-hari terakhir dan Pengangkatan supaya ia dapat diwariskan dari generasi ke generasi. Pemahaman ini berfungsi sebagai suar harapan, serta amaran bagi kita untuk kekal rapat dalam hubungan kita dengan Kristus Yesus, dan juga untuk orang yang kita sayangi.

 

Dalam belas kasihan dan kasih karunia-Nya, Tuhan juga telah memberikan pemahaman kepada para rasul-Nya tentang hari-hari terakhir dan Pengangkatan supaya ia dapat diwariskan dari generasi ke generasi. (Ruj: https://www.meredithgould.com/wp-content/uploads/2020/11/Bible-Authors.jpg)

 

Apa yang Boleh Kita Harapkan daripada Pengangkatan?

Pengangkatan digambarkan oleh Paulus sebagai misteri yang tidak dapat difahami oleh fikiran manusia (1 Korintus 15:51). Ia adalah apabila orang percaya yang hidup dan mati yang telah dibangkitkan dalam Kristus akan diangkat untuk bertemu dengan Dia di udara. Orang mati dalam Kristus akan dibangkitkan dahulu, dan kemudian bersama-sama, orang yang hidup dan orang mati yang dibangkitkan akan diangkat ke atas awan untuk menemui Tuhan di udara (1 Tesalonika 4:17). Kita akan diberikan badan baru yang mulia, dan pertemuan dengan Tuhan akan kekal: “Demikianlah kita akan selama-lamanya bersama Tuhan” (1 Tesalonika 4:17b). Ia adalah harapan yang diberkati semua orang Kristian yang setia.

 

(Ruj: Wikimedia Commons. (Perincian daripada lukisan oleh artis Perancis Jean Cousin the Younger.))

 

Setiap orang Kristian yang dilahirkan semula akan diangkat oleh Kristus Yesus untuk bertemu dengan Dia di Syurga, dan tiada seorang pun daripada kita akan ditinggalkan di Bumi. Untuk diangkat, kita mesti mempunyai hubungan dengan Yesus. Bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai iman, kepercayaan, atau hubungan dengan Kristus Yesus? Mereka akan kekal di Bumi dan menjalani peristiwa-peristiwa yang akan berlaku di sini selepas Pengangkatan. Inilah sebabnya mengapa sangat penting bagi orang Kristian untuk berkongsi Injil terutamanya dengan orang yang mereka sayangi. Apakah yang akan berlaku apabila orang Kristian pergi selepas Pengangkatan? Tidak akan ada seorang pun di Bumi untuk memberi syafaat bagi mereka yang tertinggal di bumi di bawah pemerintahan diktator AntiChrist.

(Pada mulanya, mereka yang ditinggalkan mungkin tidak perasan apa-apa telah berubah di sekeliling mereka, tetapi satu kepastian bahawa dalam masa yang singkat, ia akan mendapat perhatian dan penggeraan dunia bahawa terdapat peratusan penduduknya telah ‘hilang’. Teori konspirasi mungkin akan timbul, membuka ruang kepada Antikristus untuk mula-mula muncul sebagai pemimpin dunia yang kelihatan seperti penyelamat dalam menjawab krisis dunia.)

Yang menariknya, terdapat petunjuk bahawa sebahagian besar bani Israel juga akan kekal di Bumi. Mengapa kita berkata begini? Banyak huraian dalam Kitab Wahyu (antara lain rujukan kepada 144,000 orang kudus dan dua saksi) menunjukkan bahawa sekumpulan martir untuk Tuhan – sering digambarkan dengan istilah rujukan yang sangat berpaksikan kepada Musa dan Israel – akan mengalami penganiayaan semasa zaman Tribulasi Besar. Rasul Paulus adalah seorang rasul kepada orang bukan Yahudi dan surat-suratnya yang menyebut Pengangkatan ditujukan kepada orang Kristian Yunani/bukan Yahudi di Tesanolika dan Korintus. Tinjauan terkini menggambarkan realiti nyata peratusan kecil penganut Kristian Yahudi di Israel (kira-kira 2%, malah penganut Kristian Arab mempunyai populasi yang lebih besar).

 

Pemerintahan Antikristus 

Pengangkatan orang Kristian ke Syurga akan membiarkan dunia terbuka kepada AntiKristus dan memberinya kebebasan dalam melaksanakan Tata Satu Dunianya. Siapa Antikristus? Tercatat dalam kitab Wahyu bahawa Antikristus adalah pemimpin umat yang akan berusaha untuk memusnahkan Israel.

