Walaupun Tubuh Patah, Iman Tetap Tidak Terputus – Bagaimana Tangan Tuhan Yang Berdaulat Membawa Seorang Anak Muda melalui Penderitaan kepada Pemulihan Penuh

 

Nota: Ini adalah sebuah artikel Kristian. Ia diterjemahkan dari sebuah artikel Bahasa Inggeris yang bertajuk Broken Body, Unbroken Faith – How God’s Sovereign Hand Carried a Young Man through Suffering to Full Restoration

 

Kadang-kadang, penderitaan berlaku dalam hidup yang tidak dapat difahami oleh pemikiran manusia – namun ia tetap terjadi. Mencari keberanian dan kekuatan untuk mempercayai kedaulatan Tuhan semasa detik-detik gelap ini seringkali boleh menjadi satu cabaran. Tetapi Yesus telah meyakinkan kita bahawa:

Segala-galanya mungkin bagi orang yang percaya (Markus 9:23) dan apa yang mustahil bagi manusia adalah mungkin bagi Tuhan (Lukas 18:27)

Benjamin Ch’ng mengalami sendiri kebenaran ini melalui satu peristiwa mengejutkan dalam hidupnya. Melalui pengalaman hidup ini, dia kini boleh bersaksi bahawa Tuhan berkuasa dan segala-galanya mungkin dengan kuasa kedaulatan-Nya – Tuhan tidak meninggalkan kita dalam masa yang sukar, malah saat-saat penderitaan ini boleh menjadi peluang penting untuk pertumbuhan rohani.

 

Gambar diambil pada tahun 2021, sebelum Ben jatuh sakit.

 

Bangkit Daripada Koma

Ben, seorang Jurutera Elektrik Malaysia yang bekerja di Amerika Syarikat, adalah seorang lelaki sihat yang ceria pada awal usia tiga puluhan. Dia gemar aktiviti luar seperti berbasikal, luncur salji dan banyak sukan lasak yang lain. Pada suatu malam, kerana berasa sedikit demam, dia tidur awal. Dia tidak tahu bahawa dia akan menghadapi pergolakan besar dalam kehidupannya yang dahulunya aman dan, imannya akan diuji dengan dahsyat. Ben tidak bangun keesokan harinya seperti yang dia jangkakan. Sebaliknya dia dikejarkan ke hospital dan koma selama sepuluh hari berikutnya.

Apabila bangun pada pagi kesepuluh, dia kelihatan normal pada mulanya tetapi menjelang petang, dia mengalami pendarahan otak dan terpaksa dikejarkan ke kecemasan untuk pembedahan kraniotomi bagi menghentikan pendarahan otak. Doktor mendapati bahawa bakteria staphylococcus adalah punca pendarahan otaknya. Ia adalah yang pembedahan pertama daripada banyak lagi yang terpaksa dialami oleh Ben sepanjang lapan belas bulan berikutnya.  Ibu bapa Ben yang risau dimaklumkan bahawa kemungkinan besar Ben akan berada dalam keadaan vegetatif selepas sedar.

 

Memulihkan Tubuh yang Patah

Selepas pembedahan otak, Ben mengalami beberapa jangkitan pada paru-paru dan saluran kencing. Doktor terpaksa melakukan trakeostomi untuk memasukkan tiub ke dalam trakea untuk memudahkan pernafasan Ben. Ini diikuti dengan pembedahan PEG untuk memasukkan tiub penyusuan terus ke dalam perutnya di mana hanya makanan yang dikisar halus dan cecair boleh diberikan kepadanya. Setelah pulih daripada pembedahan, Ben dipindahkan ke pusat pemulihan di mana dia sepatutnya memulakan perjalanan panjangnya untuk membaiki badannya yang patah.

 

Selepas pulih daripada pembedahan, Ben telah dipindahkan ke pusat pemulihan di mana dia sepatutnya memulakan perjalanan panjangnya untuk membaiki badannya yang patah.

 

Pada peringkat ini, Ben benar-benar tidak berdaya dan bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk membantunya memenuhi setiap keperluan asasnya, setiap masa, setiap hari. Ia adalah pengalaman yang sangat merendahkan hati bagi Ben, yang kini memahami apa yang perlu dilalui oleh orang kurang upaya fizikal setiap hari.

Selepas enam minggu, pertuturan Ben bertambah baik dan dia juga boleh berjalan dengan bantuan alat bantu jalan. Kakitangan hospital yang sebelumnya pernah melihat dia diangkat dengan abah-abah untuk duduk dan berdiri, kagum dengan pemulihannya yang cepat!

 

Diikat dengan abah-abah untuk diangkat dari katil ke kerusi.
Duduk tegak selepas abah-abah ditanggalkan.

 

Kemudian, Ben menghadapi halangan pertama dalam perjalanan pemulihannya. Doktor mendapati dia menghidap endokarditis apabila dia tiba-tiba tidak sedarkan diri. Jangkitan bakteria telah merebak ke injap jantungnya. Ben memerlukan pembedahan penggantian injap jantung dengan segera. Melalui kasih karunia Tuhan, seorang doktor tersedia untuk melakukan pembedahan itu dalam minggu yang sama. 

