Sang Kelip-kelip di dalam Kegelapan: Cyndi Yong

Cyndi Yong bersama anak perempuannya Latreia.

 

Petaling Street Community Care, iaitu pelayanan jalanan Cyndi Yong kepada golongan yang terpinggir dan gelandangan, begitu penuh dengan kisah-kisah yang memberi inspirasi sehingga ia dipaparkan dalam muka surat akhbar nasional Sin Chew sehingga tiga kali pada 2021. Baru-baru ini, dia berkongsi dengan kami apa yang membebankannya untuk menubuhkan pelayanan itu.

 

Sering dikatakan bahawa, seperti berlian, sifat sebenar seseorang sering muncul dalam salib kesusahan dan penderitaan. Pada saat-saat seperti inilah kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kesukaran dan keluar dengan lebih kuat dan lebih tegas terbentuk, dan menjurus kepada pembentukan yang penting terhadap kepimpinan yang matang.

Saya baru-baru ini mendapat keistimewaan untuk mengenali seorang saudari yang luar biasa dalam Kristus dan mengenali kisahnya. Cyndi Yong mempunyai kisah yang sangat besar untuk diceritakan, yang saya tidak mungkin boleh memasukkan keseluruhannya dalam satu artikel.

Sekadar kisah bagaimana Tuhan mengubah hidup Cyndi daripada seorang ibu tunggal yang kehilangan pekerjaan kepada menjadi pengasas pelayanan jalanan dan Mummy Cyndi kepada seluruh komuniti gelandangan pun sudah adalah sesuatu yang luar biasa.

 

Cyndi Yong

 

Daripada Berkhidmat untuk VIP ke Berkhidmat bagi Golongan Terpinggir

Sebelum pelayanannya sekarang kepada yang Kristus memanggil “Saudara-saudaraku, yang paling kecil di antara mereka” (Matius 25:40), Cyndi telah bekerja selama 16 tahun sebagai pemandu pelancong VIP dan kumpulan persendirian di bandaraya Kuala Lumpur. Malah pada tahun-tahun itu, kawasan sekitar Chinatown dan Petaling Street sudah sangat dekat di hatinya. Dia akan membawa VIP ke laluan makanan dan menjemput mereka untuk melibatkan lima deria mereka di kawasan tersebut; apa yang mereka boleh lihat, dengar, hidu, dan yang paling penting, apa yang mereka dapat rasai di dalam hati mereka tentang segalanya di tempat-tempat ini. Mendapat pendapatan yang agak lumayan dan dapat meluangkan lebih banyak masa buat anak perempuannya, hidup mereka pada masa itu sangat selesa.

Apabila wabak COVID pertama kali melanda pada tahun 2020, industri pelancongan adalah yang pertama terjejas. Malah, kumpulan-kumpulan yang pernah Cyndi bimbing melalui KL telah berkurangan semenjak dari bulan Januari lagi. Bagaimanapun, dia tidak terlalu risau pada mulanya. Lagipun, Malaysia telah mengharungi banyak krisis serupa sebelum wabak itu. Seperti kebanyakan kita, dia tidak tahu bahawa wabak ini tidak seperti yang lain pada masa lalu. Wabak dulu berlalu dalam masa yang agak singkat sahaja tetapi COVID-19 sudahpun bersama kami melebihi 2 tahun.

 

Chinatown KL/Petaling Street yang akan memainkan peranan besar dalam kehidupan Cyndi (Ruj: findingbeyond.com)
Petaling Street tandus semasa musim perintah berkurung.

 

Cyndi berkongsi, ‘Apabila COVID-19 mula-mula berlaku di Malaysia, saya telah dimaklumkan bahawa kerajaan telah memberi bantuan RM1600 kepada kumpulan B40. Saya layak menerima bantuan itu tetapi saya berputus enggan untuk memohon walaupun saya tahu mengenainya. Saya tidak memerlukan wang ketika itu kerana saya masih mempunyai simpanan wang dan saya berpendapat bahawa wabak ini akan hilang dalam masa 3 hingga 4 bulan dan situasi akan kembali seperti biasa tidak lama lagi. Selepas 6-8 bulan, saya sedar bahawa wabak ini tidak akan berakhir. Ia seolah-olah berterusan selama-lamanya.’

