Pembebasan dan Pelepasan dari Genggaman Neraka ke Terang Tuhan – Rev Augustine dari All Malaysian Revival Conference (AMRC)

Reverend Augustine Saang
Reverend Augustine Saang

 

“Pada malam ini, Tuhan mahu melakukan beberapa hal. Pertama, saya mahu bertanya, ‘Siapa antara kamu di sini, siapa mahu miskin dalam hidup?’ Cuba angkat tangan.

“Orang yang miskin, orang yang muflis, angkat tangan. Cuba angkat tangan untuk orang yang kelaparan dan kebuluran. Cuba angkat tangan. Tiada yang mahu angkat tangan.”

“Siapa yang mahu diberkati pada malam ini? Angkat tangan! Hallelujah! Terima kasih dan beri kemuliaan kepada Tuhan!” Reverend Augustine Saang berkata dalam malam terakhir di All Malaysian Revival Conference (AMRC) di Kota Kinabalu Sabah dari 29 haribulan Mei hingga 1 haribulan Jun.

Lebih daripada 10,000 penganut Kristian dari Sabah dan juga negeri-negeri di Malaysia, datang untuk merasakan hadirat Roh Kudus Tuhan dan mendengar firman Tuhan dari Reverend Augustine. Tajuk yang disampaikan ialah Pembebasan dan Pelepasan.

 

Penganut-penganut Kristian
Penganut-penganut Kristian

 

“Pada malam ini, saya mahu berdoa agar saudara akan dilepaskan dari kemiskinan, kemuflisan, dan kelaparan. Mahu? Mahu? Mahu? Kita dikatakan bumiputera iaitu keturunan miskin,” Reverend Augustine berkata.

Tetapi Tuhan iaitu pencipta bumi dan alam semesta memiliki segala intan permata, gunung-gunung, haiwan-haiwan, dan pohon-pohon. Sebagai Bapa kita di syurga, Dia mahu memberkati kita dengan kekayaan.

“Tahun ini adalah tahun berkat dan penebusan. Malam ini, Tuhan akan memberi satu penebusan dalam kewangan kamu. Tetapi Dia ada cara-Nya untuk saudara dan saya untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan kewangan.

“Pertamanya, kita mesti bertaubat dari segala dosa dan kejahatan supaya saudara dan saya boleh keluar daripada kutuk kemiskinan,” Reverend Augustine berkata.

Sebagai pemuda yang miskin, Reverend memperingati masa dia kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Berjalan kaki ayam ke sekolah, Reverend bergantung dengan tanaman sawah padi bukit, buruan haiwan di hutan, dan juga tangkapan ikan di sungai sebagai makanan. Baju sekolahnya dipakai untuk segala aktiviti dalam hidupnya kerana kemiskinannya.

“Saya ada satu baju tshirt sekolah, GPS Telupid dengan gambar helang di belakang. Saya cuci baju itu di sungai tetapi ia jatuh dan hanyut. Saya menangis! Saya turn ke dalam sungai untuk mencari dan berdoa kepada Tuhan untuk bagi balik tshirt saya tetapi tshirt itu tidak kembali,” Reverend Augustine berkata.

 

Pemuda-pemudi Kristian yang hadir pada malam kebangunan rohani semula
Pemuda-pemudi Kristian yang hadir pada malam kebangunan rohani semula AMRC

 

Pada suatu hari, ayah Reverend Augustine meninggalkanya di sekolah dan sejak hari itu, Reverend Augustine terpaksa mencari wang untuk membayar tambang sekolahnya. Pada masa itu, makanan sehariannya hanya ialah nasi, maggi, dan sardin.

“Saya sangat miskin tetapi saya berusaha. Saya dapat menamatkan sekolah menengah saya dan melanjutkan pelajaran saya di kolej dan universiti. Saya juga berkesempatan untuk pergi ke seluruh dunia,” Reverend Augustine berkata.

Pada tahun 1981, Reverend Augustine melanjutkan pelajarannnya sebagai peguam di London. Cita-cita semasa Reverend muda ialah untuk menjadi seorang datuk dan peguam. Oleh itu, dia bekerja dengan kerajaan lebih daripada sepuluh tahun, dengan harapan kerjayanya akan membantu dia menjadi satu ahli politik yang berjaya.

Tetapi pada tahun 1993, Reverend Augustine bertemu dengan Tuhan dalam satu malam kebangunan rohani semula seperti malam itu. Pada hari itu, seramai 300 orang berkumpul untuk mendengar khutbah dari satu pendeta dari Australia.

