Apabila Doa Menjadi Nyata: Perjalanan Dr Benny Prasad Melalui Api dan Iman

Rujukan imej: christianitytoday

 

Nota: Ini adalah sebuah artikel Kristian

 

Di negara di mana agama Kristian diharamkan dan kebebasan bersuara dikawal ketat, Dr Benny Prasad, seorang pemuzik pengembara dunia dan pengikut setia Yesus, mendapati dirinya berdiri di atas pentas Korea Utara – gitar di tangan – memainkan lagu penyembahan semasa ulang tahun ke-100 Kim Il-Sung. Jemputan itu sendiri sudah merupakan satu keajaiban. Tetapi apa yang berlaku selepas itu adalah lebih luar biasa.

Benny telah dijemput untuk mewakili India pada perayaan yang jarang dipersetujui oleh negara Korea Utara, dan walaupun rejim tersebut bermusuhan terhadap agama, dia dibenarkan untuk mempersembahkan dua lagu untuk memuliakan Tuhan. Namun sebaik sahaja muzik berhenti, rancangannya mula terlerai. Selepas konsert yang dijadualkan, pegawai Korea Utara mendekatinya dan menegaskan – tanpa benar-benar bertanya – bahawa dia terus tinggal lebih lama. Tiket pulangnya ditahan. Segala komunikasi terputus. Tiada internet, tiada akses telefon bimbit, tiada cara untuk meminta bantuan. Benny terperangkap, terpencil di tanah asing di bawah pengawasan, tidak pasti sama ada dia akan atau bila dia akan dibebaskan.

“Mengapa tanya sama ada saya boleh tinggal lebih lama jika saya tidak mempunyai pilihan?” dia kemudiannya bergurau, membandingkannya dengan ditawarkan ayam atau ikan dalam penerbangan – hanya untuk diberitahu ayam telah kehabisan. Ilusi kebebasan di tempat yang tanpanya menjadi sangat jelas.

Tetapi penawanan Benny menjadi tungku ujian imannya. Ketika membaca Yakobus 5:17–18 – kisah tentang Elia yang berdoa agar hujan berhenti dan turun semula – dia mula berdoa bukan secara teori, tetapi dalam keadaan terdesak. Tiada pilihan lain selain mempercayai Tuhan sepenuhnya. “Di Singapura,” gurau Benny, “kami berdoa untuk tempat letak kereta. Tetapi di Korea Utara, kita berdoa untuk terus hidup.”

Keesokan paginya, pihak berkuasa mengetuk pintu rumahnya dengan membawa tiket. Dia dibenarkan pergi. Tuhan telah melangkah ke tempat di mana perkara yang mustahil adalah biasa dan yang ajaib tidak dapat dielakkan.

 

Pengalaman Benny di Korea Utara juga diceritakan dalam sebuah video log.

 

Apabila Doa Menjadi Nyata

Ia bukan kali pertama ini berlaku. Ia adalah rentetan kehidupan yang telah menjadi kebiasaan bagi Benny: perbezaan antara doa yang sopan dan doa yang bersungguh-sungguh.

“Kebanyakan orang Kristian,” Benny berkongsi, “melayan doa seperti penyumberan luar.” Mereka bergegas ke pastor dengan senarai atau mengejar pendakwah untuk mendaparkan pintasan nubuatan – seolah-olah mereka boleh mendapatkan akses kepada Tuhan lebih cepat daripada yang mereka yang nampaknya lebih alim. Tetapi Alkitab tidak bersetuju. Elia, nabi yang melakukan mukjizat, digambarkan dalam surat Yakobus sebagai “seorang manusia biasa seperti kita”. Kuasa tidak pernah terletak pada manusia – ia terletak pada Tuhan yang mendengar.

Benny mengajak kita menjauhi diri daripada kepura-puraan – emosi yang tidak kena pada tempatnya, berpuasa panjang untuk kemuliaan diri, atau teriakan dramatik untuk menggerakkan syurga. Sebaliknya, dia menunjuk kepada sesuatu yang lebih senyap, lebih mendalam: iman yang benar dan tulen. “Tuhan bukan tulis, dan Dia tidak tergerak oleh ritual. Dia bergerak kerana kepercayaan dan iman kita,” jelasnya.

 

Satu inspirasi bagi Benny, walaupun “kuasa itu bukanlah pada manusia – tetapi pada Tuhan yang mendengar.”

 

Dari Kehancuran kepada Kepercayaan

Penemuan Benny tentang doa sejati tidak bermula di Korea Utara – ia dibentuk melalui penderitaan sejak usia muda. Dilahirkan dengan asma kronik dan dibebani oleh kecederaan lembing yang memusnahkan impian sukannya pada usia tiga belas tahun, zaman kanak-kanak Benny dipenuhi dengan penolakan dan perbandingan. Walaupun bapanya seorang saintis aeroangkasa yang berjaya, Benny telah dibuang sekolah kerana terlalu banyak bertanya. Pada usia enam belas tahun, dalam keadaan emosi yang patah dan segi fizikal yang lemah, doktor memberitahunya bahawa dia hanya mempunyai enam bulan untuk hidup. Tanpa harapan atau hala tujuan, Benny mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Tetapi ada sesuatu yang menahannya; seorang ibu yang berdoa.

