Diperhalusi Seperti Emas: Perjalanan Iman Koh Li Li dan Bagaimana Ketaatan Mengubah Kerja Biasa Menjadi Satu Panggilan

Koh Li Li bersama suaminya yang tercinta dan sentiasa menyokong, Yap Sze Shang.

 

Nota: Ini ialah sebuah artikel Kristian

 

Kitab Suci sering menegaskan bahawa Tuhan menetapkan langkah orang benar dan memimpin perjalanan hidup mereka. Mazmur 37:23 menyatakan bahawa Tuhan berkenan kepada perjalanan hidup kita, dan dalam Ayub 23:10, kita diyakinkan bahawa meskipun laluan hidup kita penuh cabaran dan tidak selalu mudah, Tuhan tetap memurnikan dan membentuk kita sehingga menjadi seperti emas. Selalunya, hanya apabila kita mengimbas kembali barulah kita menyedarinya.

 

Bagi Koh Li Li, sebuah pusat jagaan kanak-kanak sederhana yang diasaskan pada tahun 2005 menjadi titik permulaan kepada perjalanan iman yang luar biasa, yang mengubah kasihnya terhadap dunia pendidikan menjadi sebuah pelayanan untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarga mereka.

 

Bagi Koh Li Li, sebuah pusat jagaan kanak-kanak sederhana yang diasaskan oleh beliau pada tahun 2005 menjadi permulaan kepada perjalanan iman yang luar biasa –  suatu perjalanan yang mengubah minatnya dalam pendidikan kepada sebuah pelayanan untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarga mereka.

Walaupun pernah menganut agama Buddha sebelum mengenali Kristus, beliau tidak pernah membayangkan bahawa Tuhan akan membawa kasihnya terhadap dunia pendidikan kepada sebuah pelayanan yang penuh mukjizat, pengorbanan, dan kesetiaan Tuhan. Melalui mimpi, pengalaman rohani yang mendalam, serta pelbagai ujian, Li Li belajar bahawa panggilan Tuhan selalu bermula dengan satu langkah ketaatan dan kekuatan-Nya menjadi sempurna dalam kelemahan kita. Baru-baru ini, beliau berkongsi kesaksian ini di gereja. Inilah kisah bagaimana satu “ya” kepada Tuhan mengubah seluruh kehidupannya.

 

Permulaan Sebuah Panggilan

Sejak 2005, Li Li mengendalikan sebuah pusat jagaan kanak-kanak, didorong oleh keinginan mendalam untuk membimbing dan mendidik kanak-kanak serta remaja. Beliau dan suaminya dibesarkan dalam keluarga Buddha, namun pada tahun 2009, pasangan itu bersama anak-anak mereka mengenali Yesus dan menerima-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat. Keputusan itu bakal mengubah arah hidup mereka.

Setahun selepas Li Li menemui Yesus, pada 2010, Tuhan berbicara kepada beliau melalui satu mimpi yang sangat jelas. Dalam mimpi itu, beliau mendengar satu suara berkata, “Pergi. Lily, pergi.” Beliau melihat orang tinggal dalam lubang-lubang tanah yang dalam, dipikul dengan bonggol seperti kulit keras di belakang mereka. Tidak lama selepas itu, semasa kem di gereja, beliau kembali mengalami sentuhan Tuhan, dan di situ beliau menerima baptisan pertama dalam Roh Kudus. Beberapa ketika kemudian, satu nubuatan diberikan: melalui hidupnya, orang dari pelbagai umur dan bangsa akan masuk ke rumah Tuhan. Walaupun belum memahami maksudnya, Li Li menyimpan semuanya di dalam hati.

 

Bagi Koh Li Li, sebuah pusat jagaan kanak-kanak sederhana yang diasaskan pada tahun 2005 menjadi titik permulaan kepada perjalanan iman yang luar biasa, yang mengubah kasihnya terhadap dunia pendidikan menjadi sebuah pelayanan untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarga mereka. Gambar menunjukkan pusat jagaan tersebut semasa sambutan Hari Merdeka (wajah kanak-kanak dikaburkan atas sebab privasi).

 

Pada tahun 2013 – tiga tahun selepas mimpi pertama – beliau menerima mimpi kedua. Kali ini, beliau melihat tanah perkuburan dipenuhi “mayat hidup”, setiap seorang mempunyai luka terbuka di perut, dan di dalam luka itu, seorang kanak-kanak sedang merintih kesakitan. Dalam ketakutan itu, suara Tuhan kembali terdengar: Li Li, berjalanlah. Aku menyertaimu.”

Li Li kemudian menyedari bahawa kedua-dua mimpi itu membawa mesej yang sama. Tuhan sedang menunjukkan luka, beban, dan kepatahan yang tersembunyi dalam hidup manusia. Di dalam setiap orang dewasa yang terluka, ada seorang kanak-kanak yang tidak berdaya. Melalui penglihatan ini, Tuhan sedang memanggilnya untuk melayani kanak-kanak berkeperluan khas dan berjalan bersama mereka dalam perjuangan mereka.

