Lebih 10,000 berkumpul untuk menyambut Krismas di Perarakan Krismas ACS Sibu 2024

 

Nota: Ini adalah sebuah penterjemahan dari artikel Inggeris yang asalnya diterbitkan pada laman web Borneo Post Online. Ia adalah inisiatif bebas dan tidak bergabung secara langsung dengan Borneo Post Online. 

 

Lebih 10,000 orang berkumpul untuk Perarakan Krismas 2024 anjuran Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak (ACS) Sibu pada malam 14 Disember 2024 untuk menandakan sambutan yang meriah dan penuh kegembiraan sempena musim perayaan ini.

Suasana penuh bersemangat dan orang ramai mula berkumpul di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 seawal 5 petang, tidak sabar-sabar untuk mengambil bahagian dalam acara tahunan ini.

 

Kontijen dari Gereja Anglikan St John meraikan kegembiraan mereka setelah selesai menamatkan perarakan.
Peserta berkumpul di Dataran Tun Tuanku Bujang seawal 5pm.

 

Dianjurkan oleh cawangan ACS Sibu dengan Gereja Methodist sebagai gereja tuan rumah, perarakan itu dimulakan dengan doa pembukaan oleh Pengerusi ACS Sibu dan vikar Gereja Anglikan St John, Pendeta Jose Jol.

Ini kemudian disusuli oleh nyanyian lagu-lagu pujian, pembacaan ayat-ayat Alkitab dari pelbagai gereja, dan mesej Krismas yang disampaikan oleh pengerusi penganjur, Pendeta Wong Tuong Toh dari Gereja Methodist.

 

Nyanyian lagu-lagu pujian

 

Dalam mesejnya, Pendeta Wong berkata tema ‘Yesus adalah Putera Damai (Yesaya 9:6)’ dipilih tahun ini bagi mempromosikan keamanan.

“Di dunia ini, tidak ada keamanan dan keselamatan. Kami di Sibu mungkin tidak merasakannya kerana kita semua hidup dalam aman dan kami berterima kasih kepada Tuhan untuk ini.

“Namun, ada peperangan di beberapa tempat di dunia. Kadang-kadang kita juga mempunyai konflik dengan orang dan ahli keluarga dan kadangkala, kita terjerumus ke dalam tabiat buruk yang mempengaruhi hubungan kita dengan keluarga kita, jadi kita memerlukan keamanan,” katanya.

Sebuah kesaksian yang menyentuh hati kemudiannya disampaikan oleh saudara Simon Siew Yong Ee, 27, bekas penagih dadah. Dalam kesaksiaan beliau, dia berkongsi bagaimana dia menemui semula keamanan melalui iman.

Beliau berkata, dari rasa ingin tahu, dia mula merokok pada usia sembilan tahun, kemudian pada usia 10 tahun dia mula mengambil dadah, sebelum berhenti pergi ke gereja dan berkahwin pada usia 17 tahun.

 

Yesus sebagai Putera Damai menjadi tema pada malam itu (ruj gambar: songsofpraise.org)

 

“Disebabkan dadah, hubungan saya dengan ahli keluarga saya rosak. Kemudian saya mengenali Yesus, dan hidup saya berubah,” (Simon berkongsi kesaksiaannya.)

“Saya berjaya menemukan pengampunan dan kedamaian. Saya berhenti mengambil dadah, dan hubungan saya dengan Tuhan serta ahli keluarga saya sekarang baik,” katanya.

Siew kini mendedikasikan hidupnya untuk membantu orang lain yang bergelut dengan ketagihan, supaya mereka dapat membina semula kehidupan mereka dan membaiki hubungan mereka dengan keluarga mereka.

Acara itu kemudiannya diteruskan dengan majlis perasmian, doa kebaikan, dan perarakan besar pada pukul 7 malam.

Perarakan itu mempamerkan 11 kumpulan muzik berbaris dan 11 gerabak bertemakan Krismas yang memukau, menggembirakan orang ramai.

 

Suasana Perarakan Krismas Sibu 2024 (Dipetik dari saluran YouTube Herryson Kudi Channel)

 

Antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Joseph Chieng, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC) Clarence Ting, Uskup Katolik Sibu Reverend Bishop Joseph Hii, dan Presiden Persidangan Tahunan Iban Sarawak Pendeta Bonnie Bonnie.

 

Sesetengah foto dipetik dari laman web Utusan Borneo Online. Anda boleh membaca satu lagi artikel berita Bahasa Malaysia mengenai acara ini di sana.

 

|Kongsilah Berita Baik|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*