Mahukah saudara-saudari berbicara dengan Tuhan? – Pastor Joshua Low di Hosanna Praise Assembly, Kajang

Pastor Joshua Ong
Pastor Joshua Ong

 

Pada bulan Ogos haribulan 23, Pastor Joshua Low berkhutbah di Hosanna Praise Assembly di Kajang tentang pendengaran suara Tuhan.

 

Lihat, Aku (Yesus) berdiri di muka pintu dan mengetuk; jikalau ada orang yang mendengar suara-Ku dan membukakan pintu, Aku akan masuk mendapatkannya dan Aku makan bersama-sama dengan dia, dan ia bersama-sama dengan Aku. (Wahyu 3:20)

 

“Untuk Yesus datang ke dalam hidupmu, saudara-saudari mesti membuka pintu kerana Yesus mengetuk. Tetapi, janganlah kita melewati ayat yang berkata, ‘jikalau ada orang yang mendengar suara-Ku.’

“Sebelum kita membuka pintu, Yesus akan bersorak. Kadang-kadang, saya berjumpa dengan orang percaya yang sudah lama. Tetapi apabila saya memberitahunya saya boleh mendengar suara Tuhan, dia terkejut.

“Orang yang keras hatinya ada masalah dalam komunikasinya dengan Yesus. Komunikasinya sudah terputus. Maka, betapa kuat sorakan Yesus pun, dia tidak dapat mendengar Yesus,” Pastor Joshua berkata, lalu dia bercerita tentang Hana dalam alkitab.

 

Pastor Etmi, isteri pastor Joshua, yang juga berkhutbah
Pastor Etmi, isteri pastor Joshua, yang juga berkhutbah

 

Walaupun Hana dikasihi suaminya Elkana, Hana berasa susah hati kerana rahimnya sudah ditutup oleh Tuhan dan Penina, iaitu isteri suaminya yang lain, mempunyai anak. Maka, Hana mengunjungi rumah Tuhan dan berdoa kepada Tuhan dalam tangisannya. Dia bernazar dengan Tuhan bahawa jika Tuhan membuka rahimnya untuk melahirkan anak, Hana akan mempersembahkan anak pertamanya sebagai pelayan Tuhan.

“Kebanyakan ibu bapa berdoa kepada Tuhan, ‘Biar anak-anak saya menjadi doktor atau ahli bisnes supaya gaji mereka adalah banyak dan mereka boleh memberi saya sikit.’ Kita mahu anak-anak kita mendapat upah yang tinggi dan menjadi kaya.

“Tetapi anak pertama yang Hana kembalikan, Tuhan memberi Hana balik tiga anak lelaki dan dua anak perempuan. Hannah bagi Tuhan satu anak dan Tuhan bagi Hana lima anak,” Pastor Joshua berkata lalu mendorong orang-orang percaya untuk mengikuti teladan Hana. 

Anak pertama Hana ialah Samuel. Maka, Samuel diberi tugas oleh imam bernama Eli untuk melayani Tuhan di rumah Tuhan.

“Pada suatu hari, Tuhan mengajar Samuel sebagai hamba Tuhan: macam mana dia boleh mendengar suara Tuhan dengan jelas? Kadang-kadang kita tertanya, ‘Ini suara siapa? Suara saya, suara iblis atau suara Tuhan?’” Pastor Joshua berkata.

 

Orang percaya sedang memuji Tuhan dengan nyanyian lagu-lagu rohani
Orang percaya sedang memuji Tuhan dengan nyanyian lagu-lagu rohani

 

Ketika Samuel sedang tidur, Tuhan memanggilnya, “Samuel! Samuel!” (1 Sam 3:4) Tetapi Samuel tidak mengerti suara Tuhan dan berlari ke imam Eli. Samuel berkata dengan Eli, “Ya, bapa, bukankah bapa memanggil aku?” Eli berkata dengan Samuel, “Aku tidak memanggil. Tidurlah kembali.” (1 Sam 3:5)

