Mencari Kebebasan Sejati dalam Kehidupan dengan Kristus : Dr Benny Prasad

Dr Benny Prasad di FGA KL

 

Walaupun pada usia 39 tahun, Dr Benny Prasad telah menjalani kehidupan yang ramai di antara kita hanya dapat impikan.

Sebagai pemuzik, beliau telah mengembara ke semua 245 negara di dunia termasuk Antartika.  Dalam proses itu, beliau mencipta rekod dunia untuk lelaki terpantas yang pernah melawat semua negara.  Beliau telah membuat persembahan di hadapan ketua-ketua kerajaan dan depan orang ramai di acara besar seperti Piala Dunia FIFA tahun 2006 dan Permainan Olimpik 2004.  Sebagai pencipta, beliau terkenal dengan penciptaan gitar bongo pertama di dunia yang dikenali sebagai Bentar. 

 

Benny Prasad membuat persembahan dengan gitar Bentar III bongo, peralatan muzik yang dicipta olehnya.

 

Namun, sebelum semua kejayaan ini, pada usia 16 tahun, Benny hampir menamatkan hidupnya dengan keputusasaan dan kegagalan.  Hari ini, ketika melakukan perjalanan ke seluruh dunia, beliau berkongsi kepada orang ramai tentang rahmat dan kasih karunia Tuhan.  Sebenarnya, beliau adalah contoh hidup paling dekat pernah saya jumpai yang mencerminkan kuasa rahmat Tuhan.  Tidak lama dulu, Dr Benny Prasad berkongsi kesaksiannya di FGA KL dan mengenai peranan iman dalam hidupnya.

Dr Benny Prasad dilahirkan pada 6 Ogos 1975 di Bangalore, India kepada ibu bapa intelek dan dalam persekitaran yang kompetitif.  Dari usia awal, beliau dibesarkan dengan jangkaan yang besar dan dijangka menjadi contoh untuk adik-adiknya. 

 

Dr Benny Prasad berkhotbah di FGA KL.

 

Benny berkata, ‘Hari ini, saya mempunyai gelaran doktor, tetapi saya tidak pernah mahu menjadi doktor, dan sehingga hari ini saya tidak tahu di mana datangnya gelaran itu.  Ia semestinya dari Tuhan.  Bapa saya seorang saintis di Makmal Aeroangkasa Kebangsaan [firma  aeroangkasa kedua terbesar di India] dan dia mahu saya membesar dan menjadi seorang saintis sepertinya.  Tetapi saya berbeza daripadanya.  Bagaimanakah anda memberitahu ibu bapa tentang cinta anda terhadap muzik dan impian anda menjadi seorang pemuzik selepas semua jangkaan dan persediaan yang mereka melakukan untuk peranan saya dalam hidup?  Ia sukar. ‘

Beliau merasa terkekang oleh dinding harapan ibu bapa dan masyarakat, dan oleh kerana ibu bapanya tidak mahu menandatangani rekod sekolahnya, dia belajar bagaimana memalsukan tandatangan.  ‘Saya tidak mempunyai alasan kecuali untuk merasa terperangkap oleh semua jangkaan ini.  Saya mempunyai citarasa yang mendalam untuk muzik tetapi masyarakat dibina dengan cara yang tidak mempunyai masa depan untuk orang seperti ini.  Ini adalah apa yang dilakukan masyarakat kepada orang ramai.  Ia menjerat kita ke dalam acuan dan hidup kita mengikut dinding yang ditetapkan oleh perintahnya.  Asma teruk saya memburukkan lagi masalah.  Pada umur 16 tahun, saya cuba mengakhiri semuanya hanya untuk bebas. ‘ 

 

Ref : worldrecordacademy

 

Benny berkata bahawa perkara yang luar biasa tentang kuasa Tuhan adalah Dia mempunyai kuasa untuk mengambil kehidupan yang hancur dan mengubahnya menjadi yang luar biasa, bukan kerana siapa kita tetapi kerana siapa Dia.  Kehidupan saya seolah-olah akan berakhir dengan kegagalan.  tetapi kalau bukan kerana rahmat Kristus, saya tidak akan berada di mana saya berada pada hari ini, ‘katanya.  Di Alkitab, kita melihat bagaimana Tuhan menggunakan orang yang gagal dalam kehidupan dan membimbing mereka untuk kebesaran. 

Apabila Tuhan memanggil Musa, dia menjalani kehidupan sebagai seorang pelarian di padang pasir dan mungkin menjangkakan bahawa dia akan hidup sebegini sehingga dia mati.  Gideon adalah seorang lelaki yang malu dan tidak ada ciri-ciri pahlawan secara alamiah.  Daud adalah seorang budak gembala muda yang diabaikan oleh bapa dan abang-abangya sendiri.  Yesus memilih murid-muridnya daripada kalangan orang yang rendah hati seperti nelayan dan orang yang dipilaukan  masyarakat seperti pengutip cukai.  Bagi mereka, apa yang diperlukan adalah iman dan kepercayaan kepada Tuhan Maha Kuasa yang penuh dengan rahmat.