 

Seorang kanak-kanak di pusat tersebut sedang mempelajari tentang sains dan bayang-bayang.

 

Sekitar waktu itu, beberapa ibu bapa mula meminta beliau menerima anak-anak autistik dan ADHD. Namun beliau sering menolak kerana merasakan dirinya tidak layak dan tidak bersedia. Bidang ini terlalu asing, dan beliau tidak mempunyai pengalaman atau latihan.

“Walaupun sudah menerima mimpi dan nubuatan, saya masih bergelut untuk taat. Saya rasa tidak layak – tiada pengetahuan, tiada kemahiran, tiada pengalaman,” kongsinya.

 

Selain menyediakan penjagaan dan pembelajaran di pusat tersebut, Li Li dan kakitangan beliau juga menganjurkan lawatan pembelajaran untuk kanak-kanak, termasuk kunjungan ke Aquaria KLCC.
Satu lawatan ke taman.

 

Konfirmasi Ilahi yang Mengubah Segalanya

Pada Ogos 2015, Tuhan sekali lagi mengesahkan panggilan itu melalui dua pengalaman kuat.

Pertama, melalui satu nubuatan oleh seorang pastor dari gereja Li Li, Pastor Kala yang berkata bahawa Tuhan sedang menggunakan hidupnya untuk sesuatu yang “biasa tetapi juga tidak biasa” – sesuatu yang sudah berada di depan matanya.

Konfirmasi kedua datang tidak lama selepas itu apabila Li Li dimasukkan ke ICU akibat demam denggi berdarah yang teruk sehingga tidak sedarkan diri. Dua orang saudari yang berdoa untuknya menerima satu penglihatan – Li Li dilihat seperti seekor lembu yang tunduk tenang sedang meragut rumput. Dalam keadaan separa sedar itu, Li Li merasakan Tuhan mengingatkannya: Bukan dengan kekuatan kamu, juga bukan dengan kuasa kamu, tetapi dengan Roh-Ku.”

“Lukas 4:18 menjadi hidup dalam hati saya. Saya tahu Tuhan mengurapi saya untuk memberitakan khabar baik dan membebaskan yang tertindas. Akhirnya saya berkata ya. Saya menerima seorang anak autistik dan seorang anak ADHD ke pusat kami,” katanya.

 

Walaupun proses pembelajaran pada tahun-tahun awal sangat mencabar, ia tetap menjadi pengalaman yang amat berharga bagi Li Li. “Anak-anak berkeperluan khas kami benar-benar mengagumkan orang ramai dengan keupayaan mereka berinteraksi, berkomunikasi, serta menunjukkan tingkah laku yang sesuai dan berdikari dalam situasi sosial,” kongsi Li Li dengan penuh kegembiraan.

 

Perjalanan Ketaatan: Ujian dan Cabaran

Dari saat itu, Tuhan mula menghubungkannya dengan mentor dari dalam dan luar negara, membuka pintu untuk beliau menerima latihan profesional dalam kinesiologi pendidikan, psikologi, dan neurosains. Menjelang akhir 2016, program keperluan khas secara rasmi dilancarkan di pusatnya.

Namun perjalanan awalnya sangat mencabar. Ramai kanak-kanak mengalami meltdown, gangguan sensori, dan kesukaran komunikasi. Banyak kali Li Li meragui dirinya. Ada malam beliau menangis sehingga tidur.

 

Kanak-kanak sedang berlajardi dapur.

 

Pada Mac 2017, selepas satu malam yang amat berat, Li Li menerima satu mimpi lagi. Beliau berjalan dalam ribut gelap dengan angin dan hujan yang dahsyat. “Untuk berjalan terasa seperti memanjat tebing,” katanya.

Kemudian cahaya kecil dan sepasang kaki muncul di depannya, dan suara lembut berkata: Li Li, berjalanlah. Aku bersamamu.” Mimpi itu menguatkan semangatnya.

 

Menyediakan ayam tandoori dalam kelas kulinari.

 

Dari situ, beliau mula mengumpulkan fasilitator Kristian setiap pagi untuk renungan dan doa. Sedikit demi sedikit, Tuhan mula membuka jalan dan memberikan terobosan.

 

Terobosan dan Kesetiaan Tuhan

Hari ini, pusat Li Li telah berkembang daripada empat pelajar kepada hampir lima puluh orang, berumur antara empat hingga lapan belas tahun. Ramai telah menunjukkan peningkatan besar dalam kemahiran kendiri, kawalan emosi, dan komunikasi.

Selain pertumbuhan akademik, mereka juga menyaksikan buah rohani – tiga keluarga menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat, dan ada kanak-kanak yang turut menyertai Li Li dalam penyembahan dan doa.

