Tiga Rintangan yang Dialami oleh Nikodemus sebelum Dia Percaya Tuhan Yesus – Dr Chew Keng Sheng, Faith Sanctuary of Glory Church, Kota Bahru, KELANTAN

Dr Chew Keng Sheng berkhutbah di Faith Sanctuary of Glory Church, Kota Bahru, Kelantan

 

“Mari kita siapkan hati kita dulu. Mari kita berdoa. Bapa kami di syurga, kami berterima kasih untuk masa yang Engkau berikan kami. Kami ingin memohon agar berkat-Mu akan berlimpah-limpah ke dalam hidup kami.

“Kami berdoa agar Engkau akan terus berada di sisi kami dan hadirat-Mu akan melinkungi kami setiap masa. Dalam nama Yesus kami berdoa. Amen,” Dr Chew Keng Sheng berdoa di Faith Sanctuary of Glory Church, Kota Bahru, Kelantan pada bulan September hari bulan empat.

Dr Chew ingin berkhutbah tentang tiga rintangan yang dialami oleh Nikodemus sebelum dia percaya bahawa Yesus adalah Tuhan.

 

Adalah seorang Farisi yang bernama Nikodemus, seorang pemimpin agama Yahudi. Dia datang pada waktu malam kepada Yesus dan berkata: “Rabi, kami tahu, bahawa Engkau datang sebagai guru yang diutus Tuhan; sebab tidak ada seorang pun yang dapat mengadakan tanda-tanda yang Engkau adakan itu, jika Tuhan tidak menyertainya.”

Yesus menjawab, kata-Nya: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan kembali, dia tidak dapat melihat Kerajaan Tuhan.”

Kata Nikodemus kepada-Nya: “Bagaimanakah mungkin seorang dilahirkan, kalau dia sudah tua? Dapatkah dia masuk kembali ke dalam rahim ibunya dan dilahirkan lagi?”

Jawab Yesus: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh, dia tidak dapat masuk ke dalam Kerajaan Tuhan. Apa yang dilahirkan dari daging, adalah daging, dan apa yang dilahirkan dari Roh, adalah roh. Janganlah engkau hairan, kerana Aku berkata kepadamu: Kamu harus dilahirkan kembali.

(Yohanes Bab 3:1-7)

 

Ref: gospelofchristcrucified
Ref: gospelofchristcrucified

 

Apabila kita membaca Yohanes bab tiga dari ayat pertama, kita mengetahui terdapat seorang Farisi bernama Nikodemus datang berjumpa dengan Yesus. Ada dua perkara yang pelik dalam cerita ini. Pertamanya, Nikodemus adalah seorang pemimpin orang beragama Yahudi yang benci akan Yesus. Keduanya, Nikodemus datang berjumpa dengan Yesus pada waktu malam dan bukan waktu siang.

“Nikodemus datang pada waktu malam supaya orang lain tidak nampak. Dia ingin merahsiakan pertemuannya dengan Yesus. Ini adalah kerana Nikodemus tahu kawan-kawan Farisinya akan mengutuk kunjungannya,” katanya.

Ramai orang Kristian salah faham bahawa kebanyakan orang percaya Yesus dengan serta-merta semasa mereka sedang mengalami krisis hidup yang dramatik. Contohnya, Paulus mengetahui Yesus dalam keadaan yang dramatik. Dalam perjalannya ke Damsyik, tiba-tiba satu cahaya memancar dari langit lalu dia merebah ke tanah dan terdengar suara Tuhan. Itulah cara Paulus bertemu dengan Tuhan pada kali pertama. Namun, bukan semua pertemuan orang dengan Yesus sedramatik Paulus. Sebenarnya, perubahan tersebut memerlukan proses dalam tempoh tertentu dan sangat bergantung kepada tindakbalas hati kita. 

 

Ref: heiscomingblog
Ref: heiscomingblog

 

“Sebenarnya, kepercayaan untuk Yesus ini bukan sahaja disebabkan krisis hidup tetapi ia adalah satu proses yang perlahan dan beransur-ansur, terutamanya untuk orang Asia.

“Kepercayaan ini tidak senang kerana kita mengalami terlalu banyak stigma dari segi sosial, budaya, dan keluarga. Contohnya, apabila saya percaya Yesus, saya mendapat tentangan yang hebat daripada keluarga dan juga masyarakat sekitar saya,” lanjutnya.