Keadaan ini berlaku sebanyak tiga kali sebelum Eli mengerti bahawa Tuhanlah yang sedang memanggil Samuel. Pada kali ini, Eli berkata dengan Samuel, “Pergilah tidur dan apabila Dia memanggil engkau, katakanlah: Berbicaralah TUHAN, sebab hamba-Mu ini mendengar.” (1 Sam 3:9)

Maka, TUHAN datang dan memanggil Samuel seperti kali pertama hingga kali ketiga. Pada kali keempat sahaja, barulah Samuel sedar bahawa Tuhan sedang memanggilnya.

“Kamu masih online dengan Tuhan? Mungkin saudara-saudari berkata, ‘Pastor, saya sibuk.’ Tetapi Tuhan ada cara-Nya. Kalau kita hendak belajar bagaimana kita boleh online dengan Tuhan, kita boleh belajar dari Yesus,” Pastor Joshua berkata.

Sewaktu Yesus menjadi lebih terkenal daripada pemimpin-pemimpin agama di Jerusalem dan orang-orang Farisi, mereka dengki akan kejayaan Yesus. Maka, mereka selalu merancang untuk menurunkan Yesus.

“Tetapi kalau iblis mahu menyentuh kamu, dia mesti meminta izin daripada Tuhan. Mungkin Tuhan mengizinkan iblis untuk menyentuh badan kita dan memberi penyakit.

“Tetapi roh kita adalah milik Tuhan. Jadi, janganlah kamu berasa takut. Apa-apapun yang terjadi kepada badan kita, badan adalah sementara tetapi roh akan balik kepada Tuhan,” Pastor Joshua berkata.

Jadi, janganlah kita berasa takut kerana apabila kita mati dalam Yesus, kita juga akan bangkit dengan Yesus dalam badan yang baru.

“Maka, apabila Tuhan memanggil saya, saya mahu bersedia. Janganlah sewaktu Tuhan memanggil saya, saya sedang mabuk, tidak membuat apa-apa, atau hidup dalam dosa. Saya mahu sedia menampil Tuhan,” Pastor Joshua berkata.

 

Orang-orang percaya Tuhan yang sedang memuji Tuhan di Hosanna Praise Assembly, Kajang
Orang-orang percaya Tuhan yang sedang memuji Tuhan di Hosanna Praise Assembly, Kajang

 

Apabila kita berkomunikasi dengan Tuhan, iblis berasa sangat takut dengan kita. Ini adalah kerana komunikasi kita dengan Tuhan membawa kuasa.

 

“Aku (Yesus) berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan melakukan juga pekerjaan-pekerjaan yang Aku lakukan, bahkan pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar dari pada itu. Sebab Aku pergi kepada Bapa; dan apa juga yang kamu minta dalam nama-Ku, Aku akan melakukannya, supaya Bapa dipermuliakan di dalam Anak.” (Yohanes 14:12-13)

 

Kalau orang percaya ada firman Tuhan dan roh Tuhan di dalamnya, Tuhan akan menunaikan apa-apa yang kita meminta daripada-Nya. Ini adalah kerana kalau firman Tuhan berada di dalam isi hati kita dan kita memahami kehendak Tuhan disebabkan komunikasi kita dengan-Nya, kita tidak akan meminta sembarangan dari Tuhan. Tetapi permintaan kita akan menyenangkan hati Tuhan dan hati kita juga.

“Wah! Iblis sangat takut kerana selepas Tuhan menunaikan janji-Nya, kita akan lebih bersemangat. Tetapi iblis tidak mahu kamu menjadi lebih bersemangat. Iblis tidak mahu kamu setia. Dia mahu kamu berubah setia.

“Banyak orang Kristian berubah setia kerana mereka menghadapi masalah di dalam komunikasi mereka dengan Tuhan. Mungkin saudari berasa, ‘Sudah lama saya tidak mendengar suara Tuhan. Saya pun tidak tahu itu suara Tuhan ke tidak.’