 

Kanak-kanak juga diajar untuk menzahirkan kasih mereka kepada ibu bapa dan orang tersayang dengan cara yang nyata. Gambar menunjukkan kanak-kanak dibimbing semasa aktiviti membasuh kaki pada Hari Penghargaan Ibu Bapa.

 

Namun tidak semua mudah. Semasa pandemik Covid-19, pusatnya menghadapi krisis kewangan apabila ramai ibu bapa tidak dapat membayar yuran. “Pada satu ketika, akaun kami tinggal RM27.30. Semua pusat jagaan diarahkan tutup. Nampak mustahil untuk teruskan. Tetapi Tuhan membuka jalan. Kami menerima kelulusan khas untuk beroperasi yang pertama di Selangor.”

Pada 2024, Li Li sekali lagi diuji apabila menghadapi isu undang-undang serius yang boleh menyebabkan pemenjaraan. Walaupun tidak bersalah, beliau diperlakukan secara tidak adil. Namun pada malam sebelum pendakwaan, semua pertuduhan digugurkan secara tiba-tiba. “Memang benar Dialah Penjaga dan Pelindung saya,” katanya.

 

Persembahan Gendang Budaya: “Daripada Tidak Mampu kepada Mampu – Satu Perjalanan Transformasi”

 

Kini, pusatnya berdiri megah dengan empat tingkat, satu projek renovasi bernilai setengah juta ringgit yang disiapkan tanpa sebarang pinjaman, semuanya melalui penyediaan Tuhan. Lebih indah lagi, kedua-dua anaknya kini berkhidmat sepenuh masa di pusat itu, meneruskan visi yang Tuhan mulakan melalui ibu mereka.

 

Li Li dan Yap dalam foto keluarga semasa graduasi anak lelaki mereka. Kini, anak lelaki dan perempuan pasangan ini turut meneruskan tanggungjawab dalam pelayanan tersebut.

 

Penguatan dan Renungan

Apabila ditanya bagaimana beliau mampu menjalankan pusat itu lima hari seminggu, dari pagi hingga petang, sepanjang tahun, jawapannya selalu sama: “Bukan saya, tetapi Yesus.”

Selepas sepuluh tahun menjawab panggilan Tuhan, Li Li belajar bahawa iman dan ketaatan adalah kunci. “Ia masih mencabar, kadanag-kadang sukar dan meletihkan,” katanya.

“Tetapi saya menaruh harapan pada Yesus, yang memberi saya kekuatan untuk terbang tinggi mengatasi setiap ujian. Walaupun tertekan dari setiap sisi, saya percaya saya tidak akan dihancurkan, kerana Tuhan mencukupkan segala keperluan kami menurut kekayaan-Nya dalam Kristus.”

 

Selepas sepuluh tahun menjawab panggilan Tuhan, Li Li telah belajar bahawa iman dan ketaatan adalah amat penting. “Masih mencabar – sukar dan meletihkan,” akuinya, “tetapi saya menaruh kepercayaan dan harapan kepada Yesus, yang memberi saya kekuatan untuk mengatasi setiap ujian.” Dengan sokongan teguh daripada suami dan keluarga, Li Li telah berkembang dengan mendalam dalam perjalanan kemuridan dan pelayanan beliau.

 

Galakan Li Li kepada orang lain sangat ringkas namun penuh kuasa:

“Anda tidak perlu memahami semuanya sebelum berkata ‘ya’ kepada Tuhan. Saya sendiri tidak. Tuhan tidak memanggil yang sudah layak. Dia melayakkan mereka yang Dia panggil. Jika Tuhan meletakkan beban atau kerinduan dalam hati anda, percayalah kepada-Nya. Ambillah langkah ketaatan itu. Tuhan tidak mencari kesempurnaan. Dia mencari hati yang rela. Saat anda mengambil langkah pertama, Dia akan memenuhi anda dengan kasih karunia, penyediaan, dan kuasa-Nya.”

Sebagai sahabat keluarga penulis, penulis asal artikel ini dapat melihat sendiri kesan tangan Tuhan dalam hidup Li Li. Walaupun panggilan ini datang dengan banyak ujian, beliau membawa suasana yang ceria dan ketenangan yang mendalam. Beliau tidak pernah mengeluh, tetapi sentiasa bercakap tentang anak-anak dengan kasih dan penghargaan, memandang nilai besar dalam diri mereka, dan menemukan tujuan hidupnya dalam perjalanan mereka.

Segala kemuliaan bagi Tuhan.

 

Christianity Malaysia merakamkan penghargaan kepada Koh Li Li atas kesudian beliau berkongsi cerita ini sebagai berkat dan dorongan kepada para pembaca. Maklumat lanjut tentang pusat jagaan Li Li, Little Sun Kiddyland Care Centre, boleh didapati di laman rasmi Breakthru Academy.

Semua foto dalam artikel ini disediakan dengan izin daripada Li Li.

 

|Kongsilah Berita Baik|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*