 

Penyanyi-penyanyi untuk Tuhan
Penyanyi-penyanyi untuk Tuhan

 

Pada malam pertama, Reverend Augustine tampil ke depan untuk didoakan. Walaupun semua orang di sebelahnya mengalami kuasa Roh Kudus lalu jatuh, hanya Reverend Augustine berdiri tegak. Ini berlaku pada malam kedua juga dan dengan semangat yang patah, Reverend Augustine memutuskan untuk tidak hadir pada malam kebangunan rohani yang ketiga. Tetapi pada malam keempat, Reverend Augustine membuat keputusan untuk pergi.

“Kali ini, pendeta yang berasal dari Australia memanggil semua orang untuk maju ke depan. Selepas itu, pendeta tersebut bernubuat untuk saya. Sebenarnya, Tuhan sedang panggil saya. Dia berkata, ‘Sebelum kamu dilahirkan, saya sudah mengenai kamu.’ (Yeremia 1:5)

“Saya buka mata dan bertanya dengan diri saya sendiri, ‘Bagaimana pendeta Australia ini mengenali saya?’ Sebenarnya, itulah Roh Kudus yang sedang memanggil saya keluar dari kegelapan, keluar dari dunia, keluar dari pekerjaan kedagingan, keluar dari dosa, keluar dari neraka, dan memasuki terang Tuhan.

“Apabila pendeta itu berdoa untuk saya, pada malam itu, saya merasakan sesuatu kali ini. Tetapi saya melawan! Badan saya sudah bengkok ke belakang tetapi saya memaksa untuk menegakkan badan saya lagi. Tetapi akhirnya, kuasa Tuhan turun atas saya lalu saya jatuh terbaring di atas lantai,” kata Reverend Augustine.

 

Pertunjukan hebat di pentas
Pertunjukan hebat di pentas

 

“Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.” (Yeremia 1:5)

 

Dia didoakan selama lima belas minit lagi dan selepas dia bangkit, Reverend Augustine berasa sangat ringan. Tiba-tiba, dia mempunyai kehausan untuk membaca firman Tuhan dan mencari semula buku alkitab yang dia telah beli sepuluh tahun lalu.

“Sebelum ini, saya hanya pergi ke gereja satu kali setiap tahun dan itu untuk perayaan Krismas sahaja. Semasa saya pergi gereja, saya sudah mabuk,” Reverend Augustine berkata.

Pada masa itu, dia hanya akan berdiri di luar gereja yang sudah penuh sesak dan menunggu perayaan tersebut untuk berakhir supaya dia boleh kembali ke rumah untuk menghabiskan botol-botol minuman arak.

“Tetapi pada malam 1993 itu, Roh Kudus mengingatkan saya tentang kebenaran dan penghakiman. Tuhan mula berbicara dengan saya, ‘Saya memanggil kamu. Saya mahu kamu membuat sesuatu, bukan sebagai seorang YB (atau ahli politik).’

“YB hanya boleh berkhidmat untuk satu daerah selama lima tahun tetapi Tuhan berkata kepada saya, ‘Saya mahu kamu menjadi YB untuk Saya selama-lamanya, iaitu menjadi pelayan Tuhan dan pergi ke seluruh dunia untuk penginjilan,” Rev Augustine berkata.

 

Penari-penari dalam satu pertunjukan pada malam terakhir AMRC
Penari-penari dalam satu pertunjukan pada malam terakhir AMRC

 

Tuhan mengatakan bahawa ramai orang dari kaum Kadazan akan pergi ke neraka. Tetapi Rev Augustine hairan kerana kaum Kadazan adalah orang yang baik-baik. Maka, Tuhan menunjukkan firmannya dalam Galatia 5:19-21.

 

Perbuatan daging telah nyata, yaitu: percabulan, kecemaran, hawa nafsu, penyembahan berhala, sihir, perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah, kedengkian, kemabukan, pesta pora dan sebagainya. Terhadap semuannya itu kuperingatkan kamu – seperti yang telah kubuat dahulu – bahwa barangsiapa melakukan hal-hal yang demikian, ia tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Tuhan. (Gal 5:19-21)

 

Reverend Augustine berasa terperanjat apabila dia membaca firman ini kerana dia mendapati bahawa pemabuk-pemabuk tidak akan masuk Kerajaan Tuhan. Seluruh keluarganya adalah pemabuk dan lebih daripada 99 peratus daripada kaum Kadazan juga adalah pemabuk.