Selepas 8 bulan tanpa pendapatan, keadaan mula meruncing. Sebagai ibu tunggal dengan seorang anak perempuan yang masih kecil untuk dijaga, Cyndi terpaksa mengurangkan segala ‘yang kurang penting’ daripada kehidupannya. Pada mulanya, sekolah anaknya mula menghubungi tentang yurannya sehingga dia terfikir untuk mengajar anaknya di rumah sendiri. Mereka terpaksa beratur dalam barisan makanan hanya untuk menyara diri mereka berdua. Pada masa itu, hanya makanan sahaja menjadi satu-satunya keperluan untuk hidup.

Pada suatu hari, dia berjalan di sekitar Chinatown yang sangat dikenalinya. Pada hari itu, Tuhan akan menunjukkan kepadanya perbezaan yang drastik antara hati manusia. Cyndi berkongsi bahawa dia singgah seketika di sebuah kedai kopi besar yang sering dikunjunginya bersama pelancong asing. Merasa letih dan berjalan masuk bersama anak perempuannya yang masih kecil, dia meminta pemilik kedai kopi untuk seteguk air sahaja. Pemilik kedai kopi ini memang mengenali Cyndi semenjak waktu dia mengendalikan pelancongan namun balasannya adalah penolakan serta-merta dengan isyarat “sila pergi dari sini sekarang”.

Kemudian pada hari itu, dia datang ke gerai mi yang jarang dilaluinya pada masa lalu. Selepas bertanya kepada pemilik gerai tentang harga mi, dia diberitahu ia adalah RM10 semangkuk. Dengan hanya RM5 di dalam poket, dia meminta pemilik gerai sama ada dia boleh membuat apa-apa untuk jumlah itu dan membawa mangkuk kosong supaya dia boleh berkongsi makanan dengan anak perempuannya yang dipersetujuinya. Cyndi tidak menyangka pemilik gerai mi itu menghidangkan makanan bernilai RM10 dan bukan RM5 yang dia mampu. Bukan itu sahaja, pemilik gerai tersebut membuat semangkuk mi lagi untuk anak perempuan Cyndi dan juga memberitahunya supaya tidak perlu risau tentang pembayaran. Ini membuat hati Cyndi terharu.

Cyndi berkongsi bahawa ia seakan dengan kebangkitan kesedaran. Dia melihat belas kasihan daripada pemilik gerai mi yang sederhana berbeza dengan keangkuhan pemilik kedai kopi besar sebelum ini dan ia membuka matanya untuk melihat orang di sekelilingnya dengan pandangan baru. Semenjak sebagai seorang budak kecil, dia memang bersimpati dengan orang tua yang miskin, dan dia akan sentiasa menyelongkar poketnya untuk memberikan mereka beberapa syiling kecil. Jauh di lubuk hatinya, dia berdoa agar suatu hari nanti dia mampu melakukan lebih banyak lagi buat mereka.

 

Sebagai seorang gadis muda, sebelum mengasaskan Petaling Street Community Care, Cyndi sudah pun mempunyai bebanan hati untuk warga emas yang terpinggir dan miskin.

 

Namun kali ini, dia melihat mereka dengan realiti dan keazaman baharu. Dia tidak mampu untuk membantu mereka dari segi kewangan tetapi dia boleh membawa maruah dan nilai sendiri dalam golongan tersebut.

 

Sang Kelip-kelip di dalam Kegelapan

Walaupun Cyndi akan memulakan fasa baru dalam kehidupannya berkhidmat kepada golongan yang terpinggir, ini bukanlah kali pertama Tuhan telah menyampaikan kepadanya tentang kedudukannya sebagai seorang Kristian di dunia ini. Bertahun-tahun sebelum ini, dia telah mengendalikan sebuah kedai pastri kecil di medan selera yang sangat besar di Melaka. Dia berkongsi bahawa ini memberinya satu sudut pandangan di mana dia dapat memerhatikan komuniti tempat dia bekerja, dan dia melihat banyak keperitan dan maksiat di kalangan orang miskin di sekelilingnya. Kebanyakan orang ini dia akan mengenali secara peribadi dan membantu membawa harapan ke dalam hidup mereka.