“Jadi, saudari sudah menjadi binggung dan ragu-ragu akan kasih Tuhan. Sedangkan alkitab sudah berjanji bahawa kasih setia Tuhan baru setiap hari,” Pastor Joshua berkata.

 

Penyembah-penyembah Tuhan dalam nyanyian memuliakan Tuhan
Penyembah-penyembah Tuhan dalam nyanyian memuliakan Tuhan

 

Namun, terdapat orang-orang Kristian yang hanya mendengar suara Tuhan pada masa yang lapang iaitu pada hari Ahad sahaja. Tetapi pada hari-hari yang lain, mereka tidak mahu berkomunikasi dengan Tuhan.

“Sebenarnya, kasih Tuhan sedia ada setiap pagi dan kita boleh berkomunikasi dengan-Nya tiap-tiap pagi. Pagi-pagi, Tuhan sudah datang untuk mencari Adam. Bukan Adam yang mencari Tuhan.

“Tetapi Adam dan isterinya bersembunyi selepas mereka berdosa. Tuhan mencari mereka tetapi dua-dua bersembunyi sampai hari inilah, isu ini menjadi masalah pertama manusia.

“Kalau Tuhan datang melawat dan mengetuk pintumu, apakah yang perlu saudari buat? Kita perlu mendengar suara-Nya dahulu dan selepas itu, membuka pintu. Yesus memasuki hidup kita. Oh, itu persekutuan yang indah,” Pastor Joshua berkata.

Walaupun Yesus sibuk dalam pengajaran dan penyembuhan orang-orang, Dia tahu bila masanya untuk beristirehat (Markus 6:31) kerana Bapa-Nya di syurga bekerja enam hari dan beristirehat satu hari (Kejadian 2:2).

 

Lalu Yesus berkata kepada mereka: “Marilah ke tempat yang sunyi, supaya kita sendirian, dan beristirehatlah seketika!” Sebab memang begitu banyaknya orang yang datang dan yang pergi, sehingga makan pun mereka tidak sempat. (Markus 6:31)

 

“Yesus mengajar mereka, ‘Janganlah terlalu sibuk.’ Tetapi kita perlu pergi ke satu tempat untuk menenangkan dan merehatkan badan dan jiwa kita tanpa handphone kita.

“Hanya dalam posisi sedemikian seperti Samuel yang sedang beristirehat, kita boleh mendengar suara Tuhan dengan jelas,” Pastor Joshua berkata.

 

Pastor Joshua yang sedang berkhutbah
Pastor Joshua yang sedang berkhutbah

 

Namun, sesetengah orang Kristian mengutamakan perkerjaannya lebih daripada komunikasi dengan Tuhan. Mereka berkerja tiap-tiap hari tanpa rehat kerana mereka tergoda dengan upah yang tinggi dan juga perasaan yang hebat.

“Kalau bapa kita mahu kita berkerja, mungkin dia akan menggunakan rotan. Tetapi Tuhan kita baik dan sabar. Tuhan tidak akan menakutkan kita,” Pastor Joshua berkata.

Lebih-lebih lagi, Yesuya 40:31 mengatakan, “‘tetapi orang-orang yang menanti-nantikan TUHAN mendapat kekuatan baru: mereka seumpama burung helang yang naik terbang dengan kekuatan sayapnya; mereka berlari dan tidak menjadi lesu, mereka berjalan dan tidak menjadi lelah.”

Kadang-kadang, Tuhan bertanya, “Berapakah lama agaknya anak-anak Aku boleh menunggu?” Tuhan mahu menguji kesetiaan kita. Abraham menunggu 25 tahun sebelum rahim Sara dibuka oleh Tuhan. Tetapi Sara tidak sabar untuk menunggu untuk Tuhan. Yusuf di Mesir juga menunggu 13 tahun sebelum dia menjadi perdana menteri.