Kali kedua Nikodemus disebut dalam buku Yohanes ialah bab ketujuh dan ayat kelima-puluh-satu. Walaupun pemimpin-pemimpin Farisi mahu menangkap Yesus, Nikodemus menegakkan keadilan untuk-Nya. Nikodemus berkata kepada pemimpin-pemimpin Farisi yang benci akan Yesus, “Apakah hukum Taurat (atau Torah) kita menghukum seseorang sebelum dia didengar atau orang mengetahui apa yang dibuatnya?” Kepercayaan Nikodemus dalam hukuman Tauratnya sudah bergoyah pada waktu ini dan dia sudah mula percaya kata-kata Yesus.

 

Ref: heartriverlutheran
Ref: heartriverlutheran

 

Kali ketiga Nikodemus disebut dalam buku Yohanes ialah bab sembilan-belas, ayat ketiga-sembilan. Pada masa ini, Nikodemus sudah percaya Yesus dan menjadi pengikut-Nya. Apabila Yesus mati di kayu salib, Nikodemus dan Yusuf dari Arimatea menurunkan mayat Yesus dari salib untuk dikebumikan. Malah firman berkata bahawa Nikodemus membawa campuran minyak mur dengan minyak gaharu sebanyak lima puluh kati beratnya untuk pengebumian Yesus.

“Kita boleh melihat proses Nikodemus dalam menemui Yesus. Kepercayaannya terhadap Yesus bukan sekadar krisis hidup yang dramatik tetapi ia mengambil masa yang lama,” tambahnya.

Berapa lamakah masanya untuk Nikodemus ambil untuk percaya Yesus? Yesus melakukan mujizat pertamanya – mengubah air menjadi arak dalam majlis perkahwinan – di bab kedua Yohanes. Dan dalam bab seterusnya, Nikodemus sudah bertemu dengan Yesus. Maka, dari masa Nikodemus mengetahui Yesus dan benar-benar menjadi pengikut-Nya (iaitu apabila Yesus di kayu salib), Nikodemus mengambil kira-kira dua hingga tiga tahun untuk percaya Yesus.

“Oleh itu, apakah aplikasi untuk kita sebagai pengikut Yesus? Saya mahu mendorong kita semua di sini. Jangan kita berputus asa dalam memberi firman untuk kawan-kawan dan ahli keluarga kita. Mungkin ada di kalangan mereka salah faham bahawa ajaran kita adalah ajaran sesat,” lanjutnya.

 

Ref: blogspot
Ref: blogspot

 

Apakah ciri-ciri ajaran Kristian yang sesat atau serong? Ajaran Kristian yang sesat atau serong ialah ajaran yang menafikan pengorbanan Yesus sebagai satu-satunya cara untuk menyelamatkan jiwa kita. Ini adalah kerana kita tahu hanya dengan iman kita terhadap pengorbanan Yesus di kayu salib, jiwa kita telah diselamatkan oleh-Nya selama-lamanya.

Maka, mungkin kawan-kawan atau ahli keluarga kita memerlukan lebih masa untuk memahami konsep-konsep dalam ajaran Kristian. Contohnya, konsep tritunggal Tuhan (yang terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Yesus, dan Roh Kudus) mengambil masa yang lama untuk faham dan terima. Lebih-lebih lagi, konsep ini menjadi lebih sukar untuk terima dan faham, tanpa pemikiran dari Tuhan yang dianugerahkan oleh Roh Kudus. Ini adalah kerana kemampuan kita sebagai manusia adalah terhad.

Maka, rintangan kedua yang ramai orang hadapi dalam percaya kepada Yesus ialah rintangan intelek. Contohnya, Nikodemus tidak faham maksud Yesus yang mengatakan seseorang mesti dilahirkan kembali untuk melihat kerajaan Tuhan.

“Tetapi apa yang Yesus maksudkan ialah kelahiran rohani, bukan fizikal. Maka, apabila kamu ada kawan-kawan yang mempunyai rintangan intelek, janganlah kita menjawab mereka terus-menerus tetapi tanya dulu maksud sebenar mereka.

“Contohnya, kalau kawan-kawan kita mengatakan alkitab Kristian adalah tidak benar, tanya balik. Kalau kita tidak tahu masalah atau punca utama, kita tidak boleh meneruskan perbualan kita dengan baik. Bicara dan siasat dulu. Janganlah kita memberi jawapan kita dengan serta-merta,” katanya.

