Tuhan dalam Belas Kasihan-Nya Membimbing Jalan Kami untuk Mencari seorang Gadis yang Sesat dan Terdedah Kepada Bahaya

Pantai Tanjung Aru- tempat di mana kebanyakkan acara di dalam kesaksian ini berlaku.

 

Ini adalah kesaksian tentang betapa hebat dan ajaib-Nya Tuhan Mahakuasa kita!

 

NOTA: Nama samaran telah digunakan untuk menyembunyikan identiti dan nama sebenar individu-individu yang terlibat di dalam kesaksian ini.

 

Pada 25/7/17 pukul 9 pagi, saya telah menerima mesej dalam kumpulan whatsapp saya dari seorang saudari dalam Kristus yang turut menyertai kumpulan doa kami.  Ia adalah seruan meminta tolong untuk mencari anak perempuannya yang telah hilang (dia mengalami gangguan psikosis).  Anak perempuannya telah meninggalkan rumahnya pada pukul 6 pagi hari itu.

Oleh kerana sibuk bekerja, saya tidak dapat turut serta dalam pencarian itu tetapi saya berharap dapat menyertainya kemudian.   Ibunya yang risau telah mengambil cuti kecemasan untuk mencarinya!  Mereka bersama-sama dengan beberapa orang saudara dan saudari dalam Kristus telah pergi ke merata-rata tempat di Kota Kinabalu seperti Pusat membeli-belah Centre Point, Kompleks Sukan Likas, Megalong Penampang,  Pasar Raya Besar Servay, Kompleks Sukan Penampang tetapi tidak berjaya mencarinya!  Ibunya di dalam mesej whatsapp telah berpesan untuk memberi perhatian kepada baju oren terang dan seluar pendek berwarna hitam yang dipakai anak perempuannya.

Pada hari itu saya balik lambat dari kerja,  secara kebiasaannya saya akan makan tengah hari dan tidur sebentar selama setengah jam.  Apabila saya bangun pada pukul 3 petang ,saya menyuruh suami saya untuk memulakan waktu puji dan sembah kami.  Sebelum itu saya dengan sekilas membaca mesej whatsapp saya dan mendapati mereka masih tengah mencari gadis yang hilang itu.  (Sudah 9 jam anak perempuannya hilang).

 

Kota Kinabalu di mana gadis itu telah menghilang.

 

Ibunya tersebut kemudian merayu kepada sesiapa saja yang boleh mencari anaknya di Tanjung Aru. Saya meminta suami saya untuk menyertai saya mencari dan bukannya puji sembah di rumah kerana ini lebih penting.  Mujurnya suami saya bersetuju walaupun kurang sihat pada hari itu.

Kami lekas masuk ke dalam kereta dan sebelum kami bertolak,  saya memanjatkan doa kepada Tuhan Mahakuasa untuk mendedahkan kepada kami di manakah gadis yang hilang ini.  Inilah doa saya,”Tuhan Bapa, Engkau ialah Tuhan yang berkuasa dan Engkau mengetahui segala-galanya!  Hanya Engkaulah yang tahu di manakah gadis ini kerana Engkaulah Alfa, Omega dan INFINITI.  Dunia ini amat besar, bagaimanakah harus kami mencari gadis ini?  Kami percaya tidak ada yang mustahil bagi-Mu!”

Tunjukkanlah kepada kami sepertimana Engkau telah menunjukkan kepada saudari Ibu Ros dalam mimpinya di manakah anak perempuannya yang telah hilang selama seminggu dan pada keesokan harinya dia berjaya mencarinya!  Biarkanlah kami bertemu dengan gadis yang hilang ini secepat mungkin.  Kami meletakkan kepercayaan di dalam-Mu, Tuhan.”

 

Saudari Anita Gimfil (penulis kesaksian ini) dengan suaminya, James.