 

Ben di bilik pemulihan selepas pembedahan jantung terbuka untuk menggantikan injap.

 

Namun, itu bukanlah penamat bagi perjalanan Ben menuju pemulihan sepenuhnya. Empat bulan selepas pembedahan jantungnya, Ben memerlukan pembedahan laminektomi untuk melegakan tekanan pada saraf tunjang (stenosis). Dia kembali ke titik permulaan. Enam minggu latihan pemulihan fizikal yang telah dilaluinya seakan sia-sia. Ben terpaksa mempelajari semula banyak perkara asas fizikal termasuk berjalan.

 

Duduk dengan lilitan kaki untuk meningkatkan tekanan darahnya.

 

Iman yang Tidak Goyah

Saya [penulis artikel asal Doreen] bertemu Ben buat kali pertama apabila beliau pulang ke Malaysia untuk mengambil rehat yang sewajarnya serta bertemu dengan rakan-rakan dan ahli keluarganya. Beliau kini hampir pulih kepada keadaan asal, dan dengan ceria dia menyatakan pada permulaan temu bual bahawa dirinya berasa diberkati kerana dipilih untuk menanggung penderitaan ini. Ben mengaitkan cabarannya dengan kisah Ayub dalam Alkitab. Tuhan memberi izin kepada Syaitan untuk menguji Ayub, dan Ben merasakan bahawa Tuhan juga telah memilihnya, dan membenarkan penderitaan ini untuk mengujinya. Dia dengan gembira menyatakan bahawa jika ini adalah satu ujian, maka dia telah lulusinya.

Kita biasanya tidak mempunyai pandangan yang baik tentang penderitaan. Kita melihatnya sebagai gangguan terhadap kesihatan kita, atau sebagai halangan yang tidak diingini dalam usaha kita mengejar kehidupan dan kebahagiaan kita. Namun, bagaimana kita bertindak balas terhadap kesusahan apabila ia datang adalah ukuran sejauh mana iman kita. Kita boleh melihatnya sebagai pengalaman yang sengsara yang terpaksa ditanggung atau mungkin jatuh dalam kemurungan, malah kita mungkin melepaskan kemarahan kita kepada Tuhan. Atau kita boleh menyerahkan penderitaan itu kepada Tuhan untuk tujuan penebusan-Nya. Ben memilih untuk mempercayai Tuhan sejak hari pertama.

 

Dalam semua ujian yang dilaluinya, Ben tidak pernah hilang sikap positif dan kepercayaannya bahawa Tuhan akan memulihkannya sepenuhnya.

 

Ben percaya bahawa kepercayaannyalah yang membantunya mengharungi krisis ini. Dia tidak pernah berputus asa dan imannya kepada Tuhan tidak pernah goyah; meskipun menderita dan melalui tiga pembedahan besar, hampir menjadi buta pada satu ketika apabila jangkitan itu berada sangat dekat dengan retina mata kanannya, dan hilang pendengaran di telinga kanannya secara kekal. Dia merasakan bahawa penderitaannya yang dialaminya mungkin merupakan alat Tuhan yang digunakan Tuhan untuk melaksanakan tujuan-Nya – bagi membantu beliau bertumbuh lebih dalam dalam iman dan hubungannya dengan Tuhan. Ben berpegang pada janji dalam 1 Petrus 5:10 bahawa:

Tuhan sumber segala kasih kurnia, yang telah memanggil kamu ke dalam kemuliaan-Nya yang kekal dalam Kristus, setelah kamu menderita seketika, Dia sendiri akan memulihkan, menguatkan, meneguhkan dan mengasaskan kamu.”

Hari ini Ben berdiri teguh, kuat dan tidak tergoyahkan – sedia untuk menanggung banyak perkara bagi Tuhan sebelum dia masuk ke dalam kemuliaan Tuhan.

 

Belajar berjalan semula dalam sesi terapi fizikal di pusat pemulihan.

 

Iman Pada Janji-Nya

Ben berkongsi bahawa semua kesakitan dan penderitaannya telah berjaya diharungi bukan melalui usaha atau keazamannya sendiri tetapi dengan bergantung pada kebenaran yang kekal bahawa Kristus sahaja yang mengawal sepenuhnya kehidupannya dan Dia menepati janji-janji-Nya. Pada waktu malam ketika dia berasa takut, dia mendapat keselesaan daripada ayat dalam Yesaya 41:10:

Jangan takut, sebab Aku menyertai engkau; jangan bimbang, sebab Aku ini Tuhanmu. Aku akan menguatkan engkau, bahkan akan menolong engkau, Aku akan memegang engkau dengan tangan kanan-Ku yang membawa kemenangan.”

Ben percaya bahawa Tuhan kita yang berdaulat, Yesus Kristus, yang dengan kuasa-Nya mampu membawa segala-galanya di bawah kawalan-Nya, akan mengubah tubuh kita yang hina ini supaya menjadi serupa seperti tubuh-Nya yang mulia (Filipi 3:21)

Tuhan telah mengubah tubuhnya yang patah dan menepati janji-Nya untuk tidak meninggalkan atau membiarkannya ketika semangatnya remuk dan ditindas. Beberapa kejadian menunjukkan bahawa tangan Tuhan yang pengasih sedang bekerja apabila banyak kali perkara yang kelihatan mustahil menjadi mungkin oleh-Nya.

