Outspread Conference | Anjuran BWCC untuk Gereja BM | Lifepoint, Subang Jaya | 27 -29 October

 

Untuk pertama kalinya, Breakthru’ Worship Community Church (BWCC) akan menganjurkan OUTSPREAD CONFERENCE (#BWCCOC2016) yang bertema-kan “PASSION“.

 

TEMPAT | Lifepoint, Subang Jaya 

ALAMAT | 14, Jalan SS 13/3a, Subang Jaya Industrial Estate, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan Malaysia

TARIKH | 27 – 29 Oktober, 2016

Untuk maklumat lanjut, sila mengunjungi laman di sini

 

Daftarlah di sini!

Daftar Awal | sehingga 1 Ogos 2016 | RM70/seorang

Daftar Awal seramai 5 Orang | sehingga 1 Ogos 2016 | RM65/seorang

Daftar Biasa | 2 Ogos – 20 Oktober 2016 | RM80/seorang

Daftar Walk-In | 27 Oktober 2016 sahaja | RM100/seorang

 

Objektif kami agar gereja saling memperlengkapi dan menguatkan antara satu sama lain dalam melaksanakan Amanat Tuhan untuk generasi kini dan yang akan datang.

Ianya terbuka kepada semua jemaat Tuhan khususnya para pastor, pemimpin dan pelayan gereja.

Harapan kami, semua sesi di dalam konferensi ini sedikit sebanyak akan dapat membantu menggerakkan gereja anda untuk bertumbuh maju bagi mencapai visi dan misi dalam kapasiti dan kualiti yang dituntut oleh Tuhan kita Yesus Kristus.

Jumpa anda di sana!

Hebahkan mengenai Outspread Conference 2016 ini di media sosial dengan hashtag #BWCCOC2016 , ya! Tuhan berkati.

Anda mempunyai apa-apa pertanyaan?

Sila email kepada kami di outspread@bwccministry.org atau hubungi kami di talian rasmi 011 2161 7054

 

SPEAKERS |

psperry

Pastor Perry adalah Lead Pastor untuk Breakthrough Worship Community Church Kuala Lumpur yang sekarang sudah mempunyai 2 cabang lain di Kota Kinabalu dan Shah Alam. Kerinduan beliau dalam pelayanan ialah dalam misi dan pembangunan gereja. Beliau percaya inti dari kedatangan Tuhan Yesus ke dunia bukan sahaja untuk membawa Keselamatan tetapi juga untuk membangun, membentuk dan mengembangkan umat-Nya melalui gereja. Maka, sebuah gereja itu harus menjadi role model yang terbaik bagi dunia.

 

pseddy

Pastor Eddy adalah seorang yang bukan hanya memiliki passion untuk memenangkan jiwa, tetapi juga memuridkannya dan terus membangun dan memperlengkapinya untuk menjadi produktif di bidang mereka masing-masing sesuai dengan panggilan Tuhan, dan akhirnya dapat menjadi berkat di manapun mereka berada, bahkan bagi bangsa-bangsa. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, Pastor Eddy telah memulai pelayanan mereka untuk mengembalakan jemaat Fresh Generation Community Church (FGCC) di Bandar Sunway, Subang Jaya.

 

pssam

Pastor Sam telah melayani sepenuh masa dalam pelayanan Kristian selama 29 tahun, melayani dalam Muda-Mudi, Pujian & Penyembahan dalam sidang BM dan kepimpinan gereja pastoral. Beliau pernah menjadi pensyarah di Kolej Damansara Utama (Pulau Pinang), dan pada masa yang sama juga beliau menjadi perintis Excel Point Community Church (EPCC). Memulakan pekerjaan dengan iman dengan hanya 3 orang jemaat pada tahun 1997, kini EPCC telah berkembang kepada lebih 1300 orang jemaat. Beliau menulis sebuah buku bertajuk “Found In Christ“ dan telah menulis 9 Buku Saat Teduh yang berasaskan Alkitab dan dua Buku Panduan Pemuridan.

 

psong-1Pastor Ong adalah seorang mission trainer yang banyak mengajar dan berkhotbah di dalam kem muda mudi dan gereja-gereja lokal. Beliau juga sering menjadi pensyarah undangan di sekolah-sekolah misi dan teologia sama ada di Malaysia mahupun di luar negara. Di awal pelayanannya lebih 30 tahun yang lalu, beliau menjangkau dan menjadi mentor kepada para pelajar Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak di Semenanjung Malaysia yang sehingga hari ini masih lagi dimuridkan olehnya. Kerinduan beliau adalah untuk memuridkan anak-anak muda dan juga mereka yang haus untuk mengenal Tuhan.

 

IMG_0776

 

| Share the Good News |

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


*