Pembangkitan Rohani di Bario: Latar Belakang dan Permulaannya

Pemandangan dari Gunung Doa di Bario (ref: blogspot) | http://1.bp.blogspot.com/-xQ0d28qXy58/T0zbiIHpnHI/AAAAAAAAAOI/g23IH66uyaA/s640/IMG_0156.JPG

 

Pembangkitan Rohani di Bario amat sesuai diperingati terutamanya sekarang kerana ia amat genting di Gereja Malaysia.  Ini adalah salah satu pencurahan Roh Kudus terbesar di sejarah Malaysia di atas sebuah komuniti.

Pembangkitan rohani di Bario berhubungan rapat dengan pihak gereja Sidang Injil Borneo (SIB) yang sedang cepat bertumbuh.  Hari ini, SIB adalah denominasi protestan yang terbesar di negara ini.  Namun sedemikian, pembangkitan rohani ini mempunyai asal-usul di tempat yang tidak dijangka.  Pada tahun 1973, sebelum Pembangkitan Rohani di Bario, suku Kelabit di Bario hidup sederhana di kawasan terpencil, terpisah dari masyarakat.

Solomon Bulan menulis di dalam bukunya ‘Pembangkitan Rohani di Bario’ , seseorang hanya perlu memahami keadaan rohani dan keserdehanaan orang di situ serta kawasan terpencil di mana mereka berada untuk memahami keluhuran Tuhan di dalam pembangkitan rohani ini.  Pembangkitan tersebut memang bermukjizat. 

 

Solomon Bulan dan buku yang ditulisnya tentang Pembangkitan Rohani di Bario. (ref: flickr)

 

Ia bermula dengan kebaktian biasa di antara ketua-ketua murid Inter-School Christian Fellowship (ISCF) dari Sekolah Menengah Kerajaan Bario pada bulan Oktober 1973.  Di kebaktian tersebut, di dalam suasana rohani yang tebal dan penuh jangkaan sesuatu akan berlaku, seorang budak lelaki yang dahulunya penakut dengan beraninya meluahkan perasaan hatinya dan memanjatkan doa pertaubatan.  Namun begitu, pergerakan Tuhan di hati mereka mula berkeluasan dari seluruh perhimpunan ke seluruh komuniti.

Artikel ini yang pertama daripada dua artikel mengenai Pembangkitan Rohani di Bario.  Kebanyakkannya adalah kesimpulan yang saya dapati dari buku yang ditulis oleh Solomon Bulan dan Lillian Bulan-Dorai.  Banyak lagi yang ditulis di dalam buku tersebut dan saya tidak meletakkannya di sini kerana tidak cukup ruang.  Saya mengalakkan para pembaca untuk mendapatkan buku tersebut.

Demi para pembaca yang tidak dapat memperolehi buku tersebut ataupun tidak mempunyai masa untuk membaca, artikel ini adalah mengenai latar belakang pembangkitan rohani tersebut (tempat yang berkaitan dan penduduk-penduduknya) dan permulaannya api pembangkitan.

 

Tempat yang Berkaitan

Lokasi tempat ini adalah 3500 kaki atas paras laut di timur utara Sarawak, Malaysia, Bario ( Dalam bahasa Kelabit, nama ini ialah penggabungan dua perkataan ba-a dan marariu yang bermaksud “paya berangin”).  Tempat ini dipercayai mempunyai bilangan kaum masyarat yang tertinggi di keseluruhan Pulau Borneo.  Tanah tingginya berbentuk seperti mangkuk dan dikelilingi cenuram yang berbatu-batan serta puncak batu kapur bergerigi, ada yang boleh mencapai 7500 kaki.  Ramai pegawai British yang melawat tempat ini membandingkan keindahan semulajadi dan keterpeliharaannya dengan Shangri-La yang terkenal.

 

Pemandangan di Seberang Pinggiran Bario (ref: borneoinsidersguide.com)

 

Kebanyakkan daripada tanah dataran di sini dipenuhi dengan ladang yang ditanam dan kampung-kampung yang tersebar dan berjarak kira-kira 2-4 kilometer antara satu sama yang lain.  Oleh kerana faktor ketinggiannya, jalan masuk ke lokasi ini bergantung kepada keadaan cuaca sehigga ke hari ini.  Pada musim hujan, lumpur yang tebal menyebabkan bahkan penggerak empat roda (4wd) sukar untuk memasuki tempat ini.

 

Sawah padi di Bario (ref: blogspot.com)

 

Seperti ditulis oleh pengarang buku ini, ” Kebanyakkan perkhidmatan yang terdapat di Bario pada hari ini baru-baru sahaja diperkenalkan.  Pusat Kesihatan di luar bandar telah dinaikkan taraf menjadi klinik kesihatan dan pusat pengakap di sempadan menjadi balai polis.  Oleh kerana tidak ada bekalan elektrik, sesetengah rumah dan perniagaan menggunakan penjana-penjana yang dijana oleh diesel atau petrol.  Kebanyakkan rumah masih menggunakan kayu api untuk memasak.

