Kebangkitan Orang Mati: Sebuah Artikel Kempen Yesus Akan Datang (JICC)

Ruj: https://www.wallpaperup.com

 

Sebagai sebahagian daripada Kempen Jesus Is Coming (JICC) kami, kami akan menulis dan menerbitkan artikel-artikel tentang doktrin utama yang mengelilingi Kedatangan Kedua Yesus. Salah satu kepercayaan yang paling penting ialah peristiwa Kebangkitan Orang Mati. Walaupun ia merupakan aspek penting yang menentukan nasib masa depan orang Kristian, hanya segelintir gereja yang mengajar mengenainya.

Dalam huraian yang paling mudah dan paling asas, peristiwa yang dipanggil Kebangkitan Orang Mati ialah apabila orang mati dibangkitkan dengan tubuh baru untuk bersama dengan Yesus pada Hari Akhir. Ini berkaitan dengan kelahiran semula dan kehidupan yang kekal. Dalam hal ini, ia bermaksud bahawa untuk dibangkitkan, seseorang mesti menjadi pengikut dan percaya kepada Kristus. Walaupun orang yang tidak percaya akan mati apabila mereka sampai ke penghujung kehidupan duniawi mereka, istilah yang digunakan untuk menggambarkan orang Kristian ialah ‘mereka yang telah tertidur‘ dalam Yesus.

 

 

1 TESALONIKA 4:14
Alkitab Versi Borneo

14 Kita percaya bahawa Yesus telah mati dan hidup semula. Kita juga percaya bahawa mereka yang beriman kepada Yesus dan kemudiannya mati akan dihidupkan semula oleh Tuhan untuk hidup bersama-Nya.

 

Kerana Yesus telah bangkit daripada kematian, mereka yang percaya kepada-Nya boleh mempunyai harapan bahawa Kebangkitan Orang Mati akan berlaku di akhir zaman.

 

Teks Teras: 1 KORINTUS 15: 12-14
Alkitab Versi Borneo

Kebangkitan orang mati
12 Setelah kami khabarkan kepadamu tentang Kristus yang dibangkitkan daripada kematian, mengapakah ada dalam kalanganmu yang berkata bahawa tiada kebangkitan selepas mati? 13Jika tiada kebangkitan selepas mati, maka Kristus juga tidak dibangkitkan. 14Jika Kristus tidak dibangkitkan, maka sia-sialah perkhabaran kami dan sia-sialah imanmu.

 

Kristus Yesus merupakan yang pertama yang bangkit dari kematian, dan juga yang pertama dibangkitkan dengan tubuh yang baru. Tubuh-Nya patah dan terkoyak di Kalvari tetapi tiga hari kemudian, Dia bangkit dari kematian dengan tubuh yang sempurna. Sepertimana Yesus bangkit dari mati, pengikut-pengikutNya juga akan dibangkitkan dengan tubuh yang baru dan sempurna pada Hari Kebangkitan.

 

1 KORINTUS 15:22-23
Alkitab Versi Borneo

22 kerana sebagaimana dalam Adam semua manusia mati, demikian juga dalam Kristus semua manusia akan dihidupkan semula; 23masing-masing mengikut aturannya: Pertama Kristus, kemudian mereka yang telah menjadi milik-Nya, pada saat kedatangan-Nya kelak.

 

Terdapat banyak kekeliruan pada zaman awal gereja yang mengelilingi peristiwa Hari Kebangkitan. Ini disebabkan pemahaman bahawa untuk semua orang dibangkitkan, setiap orang mesti mengalami kematian fizikal/duniawi. Antara persoalan yang timbul adalah mengenai apa yang akan berlaku pada hari peristiwa itu kerana akan ada orang Kristian yang masih hidup.

 

Kerana Yesus telah mengalahkan maut, mereka yang mengikut-Nya boleh mempunyai harapan bahawa kita akan dibangkitkan untuk bersama-sama dengan Dia pada Zaman Akhir.

 

Sebagai jawapan kepada ini, Paulus menjelaskan dalam 1 Tesalonika 4:15, bahawa mereka yang masih hidup dan kekal pada hari peristiwa itu tidak akan menghalang orang mati daripada dibangkitkan. Bagaimanakah cara untuk mendamaikan percanggahan ini? Paulus menjelaskan bahawa semua orang Kristian yang masih hidup pada hari itu akan diangkat bersama-sama dengan orang yang dibangkitkan dari mati.