 

Penganut-penganut Kristian di Faith Sanctuary of Glory Church, Kota Bahru, Kelantan
Penganut-penganut Kristian di Faith Sanctuary of Glory Church, Kota Bahru, Kelantan

 

Selain konsep tritunggal, konsep yang sukar difahami juga ialah kewujudan Tuhan yang melebihi tiga dimensi. Tidak seperti manusia, Tuhan tidak dihadkan oleh dimensi masa. Kerana itulah Tuhan kita adalah Alpha dan Omega. (Wahyu 1:8) Tuhan tahu segala-Nya. Cara dan pemikiran-Nya juga adalah luar biasa.

“Satu gambaran yang baik ialah kita cuba menerangkan rupa tiub kepada seseorang yang tinggal dalam dunia dua dimensi. Walaupun kamu boleh menerangkan bentuk tiub itu, orang dalam dunia dua dimensi tidak akan dapat membayangkan rupanya.

“Oleh itu, Tuhan yang tinggal di dimensi yang melebihi dimensi kita tidak boleh menguraikan segala-galanya untuk kita dengan jelas. Ini adalah kerana manusia sesungguhnya adalah terhad,” lanjutnya.

Rintangan ketiga dialami oleh Nikodemus ialah rintangan kerohanian, iaitu rintangan yang paling sukar untuk diatasi. Untuk masalah kerohanian, satu-satunya cara untuk mengatasi masalah ini ialah kelahiran rohani semula.

“Dalam masalah ini, Roh Kudus Tuhan memainkan peranan yang sangat penting. Ini adalah kerana hanya dengan Roh Kudus, segala rintangan mustahil boleh diatasi. Maka, doalah selalu untuk kawan kamu kerana tiada manusia boleh melakukan perbuatan Roh Kudus dalam hati kawan.

 

Maka berbicaralah dia, katanya: “Inilah firman TUHAN kepada Zerubabel  bunyinya: Bukan  dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan roh-Ku, firman TUHAN semesta alam. (Zakaria 4:6)

 

Kanak-kanak sedang belajar alkitab di Faith Sanctuary of Glory Church, Kota Bahru, Kelantan
Kanak-kanak sedang belajar alkitab di Faith Sanctuary of Glory Church, Kota Bahru, Kelantan

 

“Jadi, apabila Nikodemus mengalami kuasa Roh Kudus Tuhan, hatinya diubah dan pemikirannya dibuka. Hanya pada masa itulah, Nikodemus mampu untuk memahami Yesus, disebabkan Roh Kudus Tuhan.

“Kalau kita bergantung kepada kepandaian manusia, hasil kita adalah amat kecil. Ini adalah kerana hanya Roh Kudus berkuasa untuk mengubah hati manusia,” tambahnya.

 

Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa. (Yohanes 15:5)

 

pada waktu itu Dia telah menyelamatkan kita, bukan kerana perbuatan baik yang telah kita lakukan, tetapi kerana rahmat-Nya oleh permandian kelahiran kembali dan oleh pembaharuan yang dikerjakan oleh Roh Kudus (Titus 3:5)

 

Dr Chew juga memerhati bahawa ramai orang tidak menyukai agama Kristian disebabkan masalah emosi juga (walaupun masalah ini tidak ketara dalam Nikodemus). Mereka tidak suka pergi ke gereja atau tidak suka agama Kristian kerana mereka pernah disinggung oleh pengikut-pengikut Yesus.

 

Penganut-penganut Kristian di Faith Sanctuary of Glory Church, Kota Bahru, Kelantan
Penganut-penganut Kristian di Faith Sanctuary of Glory Church, Kota Bahru, Kelantan

 

“Namun, lebih daripada masalah emosi, kerohanian adalah masalah yang terutama kerana dunia kita mempunyai kerajaan roh terang dan kerajaan roh gelap yang tidak boleh dilihat dengan pandangan mata.

 

kerana perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara. (Efesus 6:12)

 

“Maka, setiap kali seseorang percaya Yesus, itu sebenarnya perlawanan dalam roh alam. Dan kerana itulah kita mesti berdoa selalu untuk kawan-kawan kita,” katanya.

Kesimpulannya, seperti Nikodemus, tiga rintangan yang orang tidak percaya alami ialah rintangan sosial dan budaya, rintangan intelek, dan rintangan rohani. Selain itu, mereka juga mengalami masalah emosi untuk percaya Yesus.