Ibunya tidak mempunyai kata-kata istimewa atau doa yang indah. Dia hanya bangun awal setiap pagi untuk merayu kepada Tuhan demi anaknya. Dan Tuhan mendengar. Di kem remaja, Benny mendengar Yesus berkata kepadanya: “Walaupun semua orang memanggil kamu tidak berguna, Aku mahukan kamu. Aku boleh menjadikan kamu baru.”

Pengalaman itu mengubah segalanya. Benny melanjutkan pelajaran di kolej Alkitab, menjadi pastor belia, dan kemudian, pada tahun 2001, menerima mandat ilahi kedua: “Pergilah ke setiap negara sebelum 2010.” Bagi seseorang yang dahulu hanya bermimpi untuk membuat satu perjalanan ke luar negara, ia kelihatan mustahil. Tetapi Benny telah belajar untuk tidak mengejar impiannya sendiri – tetapi sebaliknya impian Tuhan.

 

Benny berkongsi kesaksiannya di Gereja Kajang Assembly of God.

 

Perjalanan Iman Global – Dikuasakan oleh Iman

Kehidupan Benny selepas tempoh itu merupakan contoh nyata tentang hidup yang mendapat rezeki Tuhan yang ajaib.

Tanpa gaji tetap, tanpa simpanan, dan tanpa penaja, dia memulakan misi untuk melawat setiap negara di dunia. Pegawai imigresen sering mempersoalkan bagaimana dia mampu melakukan perjalanan sedemikian. Di Boston, selepas berberapa jam disoal siasat, ketua pegawai bertanya dengan jujur, “Bagaimana kamu melakukannya?” Benny menjawab, “Saya percayakan Tuhan.” Pegawai itu, terpinga-pinga, berkata, “Saya ada hutang. Boleh kamu berdoa untuk saya?”

Benny telah berdoa untuk pegawai, golongan diraja, banduan, dan pastor – tidak pernah bergantung kepada sokongan manusia, tetapi sentiasa mempercayai Tuhan. Pada tahun 1998, apabila seorang mubaligh menghadiahkannya sepasang kasut Nike yang terlalu kecil, dia berdoa, “Tuhan, kecilkan kaki saya atau regangkan kasut itu.” Kasut itu meregang dan dia memakainya selama dua tahun.

 

Menjelang usia 39 tahun, dan seawal tahun 2010, Benny telah mengembara ke semua 245 buah negara di dunia termasuk Antartika. Dalam proses itu, beliau mencipta Rekod Dunia sebagai lelaki terpantas yang pernah melawat semua negara.

 

Benny telah membuat persembahan di Sukan Olimpik dan Piala Dunia, tetapi pentas terbesarnya mungkin adalah di Somalia, di mana penganiayaan terhadap orang Kristian sangat berleluasa. Dia diterbangkan dengan pesawat yang hampir tidak berfungsi, dan tidak pasti bagaimana dia akan memasuki negara itu. Di udara, seorang anak kapal menghubungi seorang eksekutif media bernama Abdullah. Apabila Benny mendarat, dia disambut di pintu pesawat oleh seorang pemandu yang memegang papan tanda dengan namanya. Itulah kali pertama dia menerima layanan VIP.

 

Tuhan Yang Masih Menjawab Doa Elia

Dari Korea Utara ke Somalia, mesej Benny tetap sama: doa berkesan. Tetapi bukan jenis doa yang kita lakukan sekadar kebiasaan atau dari kewajipan, dan juaga bukan doa yang dirumuskan atau bersifat pertukaran. Doa yang membuka pintu syurga ialah doa yang bersungguh-sungguh, jujur, dan penuh iman.

 

Kehidupan Benny merupakan satu kesaksian yang kuat dan mesejnya adalah mudah: terdapat kuasa dalam doa.

 

“Jangan biarkan keagamaan menentukan kehidupan doa anda,” gesa Benny. “Doa anda berkuasa – bukan kerana anda berkuasa – tetapi kerana Tuhan berkuasa.”

Kehidupannya menjadi teguran terhadap sikap sambil lewa dan peringatan kepada Gereja: kita mesti berhenti berdoa hanya apabila selesa. Kebebasan kita untuk berdoa, beribadat, membawa Alkitab – tiada satu pun yang terjamin. Dan tiada satu pun yang patut dipandang remeh.

“Apabila anda berdoa untuk kehendak Tuhan,” kata Benny, “perkara mula bergerak.”

 

Ini adalah sebuah artikel Kristian yang ditulis melalui lensa iman penganut Kristian dan ditujukan untuk pembaca Kristian yang lebih biasa dengan Bahasa Malaysia. Ia diterjemahkan dari artikel Bahasa Inggeris When Prayer Becomes Real: Dr Benny Prasad’s Journey Through Fire and Faith

 

|Kongsilah Berita Baik|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*