 

Kira-kira pukul 3.15pm, kami sampai di pantai Tanjung Aru dan kami meletakkan kereta kami di pintu masuk utama dan mula mencarinya.  Waktu itu panas terik dan tidak ramai berada di situ yang berpakaian berwarna oren.

Walaupun begitu kami  mengambil keputusan untuk berjalan di atas jalan konkrit yang menuju ke tempat makan ( Anjung Selera) untuk pencarian yang terperinci!  Meskipun kami bersungguh-sungguh mencari tetapi tidak terjumpa pun gadis yang memakai baju berwarna oren.

 

Gadis hilang (Rujukan: wordpress – sekadar illustrasi).

 

Sedang saya berfikir untuk memeriksa tandas, tiba-tiba kami ternampak seorang gadis berpakaian oren terang tengah duduk makan di meja hadapan.  Saya berkata,” Shirly engkau buat apa di sini?”

Pada waktu kami melihatnya, dia dengan cepatnya berdiri dan meninggalkan makanannya untuk melarikan diri.  Saya lekas mengikutinya dan bertegas menemaninya walaupun dia menyuruh saya untuk berhenti dan jangan memberitahu ibunya sebab dia ingin berkeseorangan diri.

Dia bergegas pergi dari situ dan kami terus mengikutinya sementara cuba menghantar mesej kepada kumpulan whatsapp untuk memberitahu mereka Shirly sudah dijumpai.  Inilah tujuan kami berada di situ!  Saya asyik memuji Tuhan kerana memimpin kami bertemu dengannya.  Dia pantas berjalan.  Ini berterusan sehingga ibunya sampai pada pukul 6 petang.  ( Dia tidak dapat datang lebih awal kerana anaknya telah memberi amaran kepada kami untuk tidak memberitahu ibunya).

 

Memperhatikan Shirly ( berpakaian oren duduk di bawah papan gelongsor).

 

Kami berada di pantai tersebut sampai pukul 10.30 malam kerana gadis tersebut tidak mahu kembali ke rumah.  Akhirnya seorang saudara dalam Kristus datang menemaninya dan saya serta suami saya pun balik ke rumah.

Sesampainya di rumah , saya menghubungi polis rondaan yang terus pergi ke situ dan berjaya memujuk Shirly untuk mengikuti ibunya balik ke rumah pada pukul 11 malam.  Kerana begitu banyak perkara yang telah berlaku, saya tidak sempat untuk merenungkan mukjizat yang telah berlaku kerana kami terlalu gembira dapat mencarinya dan sibuk memaklumkan semua oramg bahawa dia selamat.

 

Matahari terbenam di tempat makan pantai Tanjung Aru

 

Saya menyedari segala-galanya yang telah berlaku adalah satu mukjizat .  Bagaimanakah mungkin kami boleh terlepas pandang padahal dia memang berada di situ?

Ia semestinya Tuhan Mahakuasa yang telah memimpin jalan dan mata kami untuk mencari dia.

Tuhan memang telah melakukan sesuatu yang mengagumkan.  Tuhan yang telah mendengar doa kami.  Dia ialah Tuhan yang  setia , megah, Maha Mengetahui, Maha Penyayang, dan Maha berkuasa!

Sesungguhnya, tangan Tuhan tidak kurang panjang untuk menyelamatkan, dan pendengaran-Nya tidak kurang tajam untuk mendengar!  Janji-Nya dalam firman, “Dan apabila kamu berseru dan datang untuk berdoa kepada-Ku, maka Aku akan mendengarkan kamu;

 

Ref: twimg

 

Puji Tuhan kerana kesetiaan-Nya, Amin!

 

Adakah anda mempunyai kesaksian yang ingin dikongsi?  Mari berkongsi apakah berkat Tuhan di dalam kehidupan kamu supaya ramai dapat diberkati.  Anda digalakkan menulis dan menghantar kesaksian anda kepada kami editor@christianitymalaysia ataupun jason@christianitymalaysia.com.

 

|Share The Good News|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


*