Memahami Perbenaran Kristian: Kualiti yang Memulihkan Hubungan Kita dengan Tuhan

Ditebus dan dijadikan benar dalam Kristus

 

Notis: Ini adalah sebuah artikel Kristian

 

Perbenaran atau juga dikenali sebagai kesolehan. Perkataan dan konsep ini membawa begitu banyak tafsiran dan perasaan sehingga ia telah menjadi subjek yang rumit. Bagi kebanyakan orang yang berniat baik, termasuk orang Kristian, ia adalah satu kod moral yang harus diteladani untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Bagi orang lain dalam dunia yang semakin pasca moden, ia adalah idea kuno yang mempamerkan sikap yang angkuh. Sebagai orang Kristian, kita tidak boleh menolak perkara ini ke tepi kerana ia merupakan perkara yang penting dalam iman kita; bagaimanakah kita sampai kepada pemahaman Kristian yang betul tentang sifat perbenaran?

Pertama, kita boleh melihat kepada Tuhan sendiri. Dalam Alkitab, jelas bahawa daripada banyak sifat yang dinisbatkankan kepada Tuhan, perbenaran adalah salah satu yang paling menonjol. Di dalamnya, kita dapati kekudusan, keadilan, dan kesempurnaan-Nya. Kerana Tuhan itu adil, kita tahu kehendak dan jalan-Nya sentiasa baik, benar, dan meneguhkan kehidupan.

 

Ruj: blogspot

 

Dalam Perjanjian Lama, kita melihat sifat perbenaran Tuhan melalui kesetiaan-Nya dalam perjanjian yang Dia buat dengan bani Israel. Tuhan memulakan perjanjian itu, memenuhi bahagian-Nya, dan memberkati umat-Nya. Sesungguhnya, bani Israel bergantung kepada Tuhan yang dengan setia memenuhi janji-Nya untuk membimbing, melindungi, dan menjaga bangsa itu daripada bahaya. Perbenaran Tuhan adalah realiti hidup yang menjadi sandaran rakyat untuk kelangsungan hidup dan kemakmuran, dan ia bukan sekadar konsep abstrak. Setiap kali bangsa itu membelakangi Tuhan, mereka membuka diri kepada musuh-musuh di sekeliling mereka dan mendapati mereka berada dalam realiti politik baru buangan.

Pada zaman Perjanjian Lama, syarat perjanjian yang dikemukakan oleh Tuhan harus dipatuhi, dan dalam kes kegagalan, pertobatan diperlukan. Ketaatan membawa kepada berkat, dan berkat adalah tanda pebenaran. Begitu juga, ketidaktaatan yang berterusan akan membawa kepada penghakiman, yang merupakan lawan dari berkat. Para nabi Perjanjian Lama mempunyai pemahaman tentang pebenaran sebagai kod etika; Amos dengan melakukan keadilan (Amos 5:24), Hosea dengan kasih dan belas kasihan (Hosea 2:19), dan Yesaya dengan kesetiaan (Yesaya 1:26).

Bertahun-tahun yang lalu, Tuhan telah memulakan perjanjian melalui Ibrahim. Ia merupakan perjanjian berkat. Sejak zaman Adam, perbenaran Tuhan telah menjadi jangkauan aktif, talian hayat untuk menyelamatkan dan memulihkan persekutuan kita dengan Dia. Malangnya, umat sering berpaling daripada Tuhan, dan kitaran berulang yang menyedihkan sering berlaku. Sifat Tuhan adalah benar, tetapi tidak seperti di dalam gambaran ramai orang dalam zaman kini mengenai sifat ini, perbenaran Tuhan adalah selaras dengan keadilan, belas kasihan, kebaikan, usaha, dan pengorbanan-Nya. Dari hati yang penuh kasih ini akan datang pengorbanan yang tertinggi.

 

Ruj: hozana.org

 

Dalam Roma 5:19, Paulus menulis

 

Kerana sebagaimana melalui pelanggaran oleh seorang manusia, ramai telah menjadi orang berdosa, maka melalui ketaatan seorang Manusia, ramai akan diperbenar.

 

Apabila Yesus datang, Dia membawa bersama-Nya misi yang akan memuncak dalam perjanjian baru yang membuka hubungan langsung antara Tuhan dan kita. Yesus adalah kudus dan benar, dan Dia menjelmakan perbenaran ini semasa Dia berada di bumi. Dia mengumumkan dan mengajar tentang kerajaan Tuhan yang semakin hampir. Yesus tidak mengatakan Dia memansuhkan Hukum tetapi Dia datang untuk memenuhinya.