“Tak ada cepat-cepat, instant-instant punya. Semua instant bahaya, amen? Kamu makan instant mee, mati pun instant. Semua instant-instant, apa-apa yang tergesa-gesa ada akibatnya. Tuhan kita adalah panjang sabar. Jadi, kita mesti kuat dalam sifat itu.

“Tetapi manusia mahu cepat. Jadi, ini adalah satu pengajaran yang penting dalam hidup kita yang baru dalam Yesus,” Pastor Joshua berkata.

Mungkin bos kita menyuruh kita membuat sesuatu secara cepat tetapi tidak betul. Tetapi dalam keadaan ini, kita haruslah menenangkan fikiran kita dan berbicara dengan roh kudus Tuhan untuk cara-cara-Nya yang betul dan efektif.

“Sewaktu Tuhan datang dalam hidup kita, kita boleh mendengar suara Tuhan. Cara Tuhan adalah indah. Maka, kita haruslah pelihara jaringan komunikasi itu. Jangan sampai terputus.

“Jaringan itu tidak menggunakan bateri dan tidak memerlukan caj electrik. Jadi, kita caj dengan apa? Kita caj dengan doa. Tuhan pasti akan berbicara dengan kita apabila kita mahu berbicara dengan-Nya,” Pastor Joshua berkata.

 

P1000386

 

Selepas pastor Joshua berkhutbah, Pastor Daniel menampil ke hadapan untuk berkongsi tentang kesaksiannya. Sebagai orang percaya dari gereja Methodist yang konservatif dan tradisional, dia menganggap Tuhan hanya akan berkomunikasi dengan kita menerusi perkataan-perkataan dalam alkitab sahaja.

Tetapi pada tahun 2007, roh Tuhan berbicara dengan roh Pastor Daniel dengan suara yang jelas. Pastor Daniel menerima satu perintah dari Tuhan untuk membina satu gereja di Sulawesi, Indonesia. Pendeta gereja tersebut sudah mengalami kebakaran gerejanya sebanyak tiga kali. Pada kali keempat ini, pendeta gereja ini diberikan sebidang tanah. Tetapi dia tidak mempunyai kewangan untuk membina gereja.

“Saya pun pergi ke Sulawesi untuk melihat tanah tersebut dan membuat rancangan pembangunan. Saya mempunyai iman bahawa Tuhan pasi akan menyelesaikan urusan kewangan.

“Maka, saya membuat satu perjanjian bisnes dengan Tuhan. Tuhan akan menyumbangkan wang dan saya menyumbangkan tenaga. Namun, saya tidak akan meminta siapa-siapa untuk menyumbangkan kewangan. Tuhanlah yang bertanggungjawab dalam urusan kewangan,” Pastor Daniel berkata.

Pastor Daniel mula membina modal kecil pembinaan gereja. Apabila orang-orang datang dan melihat modal tersebut, mereka menyumbang wang tanpa diminta oleh Pastor Daniel kepadanya. Maka, Pastor Daniel pun membina dan membangunkan gereja tersebut dengan anak-anak muda di Sulawesi yang menyenangkan hatinya.

“Saya nampak ibu-bapa mereka bekerja di sawah padi. Tetapi anak-anak kecil mereka dibiarkan keseorangan di sekeliling sawah tersebut.

“Ada anak-anak yang termenung di batu, termenung di bukit, dan termenung di semak-samun. Mereka tidak tahu apa yang mereka sedang buat. Hati saya berasa sangat berat untuk mereka,” Pastor Daniel berkata.

 

Pastor Joshua Ong (sebelah kiri) dengan Pastor Daniel
Pastor Joshua Ong (sebelah kiri) dengan Pastor Daniel

 

Tetapi apa yang menyenangkan hatinya ialah iman mereka yang kuat terhadap Tuhan. Walaupun mereka masih kecil dan mentah, mereka boleh berdoa seperti orang dewasa.

Apabila Pastor Daniel sudah menyelesaikan tugasnya untuk membina gereja dan membeli tiket penerbangan untuk pulang ke Malaysia, dia mendengar suara Tuhan yang jelas sekali lagi.