 

Ref : blogspot

 

Benny mengongsikan petikan dalam Alkitab untuk menggambarkan sifat iman.  Salah satu daripada kesaksian yang paling berkuasa dalam injil dijumpai di Markus 10:46-52.  Dalam petikan ini, kita membaca tentang penyembuhan seorang lelaki bernama Bartimeus dekat kota Yerikho.  Lelaki Ini seorang pengemis yang hanya memiliki jubahnya.  Apabila dia mendengar bahawa Yesus sudah dekat, dia menjerit kepada Yesus untuk penyembuhan.  Orang di sekelilingnya menyuruhnya diam, tetapi dia menjerit lebih kuat.  Apabila Yesus memanggilnya untuk mendekati-Nya, dia segera melemparkan jubahnya itu dan datang kepada Yesus. 

‘Pada masa itu, pengemis perlu mempunyai lesen untuk mengemis. Ia adalah kebiasaan untuk orang Yahudi memberikan sedekah, dan kalau seseorang ingin mengemis, dia harus disahkan oleh pihak berkuasa bahawa dia benar-benar mempunyai kecacatan.   Jubah itu adalah tanda pensijilan ini dan hanya jubah itulah yang dimilik Bartimeus.  Pelemparan jubah itu merupakan tanda jelas iman orang ini.  Walaupun menghadapi tekanan dari orang ramai di sekelilingnya, dia melemparkan semua yang ada untuk mengikuti Yesus,’ kata Benny.

 

Ref: artbible

 

‘Kerap kali kita membenarkan orang di sekitar kita memberitahu kita apa yang boleh kita lakukan dan apa yang tidak boleh kita lakukan.  Kita memandang tinggi prestij dan selebriti walaupun kita tidak mengenali mereka.  Kita membenarkan dunia konsumerisme memenjarakan kita.  Kita mesti memiliki alatan terbaru walaupun kita tidak memerlukannya, semata-mata kerana ia adalah yang terbaru dan paling mahal.  Ramai orang tidak boleh hidup hari ini tanpa kad kredit, tetapi saya mempunyai berita untuk anda.  Kita boleh hidup tanpa kad kredit kerana sepanjang sejarah manusia, orang memang hidup tanpanya.  Berhati-hati dengan perangkap ini, ‘kata Benny.

‘Apabila Tuhan memanggil saya untuk mengembara dunia untuk memberitakan tentang Dia, saya hidup dengan pendapatan yang kurang dan bagi minda manusia itu adalah mustahil.  Tetapi Tuhan Kita membuatkan yang mustahil menjadi tidak mustahil.  Saya memberitahu Tuhan bahawa saya mempunyai 4 syarat;  1.) bahawa saya tidak akan mengemis, 2.) bahawa saya tidak akan mencuri, 3.) bahawa saya tidak akan mengambil pinjaman bank, 4.) bahawa saya tidak akan menggunakan kad kredit.  Namun, pada akhirnya, Tuhan secara ajaib memenuhi keperluan saya dengan menghantar orang untuk memudahkan saya sepanjang perjalanan ini.’ 

 

Lawatan memecah rekod Benny Prasad di seluruh dunia.

 

‘Di negara-negara yang sukar untuk masuk, kerana pasport, masalah visa dan lain-lain,  Tuhan dengan ajaib menemukan saya dengan orang yang dapat memungkinkan saya memasuki negara-negara ini.  Dia telah membawa saya mengalami beberapa perkara yang tidak kerap dialami orang lain;  Budaya baru, persekitaran baru, makanan baru, dan sebagainya.  Di Antartika, melihat burung penguin di alam liar, satu pemikiran datang kepada saya;  Jika Tuhan boleh mengasihi dan menjaga burung-burung ini, tidak ada keraguan bahawa Dia juga akan mengasihi dan menjaga kita.

‘Di dalam apa jua cabaran, saya dapat merasakan bahawa Tuhan bersama-sama dengan saya.  Kedamaian benar tidak datang dari ketiadaan bahaya tetapi keberadaan di dalam hadirat Tuhan, ‘Benny berkata.  ‘Sejak mengenali Kristus, hidup saya telah dipenuhi dengan kebebasan yang jarang dan benar.   Kata-kata tidak dapat menggambarkan jenis perkongsian yang anda boleh mendapati dengan Tuhan ‘.  Terdapat banyak cerita tentang apa yang telah dilakukan Tuhan dalam kehidupan Benny, dan kesaksiannya amat berkuasa.  Melalui khotbahnya, kuasa Tuhan dalam mengubah kehidupan kegagalan ke dalam kehidupan kebebasan dan kemenangan sangat nyata seperti dikatakan Benny. 

 

Ref : visualnews

 

‘Jika saya boleh menjadi berguna, sesiapa sahaja di dunia ini pun boleh.  Jika impian saya boleh menjadi kenyataan, anda juga boleh.  Dosa dan malu saya telah dipertukarkan dengan kebenaran dan kehidupan baru oleh Tuhan Maha Kuasa supaya saya bebas. ‘Kata Benny.

Orang sering bertanya kepada saya bagaimana saya tahu bahawa suara yang memanggil saya pada usia 16 tahun adalah dari Tuhan dan bukan imaginasi saya.  Jawapannya sangat mudah.  Imaginasi saya mendorong saya untuk membunuh diri.  Ia memerlukan panggilan daripada Tuhan yang penuh kasih sayang dan rahmat untuk mengubah arah hidup saya. ‘

 

Nota: Artikel ini telah ditulis melalui  khotbah yang penulis mendengar dari Dr Benny Prasad.

 

|Beritakanlah Berita Baik|

Abigail Nijjar

NOTE: The English article can be found at http://christianitymalaysia.com/wp/finding-true-freedom-in-a-life-with-christ-dr-benny-prasad/

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


*