Intipati Ibadah Bagi Seorang Kristian

Ref: jaefrench@pixabay

 

Nota: Ini adalah sebuah artikel Kristian. 

 

Yohanes 4: 23-24

23″Akan sampai saatnya, malah sudah pun sampai, penyembah sejati akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; kerana Bapa menghendaki penyembah yang sedemikian. 24 Tuhan itu Roh, maka orang yang menyembah Dia harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran.”

 

Apabila kita menjadi orang Kristian, kita mempunyai hubungan baru dengan Bapa syurgawi kita. Sebahagian daripada hubungan itu berbentuk ibadah. Apa itu ibadah? Dalam takrifan yang paling mudah, ia adalah mengisytiharkan perwatakan dan hasil kerja Tuhan dalam pertuturan dan tingkah laku.

 

Ref: wordpress

 

Tuhan menjadikan manusia untuk membawa kemuliaan kepada-Nya dan menikmati hubungan dengan-Nya; kita dijadikan untuk beribadah. Sejak Taman Eden, manusia dengan sedihnya menolak tujuan ini, menyembah diri mereka sendiri dan dunia ciptaan bukannya Pencipta mereka. Pekerjaan penebusan Tuhan mencipta sekumpulan orang yang menyembah Dia.

Sama seperti Tuhan memimpin orang Israel keluar dari Mesir supaya mereka dapat menyembah dan beribadat kepada-Nya, Dia memanggil orang Kristian untuk hidup bagi kemuliaan-Nya (Efesus 1:12) dan gereja untuk menjadi komuniti penyembah (Ibrani 12:28). Dengan berbuat demikian, orang Kristian bergabung dalam penyembahan Tuhan yang berlaku di syurga (Wahyu 4:8-11). Alkitab mengajar orang Kristian cara menyembah Tuhan, dengan penekanan untuk menyembah Dia dengan sikap dan pemikiran yang betul. Kita harus menyembah Tuhan dalam roh dan kebenaran (Yohanes 4:24).

 

Ref: twimg

 

Menyembah Tuhan dengan sebenar-benarnya bermakna menyembah mengikut cara kehendak Tuhan. Pada zaman Perjanjian Lama, ini adalah perkara yang sangat serius. Hukuman yang dijatuhkan ke atas anak Harun (Imamat 10:1-2) adalah bukti jelas betapa seriusnya Tuhan mengambil penyembahan yang tidak hormat. Kebanyakan Perjanjian Lama adalah huraian tentang cara-cara bangsa Israel harus menyembah Dia. Termasuk dalam peraturan ibadat Perjanjian Lama ini adalah Sabat (Keluaran 20:8-11), perayaan tahunan seperti Paskah dan Perayaan Tabernakel, sistem korban, undang-undang kesucian, tempat ibadat yang sepatutnya (Yerusalem), dan pemimpin ibadah (para imam).

Perjanjian Baru menunjukkan bahawa Yesus memenuhi dan mengubah keperluan ini kerana Dia sudahpun memenuhi Hukum dan Dia lebih agung daripada bait suci. Oleh itu gereja tidak terikat kepada perkara seperti kalendar Yahudi, ibadat di Yerusalem, korban, dan undang-undang penyucian dan halal; perkara-perkara itu adalah bayangan dan antitype daripada perkara-perkara dalam Yesus (Ibrani 7-10).

 

Ref: hdwallpapers.com

 

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa perintah Tuhan telah dilonggarkan; sebaliknya, mereka telah ditransformasikan. Sebagai contoh, hari Sabat adalah hari untuk berehat dan hari untuk berbuat baik. Daripada mempersembahkan korban harian, kita mempersembahkan korban pujian (Ibrani 13:15-16) dan menjalani kehidupan yang kudus (Roma 12:1).

Seperti orang-orang dalam Perjanjian Lama, kita juga perlu menyembah Tuhan dengan sikap yang betul. Kritikan yang biasa pada zaman Perjanjian Lama adalah penyembahan munafik oleh orang ramai, kerana hati mereka tidak menyembah Tuhan (Yeremia 7:21-26; Hosea 8:11; Amos 4:4-13). Yesus menawarkan kritikan yang sama ini dalam pelayanan-Nya (Matius 21:12-17). Kekhuatiran yang sama timbul dalam tulisan Paulus, kerana dia mahu gereja melakukan apa yang sepatutnya dalam amalan (1 Korintus 11), dengan menyatakan bahawa ibadat harus teratur (1 Korintus 14:33) dan orang harus memperhatikan hati mereka (Roma 2:15). Kata-kata Yesus dalam Matius 5:23-26 menunjukkan bahawa keadaan hati seseorang yang tidak damai akan menghalang penyembahan mereka.

Orang Kristian perlu mengingati prinsip ini semasa mereka berkumpul untuk ibadat awam. Gambaran muktamad tentang Tuhan dan pekerjaan-Nya ialah Yesus Kristus, dan penyembahan sejati harus menumpukan kepada Tuhan dan apa yang telah Dia lakukan. Oleh itu Yesus Kristus adalah tumpuan kita dalam penyembahan.

 

Ref: wordpress

 

Tambahan pula, kita tidak hanya menyembah apabila kita berkumpul dengan orang Kristian lain, menyanyi, atau mendengar khutbah; ibadah adalah sesuatu yang merangkum seluruh kehidupan. Malah, elemen penting dalam penyembahan ialah menjalani kehidupan dalam perkhidmatan kepada Tuhan (Ulangan 10:12-13).

Oleh itu penyembahan alkitabiah berlaku apabila kita menyedari bahawa pencipta, bukan ciptaan, harus disembah dalam pertuturan dan dalam perbuatan dan dalam roh dan kebenaran; ketaatan kepada Tuhan adalah bahagian penting dalam menyembah-Nya, tujuan utama untuk kewujudan manusia.

 

Ini adalah sebuah artikel Kristian yang ditulis melalui lensa iman penganut Kristian dan ditujukan untuk pembaca Kristian yang lebih biasa dengan Bahasa Malaysia. Ia diadaptasikan, diilhamkan, dan diterjemahkan dari/oleh sebuah rencana dari buku Big Ideas of the Bible yang diterbitkan oleh Barbour Publishing. Digunakan dengan izin.

 

|Kongsilah Berita Baik|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*