Tuhan juga mengatakan bahawa ramai di kalangan puak Kadazan adalah Kristian tetapi mereka tetap mengamalkan sihir atau penyembahan berhala. Mereka tetap berjumpa dengan dukun untuk menyelesaikan masalah hidup dan berubat.

“Saya berasa takut kerana saya juga berjumpa dengan dukun untuk meminta ubat di Tanjung Aru. Saya mendapati itu adalah dosa,” kata Reverend Augustine.

Semua gajinya juga digunakan untuk berjudi dan akhirnya, Reverend Augustine mengalami kemiskinan dan kekurangan.

“Saudara yang di dalam Yesus, bertaubat dari semua ini! Tapi sekarang, saya mahu bagi saudara perlepasan dari krisis ekonomi. Dalam Maleakhi 3:8-9, kami kena kutuk kerana kami tidak memberi persembahan, persepuluhan dan persembahan khusus!

 

Reverend Augustine Saang
Reverend Augustine Saang

 

Bolehkah manusia menipu Tuhan? Namun kamu menipu Aku. Tetapi kamu berkata: “Dengan cara bagaimanakah kami menipu Engkau?” Mengenai persembahan, persepuluhan dan persembahan khusus! Kamu telah kena kutuk, tetapi kamu masih menipu Aku, ya kamu seluruh bangsa! (Maleakhi 3:8-9).

 

“Apabila kita di dalam kutuk, kita bukan sahaja miskin, bukan sahaja mundur, bukan sahaja sakit, bukan sahaja muflis, bukan sahaja mandul, tetapi huru-hara dan gelap – kanser dan sakit-penyakit,” Reverend Augustine berkata berdasarkan firman Tuhan dalam Ulangan 28:15-45.

Bagaimanakah orang Kristian keluar daripada kutuk ini? Kita mesti taat kepada Tuhan dan percaya kepada-Nya. Kita mesti bertaubat dari dosa-dosa kita dan mengampuni orang lain.

“Banyak orang Kristian pergi neraka bukan kerana mereka membunuh, bukan kerana mencuri, bukan kerana berzina – tetapi iri hati, benci, tidak mengampuni, balas dendam, cakap belakang, dan tikam dari belakang. Semua orang yang tidak bertaubat dari perbuatan ini akan pergi ke neraka,” Reverend Augustine berkata.

Kembali kepada topik mengenai berkat Tuhan, Reverend Augustine berkata bahawa menurut Maleakhi 3:10, firman Tuhan mengatakan, ‘Bawalah seluruh persembahan dan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan, supaya ada persediaan makanan di rumah-Ku dan ujilah Aku, firman TUHAN semesta alam, apakah Aku tidak membukakan bagimu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan.”

Pada tahun 1993, Tuhan memanggil Reverend Augustine untuk melayani dia sebagai seorang pendeta sepenuh masanya. Oleh itu, pada tahun 1995, dia meninggalkan perkerjaan kerajaannya untuk menjadi seorang pendeta. Walaupun gerejanya menawarkan gaji, gaji tersebut tetap kurang daripada pekerjaan kerajaannya.

“Saya ada enam anak dan saya berkata kepada Tuhan, ‘Bagaimana saya menyara anak-anak saya dan menghantar mereka ke sekolah?’ Saya berkata, ‘Saya dilatih sebagai seorang peguam. Bolehkah saya bekerja sebagai peguam?’” Reverend Augustine berbicara dengan Tuhan.

 

Penganut-penganut Kristian menyembahi Tuhan dengan nyanyian
Penganut-penganut Kristian menyembahi Tuhan dengan nyanyian

 

Dia mengubahsuai sebuah bilik peguam yang mahal, tetapi dia mendapati bahawa dia tidak ada masa langsung untuk pekerjaannya sebagai peguam kerana dia sering berkongsi penginjilan di kampung-kampung dan hutan-hutan. Maka, dia bertanya kepada Tuhan tentang cara dia boleh melayani Tuhan sepenuh masa sebagai pendeta dan juga mencari sumber kewangan untuk menyara keluarganya.

“Tuhan tanya saya kembali apakah perkerjaan ibu bapa saya. Saya berkata, ‘Peladang.’ Tuhan berkata, “Jadilah peladang.” Saya kata dengan diriku, ‘Wah! Saya sudah belajar bertahun-tahun dan sekarang Kamu panggil saya jadi peladang?’ Tetapi saya mengikuti Tuhan dan taat kepada-Nya,” Reverend Augustine berkata.