 

Dari hari-harinya di Melaka sehingga hari ini di Chinatown KL, Cyndi sentiasa melibatkan diri sebagai sebahagian daripada komunitinya (Gambar dari halaman Facebook Petaling Street Community Care).

 

Dalam satu kes sedemikian, terdapat seorang lelaki di mana perniagaan gerai masakannya merosot dan hampir lingkup. Dia telah berhutang besar dengan beberapa peminjam wang haram dan berada pada tahap di mana dia sudah terfikir untuk berputus asa. Cyndi menghubungkan dia dan isterinya ke sebuah gereja, berkongsi Injil dengan mereka, dan dengan bantuan gereja, mereka membantu memindahkan pasangan itu bersama dua anak mereka yang masih kecil ke Johor supaya keluarga itu boleh memulakan kehidupan baru.

Beberapa bulan kemudian, Cyndi pergi ke Johor untuk menindaklanjuti kehidupan keluarga tersebut. Tuhan telah mengubah hidup mereka. Lelaki itu kini mengetuai ibadat di sebuah gereja, dan perniagaannya berjalan lancar. Di Melaka, perniagaannya telah lingkup tetapi kini Tuhan telah memberkatinya sehingga dia mampu mengupah sembilan orang lagi sebagai kakitangan.

Atas dorongan Cyndi, pasangan itu kembali ke Melaka dan berhubung semula dengan peminjam wang untuk menyelesaikan baki tunggakan pinjaman mereka. Ini memberikan contoh yang baik sebagai pelayan Kristus yang baik. Terdapat banyak cerita lain yang Cyndi kongsikan dengan saya, terlalu banyak untuk dihuraikan dalam satu artikel ini.

Cyndi menceritakan, ‘Saya akan melihat semua orang yang sengsara ini dan saya bertanya kepada Tuhan mengapa terdapat begitu banyak kegelapan dan kesengseraan di tempat itu. Tuhan mengingatkan saya bahawa sebagai seorang Kristian, saya mempunyai peranan di tempat saya berada. Saya akan menjadi seperti kelip-kelip dalam kegelapan. Walaupun kelip-kelip kecil sahaja, mereka mempunyai kuasa untuk menerangi kegelapan. Jika tidak ada kegelapan di tempat itu, hidup saya sebagai seorang Kristian tidak akan menyerlah, tetapi dalam kegelapan, cahaya saya menjadi lebih terang walaupun sebagai kelip-kelip tunggal.

‘Saya sedar bahawa saya mempunyai peranan dan tujuan dalam Kerajaan Kristus. Setiap hari, saya akan memainkan lagu dan mesej Kristian dengan kuat di medan selera besar pada pemain CD saya (ini kira-kira 20 tahun yang lalu) supaya orang ramai dapat mendengar tentang Injil dan Berita Baik, dan mereka akan berharapan. Saya boleh mengenali orang, mendengar cerita mereka serta sengsara kehidupannya dan saya cuba membantu dan berdoa bersama mereka. Kedudukan saya dalam komuniti itu memberi saya peluang untuk membawa perubahan dalam kehidupan kenalan saya.’

 

Sama seperti kelip-kelip kecil dapat menerangi kegelapan di sekelilingnya, cahaya yang kita bawa sebagai orang Kristian dapat menerangi kegelapan di sekeliling kita (Ruj: 3blmedia.com)

 

Kelahiran Pelayanan Yang Baru

Cyndi merenung bahawa di masa lampau, sepanjang semua pengalaman hidupnya – daripada menjadi kelip-kelip dalam kegelapan hingga membawa tetamu VIP melalui jalan-jalan di Chinatown, dan kini melayani golongan terpinggir di kawasan yang sama, seolah-olah Tuhan telah menetapkan laluannya, sentiasa dekat dengannya, dan membimbingnya selangkah demi selangkah.