“Maka, seperti seorang doktor yang cekap, kita mestilah menyiasat penyakit pesakit kita sebelum memberi ubat. Diagnosis kita mestilah betul. Apakah sebenarnya masalah kawan saya? Adakah kawan saya sedang mengalami masalah budaya, intelek, rohani atau emosi?

“Secara dasarnya, semua masalah adalah masalah rohani. Kadang-kala, kawan kita mungkin ada lebih daripada satu masalah. Dan walaupun seseorang bertanya banyak soalan intelek, masalahnya mungkin bukan masalah intelek tetapi masalah emosi.

“Maka, cara terbaik ialah bertanya dengan Roh Kudus untuk memberi jawapan yang tepat dan benar. Doa kepada Tuhan untuk memberi kita hikmat untuk menjadi bejana-Nya untuk membawa berkat kepada kawan-kawan kita,” lanjutnya.

 

Kanak-kanak di Faith Sanctuary of Glory Church, Kota Bahru, Kelantan
Kanak-kanak di Faith Sanctuary of Glory Church, Kota Bahru, Kelantan

 

Dr Chew mengakhirkan khutbahnya dengan satu doa, “Yesus Tuhan, berilah kami hikmat agar kami boleh terus menjadi bejana-Mu untuk kawan-kawan kami yang masih berada dalam kegelapan seperti Nikodemus.

“Berilah kami satu kesabaran dan kerendahan diri agar hati kami sentiasa dapat diajar, supaya hidup kami sesuai dengan rencana-Mu. Kami mengakui bahawa betapa banyak hikmat atau usaha kami, tanpa kekuasaan Roh Kudus-Mu, adalah mustahil untuk kami membuahkan hasil. Dalam nama Yesus kami berdoa. Amen.”

 

| Share the Good News |

1 Comment

  1. Sebenarnya, ilustrasi yang dimaksudkan untuk menerangkan konsep Triniti adalah kiub dan bukannya tiub. Walaupun tiub masih satu bentuk 3 dimensi, dan jika diterangkan kepada seseorang dalam dunia 2-dimensi, tiub itu akan menjadi sama ada bentuk satu bulatan (2-dimensi) ataupun satu jalur yang leper (2-dimensi juga) bergantung kepada sudut di mana ianya diperhatikan. Tetapi masalah dengan ilustrasi tiub ini adalah kerana tiub tiada permukaan-permukaan yang berlainan. Berlainan pula dengan kiub. Kiub mempunyai permukaan-permukaan segiempat yang berlainan tetapi masih dalam satu kesatuan, iaitu objek kiub 3-dimensi itu. Jadi apabila kiub diterangkan kepada seseorang dalam dunia 2-dimensi, kiub itu akan menjadi beberapa segiempat (katakan kita ingin menerangkan 3 daripada permukaan segiempat itu dengan warna yang berlainan). Tetapi, orang dalam 2-dimensi itu tidak dapat membayangkan kenapa beberapa segiempat yang berlainan warna itu sebenarnya adalah satu objek yang bernama kiub. Pemikirannya adalah terbatas dalam dunia 2-dimensi itu. Malahan, tiub kemungkinan akan membawa maksud keilahian ‘modalisme’ dan bukannya ‘Tri-tunggal’. Modalisme adalah satu ajaran teologi di mana Tuhan itu dibayangkan sebagai Tuhan yang satu secara mutlak dan bukannya satu esensi tetapi mempunyai tiga pribadi yang berlainan (tri-tunggsl).

    Jadi, haraplah maklum makna sebenar yang saya sampaikan. Kemungkinan loghat (slang) saya yang tidak begitu tepat, menyebabkan bunyi ‘kiub’ menjadi ‘tiub’. Untuk makluman, idea penggunaan ilustrasi menerangkan objek-objek 3-dimensi dalam dunia 2-dunia berasal daripada buku klasik yang ditulis oleh Edwin A. Abbott yang berjudul “Flatland: A Romance of Many Dimensions”. Ini menunjukkan bahwa Tuhan kita mempunyai hiper-dimensi dan dapat berada di luar jangkaun masa (juga dikatakan sebagai satu dimensi, menurut pandangan saintifik Eistein). Penggunaan ilustrasi kiub juga boleh dilihat dalam video Youtube ini: https://youtu.be/bUy-H5MmeGU

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*