 

1 TESALONIKA 4:15
Alkitab Versi Borneo

15 Inilah ajaran Tuhan yang kami sampaikan kepadamu bahawa pada hari kedatangan Tuhan yang masih hidup tidak akan mendahului mereka yang sudah mati.

 

Setiap orang Kristian yang diangkat untuk bersama Yesus akan diubah dalam sekelip mata.

 

1 KORINTUS 15:52
Alkitab Versi Borneo

52 serta-merta, dalam sekelip mata, ketika berbunyinya sangkakala yang terakhir. Pada saat itu orang mati akan dibangkitkan dalam ketidakbinasaan, dan kita yang masih hidup akan diubah,

 

Badan fizikal kita semasa kehidupan kita di bumi diperbuat daripada debu. Sains menyebut ini sebagai bahan karbon. Dalam Kejadian, kitab suci memberitahu kita bahawa Adam telah dibentuk daripada debu tanah (Kejadian 2:7). Tidak kira di mana karbon kita berada pada hari itu, ia akan dibangkitkan dalam bentuk yang tidak boleh rosak dengan cara yang sepertimana dengan Yesus. Hanya Tuhan, melalui Kristus, mempunyai kuasa untuk melakukan ini.

Apabila kita mati kita seakan-akan tertidur. Hanya badan lama kita yang mati; roh kita akan berada di syurga. Bagaimanakah kita mengetahui perkara ini? Kerana sains membicarakannya, walaupun melalui lensa kefahaman mereka. Sains memanggilnya “mikrotubul” yang meninggalkan otak dan terus wujud. Mikrotubul meninggalkan “keadaan kuantum” mereka tetapi maklumat dalam mickrotubul tidak dimusnahkan, sebaliknya, ia “diedarkan kepada alam semesta pada umumnya”. Alkitab menyebutnya sebagai roh kita yang kini berada di dalam dimensi syurga.

 

2 PETRUS 3:8
Alkitab Versi Borneo

8 Tetapi, saudara-saudara yang kukasihi, jangan lupa satu perkara: Di sisi Tuhan satu hari serupa seribu tahun, dan seribu tahun serupa satu hari. 

 

Bagi seseorang yang telah meninggal dunia seribu tahun yang lalu, apabila dia terjaga dengan tubuh yang dibangkitkan, dia mungkin akan merasa seperti baru tidur sehari. Begitu juga, jika dia telah meninggal dunia 50 tahun yang lalu, dia mungkin merasakan dia hanya tidur selama sejam.

Ini menjawab soalan orang yang bertanya “apa yang roh mereka akan lakukan sementara menunggu selama seribu atau dua ribu tahun?” Ia seperti mimpi yang indah. Itulah sebabnya Yesus menggambarkannya seakan semasa kita sedang tidur.

 

1 TESALONIKA 4:14 Alkitab Versi Borneo 14Kita percaya bahawa Yesus telah mati dan hidup semula. Kita juga percaya bahawa mereka yang beriman kepada Yesus dan kemudiannya mati akan dihidupkan semula oleh Tuhan untuk hidup bersama-Nya (Imej: heatonkent.files.wordpress.co)

 

Umat Tuhan sudah mempunyai kepercayaan sejak zaman awal gereja bahawa mereka yang diselamatkan akan dibangkitkan pada akhir zaman. Hari ini, kita perlu memainkan peranan. Kita perlu mendorong sesama kita supaya tabah dalam keimanan kita, supaya kita tidak ketinggalan dalam peristiwa Pengangkatan. Kita juga perlu berdoa dan berkongsi megenai peristiwa ini dengan orang yang kita sayangi yang belum mengenali Kristus. Jika tidak, jika anda terlepas pengangkatan, anda perlu melalui peristiwa Tribulasi Besar yang benar-benar mengerikan.

 

Notis: Ini adalah sebuah artikel Kristian yang ditulis melalui lensa iman penganut Kristian. Ia merupakan penterjemahan dari artikel Resurrection of the Dead: A Jesus Is Coming Campaign (JICC) Article dan ditujukan untuk pembaca Kristian yang lebih biasa dengan Bahasa Malaysia.

 

|Kongsilah Berita Gembira|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*