‘Setiap kali saya pergi dan beratur untuk makanan,’ dia menceritakan, ‘saya akan sentiasa pergi ke sana untuk kali kedua, dan saya akan bertanya sama ada mereka mempunyai tambahan dan jika mereka sedang bersedia untuk tutup, jika mereka tidak keberatan, bolehkah mereka memberi saya apa sahaja makanan yang mungkin mereka masih miliki. Dan kerana mereka melihat saya mempunyai anak kecil bersama, mereka tidak bertanya lebih lanjut. Tetapi saya dan anak perempuan saya, kami tidak daya makan banyak.

‘Kebiasaannya kebanyakan malam saya akan membawa tambahan 4-5 pek makanan untuk pulang ke Chinatown dan Petaling Street. Saya akan berkawan dan duduk bersama atas kadbod penginapan mereka sambil bersembangan dengan mereka. Saya ingin tahu kisah mereka; apa yang menyebabkan mereka menuju ke arah jalanan dan mereka akan memberitahu kisah hidup mereka.

‘Ini semua berlaku lama sebelum saya memulakan Petaling Street Community Care. Saya hanya ingin tahu apa yang menyebabkan mereka di jalanan. Saya selalu menyanyikan lagu-lagu penyembahan dan berdoa untuk mereka. Mendengar cerita mereka, saya memutuskan bahawa jika saya boleh melakukan sedikit sahaja untuk membantu mereka mengembalikan maruah serta memperolehi tujuan hidup mereka, ini akan merupakan sesuatu yang indah.’

 

Cyndi dalam pelayanan jalanannya hari ini

 

Cyndi berkongsi bahawa gelandangan yang mula-mula berkawan dengannya kebanyakannya warga emas tua, tetapi kemudian dia mendapati semakin ramai orang saban hari, sebahagian daripada mereka masih muda, tidak sampai 30-an, malah wanita dan kanak-kanak. Pandemik telah menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan dan sejurusnya tempat tinggal juga tidak dapat dibiayai.

‘Beban yang saya ada, tidak dapat saya gambarkan. Satu malam selepas memberi mereka makanan mereka, saya tinggal sehingga selepas tengah malam; saya ingat masa itu lebih kurang pukul 3 pagi. Saya hanya melutut di hadapan gerbang Petaling Street. Memang tiada kenderaan waktu perintah berkurung pada tengah malam. Saya berlutut di sana, dan saya berseru kepada Tuhan, “Tuhan, kasihanilah Malaysia dan Chinatown.. Petaling Street.” Jika Chinatown tidak dihidupkan semula atau dibuka, pelancongan akan lingkup kerana Chinatown adalah denyutan jantung Kuala Lumpur. Dan kini yang saya lihat hanyalah gelandangan dan perayau sakit jiwa, yang tidak mempunyai tempat lain untuk pergi.

‘Saya berdoa menentang roh penindasan di tempat itu sehingga saya mendengar bunyi sangkakala yang kuat di seluruh jalan! Ia begitu jelas. Ia sangat pelik dan saya tahu ia adalah sesuatu dalam alam rohani. Dan saya melihat sekeliling dan sudah pukul 4:30 pagi.’

 

Gerbang di Petaling Street berhampiran tempat Cyndi berlutut dan berdoa pada pukul 3 pagi pada suatu malam.

 

Cyndi berkongsi bahawa Tuhan dengan setia menjawab doanya. ‘Saya benar-benar bersyukur kepada Tuhan kerana apabila Chinatown dibuka sebentar pada tahun 2021, Tuhan menjawab doa saya. Ia melangkaui jangkaan saya. Saya berkata, “Tuhan, anda baik, anda hebat.” Sebahagian daripada doa saya adalah untuk memulihkan tempat itu kepada orang cina (Chinatown telah diambil alih oleh orang asing) kerana tempat itu telah merupakan tempat warisan kepada mereka.