 

Janji Tuhan yang memberi kekuatan kepada Ben.

 

Ketika Ben memerlukan pembedahan penggantian injap jantung dengan segera, dia telah dijadualkan untuk pembedahan besar ini hanya dalam masa seminggu, apabila kebiasaannya pesakit perlu menunggu berbulan-bulan sebelum mereka boleh dijadualkan.

Jumlah bil perubatan Ben berjumlah AS$2 juta! Namun, majikannya yang penuh belas kasihan membenarkan Ben untuk kekal sebagai pekerja, walaupun beliau tidak dapat berkerja untuk tempoh yang panjang, supaya Ben boleh menuntut faedah insurans. Tanpa perlindungan insurans ini, Ben pasti akan terbeban oleh hutang seumur hidupnya.

Ben sememangnya bersaksi untuk Tuhan sepanjang penderitaan yang dialaminya. Dia mengesahkan bahawa Tuhan paling dekat dengan kita apabila kita patah dan remuk jiwa. Dia menggunakan penderitaan kita untuk membantu kita mendekatkan diri kepada-Nya. Apabila orang lain yang melihat apa yang telah kita alami – dan betapa tenang, positif dan damainya kita – mereka akan melihat kemuliaan Tuhan dengan penuh nyata melalui tindak balas kita terhadap kesakitan dan penderitaan kita.

 

Ben berdiri teguh dan kukuh hari ini.

 

Ben merasakan bahawa Tuhan membawanya melalui api penderitaan pemurni untuk menjadikannya emas tulen. Dia tidak tahu dengan pasti apakah rancangan besar yang Tuhan sediakan untuknya sekarang, setelah Tuhan membenarkan dia mengatasi ujian hidup yang mengancam nyawa ini. Namun, dia percaya bahawa Tuhan sedang menunjukkan kepadanya peranan yang lebih besar dalam rancangan-Nya untuknya.

Tidak kira betapa perit atau menyayat hati situasi yang kita hadapi, sebagai anak-anak Tuhan, kita percaya bahawa Kristus Tuhan kita akan memulihkan segalanya menjadi lebih baik daripada sebelumnya – bahkan lebih baik daripada apa yang boleh kita bayangkan. Oleh itu, Ben berasa amat rendah diri dan diberkati kerana Tuhan telah memilihnya untuk memberi kesaksian bagi-Nya melalui parut dan lukanya. Dia kini berpandang ke hadapan dan menantikan bagaimana hidupnya akan terus berkembang untuk melayani Tuhan dan memenuhi rancangan-Nya yang mulia.

 

Ben mula bekerja dari rumah secara jarak jauh kira-kira setahun selepas pemulihannya.

 

Sukacita Di Tengah Penderitaan

Seperti yang telah disaksikan oleh Ben, penderitaan bukanlah secara kebetulan tetapi rancangan Tuhan untuk membolehkan kita. Kita harus bersukacita dalam penderitaan kita bukan walaupun mengalami penderitaan, tetapi juga kerananya. Ujian yang yang menghanguskan ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Ia bertujuan untuk menguji kita. Penderitaan menyedarkan kita kepada kedaulatan Tuhan kita yang Maha Kuasa.

“Saudara-saudara yang dikasihi, janganlah kamu hairan apabila kamu menghadapi ujian yang menghanguskan untuk mencuba kamu, seolah-olah ada sesuatu yang luar biasa berlaku kepadamu. Sebaliknya, bersukacitalah kerana kamu turut mengambil bahagian dalam penderitaan Kristus, supaya kamu juga dapat bersukacita dan bergembira apabila kemuliaan-Nya dinyatakan.” 1 Petrus 4:12-13 (AVB)

Apabila kita terus bersukacita dalam Tuhan di tengah-tengah penderitaan, ia menunjukkan bahawa Tuhan, dan bukan perkara duniawi, ialah sumber kegembiraan kita.

“Oleh itu, jika kamu menderita menurut kehendak Tuhan, teruslah berbuat baik dan percayalah kepada Tuhan yang menciptakan kamu, kerana Dia tidak akan mengecewakan kamu.” 1 Petrus 4:19

 

Dalam perjumpaan keluarga pada Disember 2021. Ben adalah ketiga dari kiri.

 

Christianity Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Benjamin dan keluarganya atas keberanian dan keterbukaan mereka dalam berkongsi kesaksian harapan ini dengan para pembaca kami. Kami juga ingin menyampaikan penghargaan yang mendalam kepada Doreen Lau atas bantuan beliau yang amat bernilai dalam penulisan dan penyampaian kisah ini dalam artikel asal beliau serta bantuan beliau dalam penyemakan terjemahan artikel ini. Semoga kesaksian Benjamin terus menjadi sumber berkat dan dorongan kepada semua yang membacanya.

 

|Kongsilah Berita Baik|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*