Dia tidak mendapat apa-apa gaji dari gereja kerana dia beriman untuk Tuhan dan percaya Tuhan akan membantu dia untuk mendapati kewangan. Reverend Augustine mula menanam pokok kelapa sawit dan memberi hasil pertamanya sebanyak RM200 sebagai pemberian kemuliaan kepada Tuhan.

Sejak hari itu, Reverend Augustine taat dalam memberi sepuluh peratus daripada penjualan hasilnya kepada Tuhan setiap bulan dan bukan itu sahaja, dia juga memberi pemberian khusus kepada pelawat-pelawat yang berkhotbah dalam gerejanya dan orang yang miskin.

“Tuan berkata, ‘Kamu sangat setia. Saya bagi kamu lebih banyak lagi.’ Mungkin antara kamu ialah peladang kelapa sawit. Sebenarnya banyak wang dipakai dalam ladang kelapa sawit. Kamu hanya akan dapat hasil selepas lima hingga enam tahun, malah hasilnya sedikit sahaja.

“Setiap bulan, saya bagi sepuluh peratus daripada hasil jualan kepada Tuhan dan Tuhan memberkati saya dan keluarga saya. Saya tidak pernah kekurangan apa-apa pun dan saya boleh melawat seluruh dunia! Beri kemuliaan kepada Tuhan!

“Tuhan tanya saya, ‘Adakah kamu mahu lebih banyak lagi?’ Saya kata, ‘Tak mahu, nanti saya tamak dan menyembah mamon.’ Kalau kamu taat, Tuhan pasti akan memberkati kamu!… Beri kepada Tuhan dan Tuhan akan bagi kamu 60 lipat, 100 lipat, dan 150 lipat!” Reverend Augstine berkata.

 

Pertunjukan hebat pada malam terakhir AMRC
Pertunjukan hebat pada malam terakhir AMRC

 

Pada hari ini, Reverend Augustine berupaya untuk menghantar semua anak-anaknya ke sekolah. Antara enam anaknya, dua sudah berkahwin dan Reverend Augustine diberkati dengan enam cucu. Hanya ada satu cara untuk dilepaskan daripada kutukan kemiskinan, dan itu ialah menabur dan memberi kepada Tuhan. (2 Korintus 9:6-7)

 

Camkanlah ini: Orang yang menabur sedikit, akan menuai sedikit juga, dan orang yang menabur banyak, akan menuai banyak juga. Hendaklah masing-masing memberikan menurut kerelaan hatinya, jangan sedih hati atau karena paksaan, sebab Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan sukacita. (2 Korintus 9:6-7)

 

Untuk persidangan AMRC ini, Reverend Augustine berkongsi tentang penaburannya yang melebihi jangkaannya sebanyak dua kali ganda. Namun, dia tidak takut atau risau kerana Tuhan sudah memberkati kewangannya.

“Ampuni saya sekiranya saya bermegah. Tetapi di kalangan gereja, saya mungkin adalah salah satu pendeta yang tidak pernah meminta atau mendapat apa-apa dari gereja saya untuk menyara anak-anak saya.

“Saya meminta dari Tuhan secara langsung untuk menyara anak-anak saya untuk pergi sekolah dan membuat pelayanan untuk Tuhan di dalam dan di luar Sabah.

“Adakah kamu mahu diberkati? Berilah kepada Tuhan! Berilah yang terbaik, berdasarkan kerelaan hati,” kata Reverend Augustine Saang.

 

Orang-orang yang hadir di AMRC pada malam terakhir
Orang-orang yang hadir di AMRC pada malam terakhir

 

Malam itu berakhir dengan ramai pemuda-pemudi datang ke depan untuk didoakan. Ramai mengalami pembebasan dan perlepasan dari penindasan dan perhambaan oleh roh kegelapan, disebabkan kuasa Roh Kudus Tuhan yang hebat dalam persidangan malam itu. Beri semua kemuliaan kepada Tuhan!

 

| Share the Good News |

Nota: Gambar- gambar di atas diambil oleh Yesudas Snalthan

2 Comments

  1. Saya sangat diberkati dgn kesaksian Rev Augustine. Tuhan memberkati Rev dgn limpahnya spya lebih ramai lagi yg diberkati melalui pelayanan Rev.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


*