Charles Albert: Pegawai Polis dan Pendeta Berkhidmat Bersih, Cekap, dan Amanah

 

Kota Kinabalu: Selama 17 tahun sarjan Charles Albert berkhidmat untuk dua kerajaan – sebagai pegawai Polis Diraja Malaysia yang bersenjata dan seorang penatua gereja yang disahkan.

Dia menjalankan rondaan jalan raya di bandaraya ibu kota  menguatkuasakan undang-undang Kerajaan Malaysia (duniawi) sambil melaksanakan kewajiban rohani berdoa ke atas jiwa-jiwa untuk kerajaan syurgawi – ditakuti unsur-unsur jahat, dan dihormati masyarakat yang ingin mendaulatkan undang-undang negara.

Bagi Charles, 55, perkhidmatan berlapisnya dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.

“Saya dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk melayani Tuhan Yesus Kristus. Apa sahaja saya lakukan saya yakin saya melayani Tuhan jadi saya tiada masalah,” ujarnya bila ditanya bagaimana beliau menjalani kewajiban syurgawi/duniawi itu.

“Setahu saya tidak ada pegawai polis lain dalam negara yang juga penatua gereja dan mengembalakan.”

 

Sarjan Charles Albert

 

Sebenarnya, selepas diselamatkan oleh Yesus dari kuasa Setan dalam tahun 1995 dia ingin meletakkan jawatan dan melayani Tuhan sepenuh masa.

“Tetapi Pendeta saya, Phillip Lyn menasihati terus berkhidmat dalam PDRM agar Tuhan dapat memakai saya demi kemuliaanNya.

Selepas doanya saya menerima kekuatan baharu rohani untuk berkhidmat kepada Tuhan sebagai anggota polis.”

Tepat pada nasihat Pendeta, Charles terus mengharumkan nama Yesus sebagai seorang pendeta dalam kuasa kepolisannya.

Pegawai atasan juga pernah menyerahkan kes tertuduh yang memerlukan bimbingan kaunseling dalam kasih Tuhan.

 

Pendeta Charles Albert (tengah barisan hadapan) bersama para pegawai gereja (deacons) dan isteri masing-masing.

 

“Kalau dia seorang Kristian dia dinasihatkan supaya mentaati ajaran Alkitab untuk bertindak jujur dan mengaku sahaja perbuatan jenayah itu dalam Mahkamah dan menjalani hukuman setimpal,” katanya.

Kesaksian Charles, Tuhan menjamah dia dalam keadaan luar biasa pada 9hb September 1995 di Sidang Injil Borneo (SIB) Inggeris, Likas dekat sini.

Jam 10 pagi pada hari tersebut, Phillip  berkhutbah mengenai ciri-ciri menjadi anak-anak yang dewasa dalam Tuhan.

“Sebelum pencetusan tersebut terjadi suatu dorongan kuat dalam diriku membawa saya ke gereja itu. Saya amat sangat mengharapkan sesuatu pekerjaan yang besar akan Tuhan lakukan dalam diri dan memuaskan keinginan saya untuk dipakai Tuhan.

Saya yang terakhir menampil kehadapan untuk didoa. Selepas sahaja kuasa kasih Illahi dicurahkan ke atasnya, “saya menanggis tidak berhenti dari 10 pagi hinggalah 2 petang keesokan hari.

Dalam gereja juga  Phillip dan seluruh gereja turut  menanggis.”

Katanya akhirnya khutbah itu membebaskanya dari penipuan Iblis, dimana sebenarnya kuasa seorang Kristian hanya  selepas orang lamanya disalibkan secara iman dengan Yesus di kematianNya 2000 tahun lalu dan dibangkitan semula dalam hidup illahi yang baharu dalam kuasa Roh Kudus mengatasi  dosa dan maut.

Charles sekarang gembala kanan gereja SIB Putatan Ministry Service yang mempunyai hampir 200 jemaat. Beliau dibantu oleh isterinya Binika, 55, mereka dikurniakan tiga orang anak bersama empat orang cucu.

 

Pendeta Charles Albert di SIB Putatan Ministry Center (PMC).

 

Beliau bersara dari PDRM  1hb Julai tahun ini 2017, selepas berkhidmat 37 tahun sejak dari permulaan bertugas di Sabah pada usia 18 tahun, dan telah dibesarkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Asal usulnya seorang yang beribadah digereja Katolik yang terkenal St Anne Bukit Mertajam, Pulau Pinang keinginannya untuk menjadi paderi dan pernah menganggotai dunia gelap Simpang Berapit.

Namanya dicap ketakutan di kalangan penjenayah.Sewaktu ditugaskan di Unit Kongsi gelap/Judi/Maksiat dan seketika waktu di D6 Soal Desak di Ibu Kontinjen Polis Kepayan tahun 90an dia dan rakan polis ada menyelesaikan satu kes suami tempatan membunuh lelaki disyaki kekasih isterinya. Suami dihukum gantung tetapi difahamkan hukumannya diubah ke penjara seumur hidup selepas rayuan dan  sekarang dia bebas.

Charles juga dianugerahi kefahaman yang tajam dalam Alkitab. Dia dan Binika dipenuhi kuasa Roh Kudus dalam pelayanan kasih dan juga dengan kuasa pengikut Yesus mengusir setan dan penyembuh segala penyakit, memberi nubuat sebagainya.

 

Pendeta Charles Albert di sebuah perayaan baru-baru ini (ulang tahun ke-17 gereja dan hari jadi ke-55 untuk pendeta Albert).

 

Charles juga bekas ahli sukan karate yang pernah mewakili PDRM Sabah di pertandingan negara memenangi gangsa bagi negeri Sabah. Dia masih giat berjogging dan patuhi disiplin puasa yang diwajibkan pengikut Yesus, supaya akhirnya tidak kehilangan kelayakan dalam perlumbahan iman ini.

Seperti yang tertulis oleh Paulus dalam 1 Kor 9: 26-27

 

“Oleh itu, aku terus menerus lari ke garis penamat. Seperti ahli tinju, aku tidak mahu mensia-siakan tumbukanku. Aku sungguh sungguh melatih tubuh untuk menguasai diri supaya aku tidak ditolak setelah mengibarkan Injil kepada orang lain.”

 

Manakala Binika, seorang kaum Kadazadusun dari Kota Marudu, Kudat utara Sabah mengikuti Yesus semata-mata kerana kasih Tuhan.

 

Charles Albert dengan isteri, Binika.

 

“Tidak ada orang yang menginjilkan saya. Saya berubah mengikut 1 Yohanes 4.77

 

“Saudara saudara yang kekasih marilah kita kasih mengasihi kerana kasih itu datang dari Tuhan. Sesiapa yang kasih mengasihi lahir daripada Tuhan dan mereka mengenal Tuhan.”

 

Dia menolak Seventh Day Adventist (SDA) yang diikuti sejak kecil lagi kerana mereka mengajarkan keselamatan rohani datang daripada memakan makanan tertentu bukan dengan mengaku iman dalam Yesus sahaja.

Selama 10 tahun sejak perkahwinan mereka pada tahun 1983 dia juga giat berdoa untuk Charles dilepaskan dari penyembahan berhala.

Suatu hari dia memberitahu Tuhan :

“Tiada gunanya saya terus hidup di dunia ini kalau suami saya terus tidak berubah!”

Mujurlah tiga tahun kemudian Charles dibebas dan diselamatkan.

 

|Share The Good News|

Samuel Nijjar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


*