‘DBKL mahu semua orang cina pulang tetapi orang cina tidak mampu, jadi mereka diberi kadar sewa yang sangat rendah supaya mereka boleh pulang ke Chinatown dengan syarat lagi tiada warga asing dibenarkan beroperasi di sana. Sekarang apabila anda pergi ke Chinatown, anda akan melihat tempat itu telah dipulihkan sebahagian besarnya kepada orang cina.’

 

Daripada menjadi ibu tunggal yang menganggur kepada pengasas pelayanan jalanan dan Mummy Cyndi kepada segenap satu komuniti yang terpinggir, Tuhan telah membawa Cyndi jauh dalam kehidupannya.

 

Selama beberapa bulan, Cyndi akan berdoa, ‘Saya berkata, “Tuhan, wabak ini membunuh ramai orang, bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga dari segi emosi dan rohani.” Dan saya bertanya kepada diri sendiri, “Adakah perubahan ini akan mempengaruhi kita, atau adakah kita sebagai orang Kristian akan melakukan perubahan?” Saya berdoa agar kita menjadi orang yang mempengaruhi perubahan. Jangan biarkan pandemik mengubah kita, tetapi kitalah yang menjadi perubahan dalam pandemik ini, dalam masa yang sukar ini. Jika bukan pada masa ini, bila lagi?’

Ini adalah permulaan sesuatu yang baru. Pada 16 November 2020, Cyndi Yong memulakan Petaling Street Community Care. Kementerian jalanan itu sendiri mempunyai sejarah yang luar biasa dan penuh dengan kisah-kisah inspiratif, sehinggakan ia dipaparkan di muka surat akhbar nasional Sin Chew Jit Poh sehingga 3 kali pada tahun 2021, antara lain oleh Mariam Mokhtar dalam Sin Chew versi Bahasa Inggeris. Mariam Mokhtar juga pernah menulis tentang Cyndi di MalaysiaKini dan memanggilnya “Malaikat Rahmat”.

Sehingga tarikh ini, kisah Cyndi telah dipaparkan dalam Sin Chew sehingga 3 kali, dalam MalaysiaKini 2 kali dan juga akitivitinya disiarkan dalam rancangan TV8 dan Al-Jazeera dalam tahun 2021. Baru-baru ini ia juga dipaparkan dalam akhbar Free Malaysia Today.

 

Salah satu daripada banyak artikel utama dalam Sin Chew tentang Mummy Cyndi dan Petaling Street Community Care
Paparan dalam Free Malaysia Today baru baru ini.

 

Cyndi berkongsi dengan saya banyak cerita dari pelayanan jalanannya, Petaling Street Community Care, yang akan dipaparkan dalam artikel akan datang.

 

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Petaling Street Community Care dan bagaimana anda boleh membantu, anda boleh melayari halaman Facebook mereka di https://www.facebook.com/Petaling-Street-Community-Care-%E8%8C%A8%E5%9C% BA%E8%A1%97%E5%85%B3%E6%80%80-102293248373314

Untuk meneruskan sumbangan buat penajaan makanan dan sebagainya bagi golongan di atas, anda boleh melakukan pemindahan bank terus ke akaun Maybank bernombor 5647 6232 6603 (Cyndi Malaysia Venture) dan hantar dengan slip bank supaya organisasi tersebut boleh mengakui sumbangan anda. Snap shot sumbangan boleh dihantar melalui whatsapp kepada Cyndi Yong di talian 016 – 641 8877. Terima kasih atas sokongan.

 

 

Notis: Ini adalah sebuah artikel Kristian yang ditulis melalui lensa iman penganut Kristian. Ia merupakan penterjemahan dari artikel The Firefly in the Darkness: Cyndi Yong dan ditujukan untuk pembaca Kristian yang lebih biasa dengan Bahasa Malaysia. Gambar disumbangkan oleh Cyndi Yong melainkan dinyatakan sebaliknya.

 

|Kongsilah Berita Gembira|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*