“Tuan Yesus suruh saya pergi ke Jakarta kali ini pada pukul tiga. Roh kudus-Nya berbicara dengan saya. Tetapi saya belum membeli tiket penerbangan.

“Saya pun telefon sini dan telefon sana, dan saya mendapat tiket. Saya belum mandi dan belum makan. Tetapi saya cepat-cepat pergi ke lapangan terbang dan berlari ke pesawat,” Pastor Daniel berkata.

Dalam pesawat, roh Tuhan berbicara dengan Pastor Daniel dan berkata, “Kamu tidak pergi ke sana untuk membina gereja fizikal. Tetapi kami pergi ke sana untuk membina gereja rohani Aku – bukan gereja batu-bata tetapi gereja berasaskan roh kudus.”

Di Jakarta, Pastor Daniel membina satu gereja rohani dengan menyatukan orang-orang percaya dari gereja-gereja berbeza untuk bersekutu dalam doa. Pastor Daniel berkata hanya disebabkan bantuan dan kata-kata Yesus kepadanya, dia boleh melaksanakan tugasnya. Dia berkongsi tentang Daniel 11:32 yang mengatakan, “tetapi umat yang mengenal Tuhan-Nya akan tetap kuat dan tetap bertindak.”

 

Pastor Daniel sedang berkhutbah tentang kesaksiannya mendengar suara Tuhan
Pastor Daniel sedang berkhutbah tentang kesaksiannya mendengar suara Tuhan

 

Pastor Etmi menyambung kesaksian Pastor Daniel dan mengatakan, “Kalau hati saudari tidak mendengar suara Tuhan, jangan mengeraskan hati saudari hari ini. Kalau saudara-saudari sudah biasa mengeraskan hati, Tuhan tidak mahu berbicara lagi.

“Hati kita sudah menjadi seperit isteri Lot, iaitu menjadi batu. Tetapi janganlah menjadi batu. Itu adalah peringatan supaya kita jangan mengeraskan hati kita.”

Janganlah kita seperti Simson yang tidak tahu apabila Tuhan sudah meninggalkannya. Walaupun Tuhan sudah berjanji tidak akan meninggalkan kita, tetapi janganlah kita melengahkan komunikasi kita dengan Tuhan sampai kita ragu-ragu akan penyertaan Tuhan dalam hidup kita.

“Simson ingat semasa dia membuat dosa, Tuhan masih dengannya. Janganlah sampai orang percaya tidak tahu adakah Tuhan bicara atau tidak bicara dengannya. Kita haruslah sensitif dengan suara Bapa kita di syurga,” pastor Etmi berkata.

Maka, pastor Etmi berdoa dengan orang-orang percaya di Hosanna Praise Assembly, Kajang, “Bapa di Syurga, terima kasih. Kita mahu jadikan hati kita seperti tanah yang subur dan lembut – tanah yang menghasilkan ketika benih firman jatuh ke dalam hati kita. Kita mahu mendengar suara-Mu, Tuhan! Engkaulah segala-gala-Nya bagi kita.” 

Mahukah saudara-saudari berbicara dengan Tuhan pada hari ini? Tuhan Yesus sedang berdiri di pintu hati saudara-saudari sekarang. Kalau saudara-saudari mahu berkomunikasi dengan Tuhan dan mendengar suara-Nya, pasti Tuhan akan berbicara dengan kamu. Jangan takut. Engkau ialah anak Bapamu di Syurga! Dia pasti akan mahu berkomunikasi dengan engkau kalau engkau mahu berkomunikasi dengan-Nya.

 

Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku. Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa. Bapa dan Aku satu.” (Yohanes 10:27-30)

 

Pastor Etmi yang sedang memberi pujian kepada Tuhan dalam doanya
Pastor Etmi yang sedang memberi pujian kepada Tuhan dalam doanya

| Share the Good News |

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


*