 

Penduduk-penduduk

Walaupun suku Kelabit kuat, tahan lasak dan pintar, mereka juga jenis yang lemah-lembut dan berkehidupan desa yang aman.  Sifat ketara mereka adalah mereka suka memberi layanan baik kepada tetamu-tetamu mereka dan kerap-kali membuat pengorbanan untuk mereka.

 

“Jika berjalan-jalan di sekitar Bario akan ternampak kerbau air sedang berehat di sawah padi, kanak-kanak kecil sedang bermain berdekatan dan petani-petani tengah membajak sawah. Pada waktu pagi, malam ataupun cuaca hujan, mereka akan duduk berehat mengerumuni kayu api. Tiba waktu malam pukul 9,  jikalau tidak ada acara istimewa, penduduk-penduduk kampung akan tidur dan seluruh tempat menjadi sunyi.” [“Pembangkitan Rohani di Bario“; mukasurat 27]

 

Suku kelabit memiliki kemahiran yang amat maju di dalam seni dan budaya.  Ramai yang melaporkan suku ini mempunyai minda yang maju.  Mereka adalah di antara pertama untuk menerima pendidikan dan perubahan yang datang di kalangan mereka, dan mereka berusaha untuk berpendidikan tinggi.  Ramai suku Kelabit kemudiaannya akan berpindah ke bandar.

 

Suku Kelabit Borneo (ref: flickr)

 

Solomon Bulan dan isterinya juga berkata bahawa suku Kelabit dan Lun Bawang mungkin ialah etnik yang paling terbuka dan menerima injil secara beramai-ramai di Sarawak.  Memandangkan suku Kelabit bertaburan dan tidak mempunyai penginjil tempatan, ia amat menakjubkan bagaimana mereka boleh menjadi orang Kristian dalam hanya beberapa tahun.  Ini mungkin adalah tanda rahmat Tuhan pada masa hadapan.

 

Injil di kalangan suku Kelabit

Injil diberitakan pada pertama kalinya oleh Misi Evangelikal Borneo (BEM) dan pada dekad pertama kebanyakkan kerja yang dilakukan adalah kerja penerokaan dan berkenalan dengan orang asli sebanyak mungkin.  Penginjil pertama kepada suku Kelabit adalah Frank Davidson.

 

Gereja SIB di Bario (ref: wordpress)

 

Pada tahun 1939, selepas lawatan yang singkat ke Tanah Tinggi Kelabit oleh Davidson dan seorang lagi penginjil,  C.Hudson Southwell, perubahan mula berlaku di penempatan utama Pa’Terap pada masa itu (sekarang digelar sebagai Pa’Lungan).  Tama Bulan, ketuanya yang berpengaruh dan berkuasa, berhenti menyembah roh dan minum keras dan menyuruh yang lain untuk menurut serta.  Pun Abi ialah orang Kelabit pertama yang berani membuat pengisytiharan sebagai langkah iman di dalam Tuhan. 

Pada tahun 1943, Aris Doemat, seorang penginjil dari Christian and Missionary Alliance (CMA) datang ke Pa’Terap dan penduduk-penduduknya menerima injil secara beramai-ramaian.  Pada pertengahan tahun 1940an, suku Kelabit telah dibebaskan daripada perhambaan kehidupan animistik.  Walaupun banyak cabaran bakal dihadapi, langkah-langkah progresif telah dilakukan di hati mereka serta kemajuan rohani dan pendidikan dan kesedaran tentang kesihatan akan memajukan kehidupan suku Kelabit.

 

Presiden Sukarno sedang memeriksa askar-askar sewaktu Konfrontasi pada tahun 1963. (ref: wordpress)

 

Paling menyedihkan ialah pergolakan yang berlaku seperti Pemberontakan Brunei dan konfrontasi oleh presiden Sokarno pada tahun 1963 akan mengakibatkan nomalisme di kalangan suku Kelabit.  Dalam situasi begitu akan Tuhan bergerak dengan penuh berkuasa di kalangan mereka dan pembangkitan rohani akan bermula.  Hanya dengan campur tangan Tuhan, mereka menyedari dosa, kekurangan, dan keadaan terdesak mereka untuk belas kasihan-Nya.

Seperti ditulis oleh pasangan Bulan dalam buku mereka, ” Angin kencang tidak dilepaskan tanpa perpaduan dalam pencarian pengudusan.”  Pembangkitan rohani berlaku kerana ketekunan mereka mencari dan menyerahkan diri kepada Tuhan serta pelayanan Peterus Octivianus memanggil orang di situ untuk bertaubat. 

 

Api Pembangkitan Rohani Tersebar

Pembangkitan rohani Bario berlaku secara tiba-tiba di kalangan sekumpulan orang muda, tetapi ia tersebar seperti api dan bermula dengan ibu bapa, seterusnya di antara komuniti dan kemudiannya ke komuniti-komuniti tempatan yang berlainan.    Ia selalunya diikuti dengan satu tanda yang sama; perasaan malu dan keadaan dosa mereka di hadapan Tuhan.  Ini menyebabkan mereka terdesak mencari Tuhan dalam pertaubatan, meminta belas kasihan, bukan saja untuk dosa mereka tetapi juga untuk kepura-puraan dalam keagamaan serta ikatan kepada tradisi-tradisi gereja. 