Antikristus akan menobatkan dirinya untuk menganti Kristus Yesus. Dia akan mengawal tentera dunia dan menyebabkan mereka berperang melawan Yesus pada Zaman Akhir. Sebelum itu, dia akan mengawal ekonomi dunia, menaklukkannya di bawah kekuasaannya, dan menganiaya mereka yang memilih untuk tetap setia kepada Tuhan (Yahweh). Pada mulanya dia akan menyamar sebagai pemimpin yang baik hati. Namun apabila dia telah menubuhkan kekuasaannya, dia akan mendedahkan dirinya sebagai diktator, seperti yang tidak pernah dilihat oleh dunia. Dia akan melakukan penyalahgunaan kuasa yang besar, menyebabkan penderitaan di seluruh dunia, dan memaksa semua orang untuk tunduk kepada kawalannya atau dianiaya olehnya. Dengan tiadanya orang Kristian, dia tidak akan menghadapi apa-apa tentangan.

 

Antikristus akan mula-mula muncul sebagai penyelamat dunia yang baik hati.

 

Binatang Buas, sekutu Antikristus, akan melaksanakan bilangannya – 666 – pada populasi dunia. Ini mungkin serupa dengan kod QR (digunakan untuk mengenal pasti unit item tertentu dalam inventori yang besar) tetapi dicipta khusus untuk membolehkan Antikristus mengenal pasti dan mengawal/mengawasi setiap orang secara individu. Binatang itu akan mengunakan ini sebagai langkah ekonomi untuk membolehkan penerima tanda itu mengambil bahagian dalam ekonomi dunia. Dalam dunia yang ditadbir oleh sistem kewangan dan monetari, tanda sedemikian akan menjadi penting untuk kehidupan mereka yang ditinggalkan, dan mereka yang tidak menerima markah itu akan mendapati diri mereka berada di luar sistem, tidak dapat membeli atau menjual atau berfungsi dalam masyarakat. Perkara yang paling teruk ialah seperti yang telah diperingatkan oleh Kitab Suci kepada kita, bilangan binatang ini akan menandakan mereka yang telah menerimanya sebagai kawanan kepunyaan Antikristus.

 

Nombor binatang itu akan menandakan mereka yang telah menerima mereka sebagai kawanan kepunyaan Antikristus. (Ruj: https://fm.cnbc.com/applications/cnbc.com/resources/img/editorial/2011/08/23/42327179-apocalypse-people-satring-at-sun-gettyp.1910×1000.jpg )

 

Israel akan berada dalam krisis yang lebih besar daripada apa pun yang pernah dihadapi sepanjang sejarahnya. Sebagai bangsa yang dipilih oleh Tuhan sebagai umat-Nya yang istimewa (Ulangan 7:6; Yehezkiel 34:30), orang Israel akan menjadi sasaran khusus oleh Antikristus. Kewujudannya akan terancam pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Di sinilah ia akan membawa kepada peristiwa-peristiwa yang tercatat dalam kitab Wahyu, dan di antaranya, kepada 144,000 orang kudus.

 

Meletakkan Harapan dalam Yesus Kristus

Namun, walaupun dalam masa gelap seperti itu, masih akan ada harapan. Kenapa? Tuhan mempunyai perjanjian dengan Abraham dan kasih kepada keturunan Abraham dan bani Israel. Dia masih ingin menyelamatkan keturunan-keturunan ini daripada kemusnahan. Yesus Kristus akan kembali untuk kali kedua, kali ini sebagai penyelamat. Dan walaupun pada masa itu, akan ada orang yang berpaling kepada Yesus (https://tinyurl.com/p2ws2vza; https://tinyurl.com/4fz8npbe).

Kronika itu tidak berakhir dengan dunia di bawah pemerintahan Antikristus. Yesus Kristus akan kembali lagi untuk kali kedua pada akhir semua peristiwa ini. Kali ini, dia tidak akan datang sebagai bayi dalam palungan, tetapi dengan kegemilangannya sebagai Raja segala raja. Dia akan mengalahkan Antikristus, mendirikan Pemerintahan Milenium yang damai dan adil, dan kemudian Syurga Baru dan Bumi Baru akan datang.

Dan untuk kita hari ini, ada juga harapan. Implikasi dari semua peristiwa ini adalah bahawa akan ada pertempuran yang belum pernah terjadi sebelumnya antara kuasa Kristus Yesus dan Syaitan. Malah pada hari ini, Yesus menghulurkan tangan jemputan kepada kita untuk mempunyai hubungan yang menyelamatkan dengan Dia. Kerana Tuhan tidak mengutus Yesus Kristus untuk mati di kayu salib dan bangkit untuk menghukum dunia tetapi untuk menyelamatkan dunia melalui Dia (Yohanes 3:17). Setiap daripada kita mesti membuat keputusan.

 

Kematian dan kebangkitan Yesus Kristus mempunyai lebih penting daripada sekadar sebuah kubur kosong. (Ruj: http://kurtbubna.com/wp-content/uploads/2015/03/Cross-Empty-Tomb.jpg)

 

Notis: Ini adalah sebuah artikel Kristian yang ditulis melalui lensa iman penganut Kristian. Ia merupakan penterjemahan dari artikel What Will Happen to the World After the Rapture? dan ditujukan untuk pembaca Kristian yang lebih biasa dengan Bahasa Malaysia.

 

|Kongsilah Berita Gembira|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*