Apabila Yesus membuat pengorbanan di Bukit Calvary, Dia menanggung dosa-dosa dunia, memenuhi sepenuhnya tuntutan perbenaran Tuhan. Ini adalah berita baik yang menjadi teras injil dan mesej Alkitab. Perbenaran Tuhan telah dijadikan anugerah bagi semua orang melalui iman kepada Yesus Kristus.

 

Perbenaran adalah sifat tuhan tetapi juga hadiah yang dianugerahkan melalui rahmat Tuhan kepada orang berdosa – Dr. Erwin W. Lutzer (Ruj: pinterest)

 

Kami mendapati sesuatu yang benar-benar menakjubkan dalam peristiwa penting ini. Proses “dijadikan benar” bukan lagi sesuatu yang orang lakukan untuk ‘mencari Tuhan’ atau untuk mendapat perkenan-Nya. Ia adalah tindakan Tuhan yang luar biasa yang memulakan, bertindak atasnya, dan menyatakan bahawa kita telah dijadikan benar dan dibebaskan daripada hukuman dosa. Tuhan mengisytiharkannya dan ia berlaku. Mereka yang berada dalam Kristus kini mempunyai hubungan yang dipulihkan dan langsung dengan Tuhan. Namun begitu, kerana Tuhan itu adil, masih terdapat unsur etika kepada pemahaman Kristian tentang perbenaran.

Sisi etika perbenaran masih diperhatikan selepas gereja dilahirkan. Dalam Kisah 10:35, dinyatakan bahawa di setiap bangsa, mereka yang “takut kepada-Nya dan mengerjakan yang benar” akan diterima oleh-Nya. Yakobus menulis bahawa “iman tanpa perbuatan adalah mati.” Bagaimanakah kita mendamaikan perbezaan yang kelihatan ini dengan pemberian rahmat percuma? Pemberian rahmat itu percuma, tetapi ia bukanlah sesuatu yang murah. Terdapat tekanan yang besar oleh mereka yang tidak berada dalam Kristus terhadap orang Kristian awal. Ia sering memerlukan kekuatan dan ketahanan komitmen untuk orang Kristian awal untuk kekal setia kepada Tuhan.

Paulus, melalui surat-suratnya, adalah pengungkap utama makna perbenaran. Perbenaran yang kita perlukan untuk keselamatan kita tidak datang dari tingkah laku beretika tetapi dari pengorbanan yang Kristus buat untuk kita di Kalvari. Kita tidak perlu bertukus-lumus lagi. Untuk menerima perbenaran adalah lebih daripada sekadar lisan. Ia harus melibatkan perubahan dan kelahiran baru dalam Roh Tuhan. Perbenaran Tuhan menjadi kualiti untuk dipelajari dan digubal, dan kita menjadi bait Tuhan yang hidup. Ia bukan kod moral tetapi pembaharuan fikiran (Roma 12:1-2). Dalam respons yang lahir daripada rasa syukur, iman, dan hubungan dengan Kristus, kita mahu hidup dengan soleh. Kerja baik – dan gaya hidup yang bertuhan (yang mungkin disebut oleh sesetengah orang sebagai ‘beretika’) – maka adalah hasil kerja mukjizat Roh Kudus dalam diri kita, bukan kod atau standard yang perlu dicapai untuk diselamatkan.

 

Segalanya baru (Ruj: bereancommunitychurch.net)

 

Alkitab berjanji bahawa semua kerisauan dan kebimbangan dan kehidupan kita akan diuruskan semasa kita menjadikan perbenaran sebagai keutamaan. Semasa kita mengambil berat tentang Tuhan, Tuhan telah berjanji bahawa Dia akan menjaga kita (Matius 6:33). Pada penghujung sejarah, apabila kita bersama Kristus di langit dan bumi yang baru yang dipenuhi dengan segala yang benar (2 Petrus 3:13), janji-janji itu akan menjadi lebih jelas kelihatan dan murni.

 

Ini adalah sebuah artikel Kristian yang ditulis melalui lensa iman penganut Kristian dan ditujukan untuk pembaca Kristian yang lebih biasa dengan Bahasa Malaysia. Ia diterjemahkan dari artikel yang pada asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris dan bertajuk Understanding Christian Righteousness: The Quality That Restores Our Relationship with God

 

|Kongsilah Berita Baik|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*