 

Rumah panjang Bario (ref: borneoinsidersguide.com)

 

Ramai orang dari gereja keinsafan dosa kerana kehilangan kasih pertama mereka di tengah-tengah masalah dan aktiviti-aktiviti gereja yang mereka mulakan dan itu telah mengalihkan perhatian mereka dari matlamat utama mereka: menginjil mereka yang belum diselamatkan.  Pada waktu pembangkitan rohani, Roh Kudus mengerakkan hati ramai untuk mengisytihatkan keadaan kerohanian mereka yang kosong dan mereka menyerahkan diri dan bergantung kepada Tuhan. 

Tetapi ramai yang bertaubat juga merasakan kasih dari Tuhan dan kelegaan pengampunaan dosa mereka.  Solomon mengenangi pada waktu kebaktian biasa di sekolah, ramai memberi kesaksian secara spontan di hadapan orang ramai tentang perbuatan Tuhan di dalam kehidupan mereka.  Mereka yang lain memberi kata-kata dorongan, menguatkan hati yang lain dengan firman Tuhan, bernubuat, ataupun berkongsi visi dari Tuhan.  Halangan yang sudah bertahun-tahun telah diruntuhkan.

 

Sebahagian daripada Sekolah Menengah Bario di mana pembangkitan rohani bermula (ref: wordpress)

 

Pada mulanya, sepertimana gerakan Roh Kudus pada hari ini, kelakuan yang seolah-olah tidak senonoh oleh mereka yang di bawah kuasa Roh Kudus telah membuatkan sesetengah pemimpin gereja dan komuniti berasa sangsi.  Ada yang tengah menyediakan bukti-bukti bahawa pembangkitan rohani yang berlaku adalah “kerja roh jahat” dan menyamakan ” jatuh tidak sedar selama berjam-jam” dengan kerasukan roh jahat ada’isung seperti diamalkan pada zaman dahulu.  Walaupun begitu, kebanyakkan mereka akan tersentuh oleh Roh Kudus dan menjadi pelayan-pelayan Tuhan yang giat bertahun-tahun selepas pembangkitan rohani tersebut. 

 

Pengerjaan Pengukuhan Tuhan untuk Pembangkitan Rohani

Pembangkitan rohani kemudiannya memberi makna dan penampilan illahi.  Ramai orang membuat perjalanan selama berjam-jam untuk menyertai kebaktian doa yang diadakan setiap malam,  mengharungi ketidakselesaan, dan adakalanya jadual seharian seperti kerja perladangan dan waktu sekolah juga terganggu.  Ramai yang lain menentang pembangkitan ini.

 

Mendiang Dato’ Sri Joseph Balan Seling (ref: blogspot)

 

Seorang lelaki, mendiang Dato’ Sri Joseph Balan Seling, akan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan pembangkitan, menulis dan menghantar surat kepada orang muda dan penganut-penganut baru untuk bekerjasama dengan para pemimpin, bertumbuh dalam kematangan, dan menjadi saksi-saksi Kristus melalui cara hidup, perkataan dan tingkah laku mereka.

 

“Kerana ketiadaan garis panduan praktikal, nasihat yang diberikan oleh Balan amat dihargai. Ia menjadi panduan kepada orang muda dan ramai yang telah dijamah oleh kuasa Roh Kudus.  Ia menjawab banyak persoalan yang timbul dari pengalaman-pengalaman yang baru itu.  Paling penting, ia menyeimbangkan situasi-situasi yang huru-hara.  Mereka selalu rindu dan berdoa supaya Roh Kudus bebas bergerak dan menyentuh setiap orang di semua gereja.  Surat-surat Balan telah memberi jaminan kebebasan ini.”  [“Pembangkitan Rohani“; mukasurat 105]

 

Pembangkitan Rohani Tersebar dengan Tanda dan Mukjizat

Pembangkitan Rohani di Bario seperti pencurahan Roh Kudus atas Gereja Awal di Kisah Para Rasul 2.  Banyak yang mengalami lawatan itu telah diubah dan membawa Berita Baik ke kawasan luar.  Banyak tanda dan mukjizat berlaku.

 

Ref: godgrace.us

 

Seorang perempuan telah dilepaskan dari roh jahat dengan cara yang sama seperti Markus 5.  Sekumpulan penginjil muda yang sesat di hutan mendapati dahan-dahan pokok yang dipegangi dinyalakan dengan api dan mereka dipimpin ke kampung berdekatan.  Bebola api muncul di langit malam di Ba’kelalan. 

Dalam kesemuanya, Pembangkitan Rohani Bario akan dimanifestasikan dalam empat ombak sewaktu tempoh 10 tahun dari tahun 1973-1984.

 

NOTE: The English article can be found at http://christianitymalaysia.com/wp/the-bario-revival-its-background-context-and-beginnings/

 

|Share The Good News|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


*