Cerita Yusuf oleh Pr Joshua

30 Sept 2013 by Adeline Lum CM-

 

Pada 15 September, Pr Joshua Low dari Hosanna Praise Assembly menghuraikan cerita Yusuf dalam buku Kejadian.

 

Nyanyian dituju kepada Tuhan
Nyanyian dituju kepada Tuhan

 

Selepas menyembahi Tuhan dengan nyanyian, Nanoya Taungke memuji Tuhan tentang kebaikannya dalam menyelamatkan nyawanya. Nanoya terjatuh ke dalam sungai yang berarus derus dari perahu semasa dia sedang menyeberangi sungai. Namun, puji Tuhan kerana Nanoya dapat memegang pinggir perahu itu dengan kekuatan sehingga dia diselamati.  

 

Nanoya Taungke memberi pujian kepada Tuhan
Nanoya Taungke memberi pujian kepada Tuhan

 

Irene Goh juga menyampaikan testimoninya tentang penculikan anak buahnya oleh tiga perompak ketika dia sedang menaiki kereta. Dari Stadium Shah Alam, perompak tersebut memandu anak buahnya ke satu bank di Sungai Buloh untuk menggunakan kad kreditnya. Semasa anak buahnya sedang menunggu dalam kereta sekitar bank, anak buahnya tiba-tiba memperolehi satu keberanian yang tidak difahami untuk melarikan diri dari perompak di sebelahnya.

Dalam masa yang genting ini, anak Irene di Australia juga berasa pelik kerana komputernya tidak dapat dihidupkan. Pada masa itu, anak Irene berasa satu keberatan dalam hati untuk berdoa dalam bahasa Syurgawi. Apa yang hairan ialah komputernya boleh dihidupi dengan lancar selepas doa. Anak Irene tidak mengetahui bahawa sepupunya sedang diculik pada masa itu. Hanyalah Tuhan boleh memberkati dan menyelamatkan nyawa kita dari segala ancaman dan bahaya! Puji Tuhan di syurga!

 

Irene Goh menyampai testimoni anak buahnya
Irene Goh menyampai testimoni anak buahnya

 

Mazmur 62:2-3

Hanya Dialah gunung batuku dan keselamatanku, kota bentengku, aku tidak akan goyah. Berapa lamakah kamu hendak menyerbu seseorang, hendak meremukkan dia, hai kamu sekalian, seperti terhadap dinding yang miring, terhadap tembok yang hendak roboh?

 

Dalam huraian tentang Yusuf, Pr Joshua mengatakan Yusuf adalah hamba Firaun selepas dia dijual ke Egypt oleh abang-abangnya. Di Egypt, Yusuf tidak ada saudara-mara dan persekutuan Kristian untuk memberi sokongan dan galakan kepadanya. Pada masa yang sunyi itu, Yusuf mengalami ujian untuk imannya. Namun, dia tidak pernah melupai Tuhan dan mengikuti Dia dengan hati yang setia. Kerana itulah Yusuf tidak memenuhi nafsu isteri Firaun, lalu dia menfitnah Yusuf dan Yusuf dimasuki ke dalam penjara.

 

Pr Joshua Low dari Hosanna Praise Assembly
Pr Joshua Low dari Hosanna Praise Assembly

 

Dalam penjara, juru minuman dan juru roti Firaun juga dimasuki penjara dan bermimpi pada suatu malam. Namun, mereka tidak faham erti mimpi mereka dan muka mereka muram keesokan harinya. Lalu, Yusuf bertanya dan berkata, “Bukankah Tuhan yang menerangkan erti?” Yusuf menaksirkan erti mimpi mereka dan berkata kepada juru miniman bahawa pangkatnya akan dikembalikan dan juri roti itu akan digantung. Kalau penaksirannya adalah benar, Yusuf memperingatkan juru minuman untuk menunjukkan terima kasih dengan menceritakan hal ehwal Yusuf kepada Firaun.

Namun, juru minuman itu melupai kasih Yusuf. Begitulah kelakuan manusia, Pr Joshua berkata bahawa kita juga sering lupa untuk mengembalikan jasa baik orang. Oleh itu, Pr Joshua selalu memperingatkan jasa baik orang dan berusaha untuk mengucapkan terima kasih dengan mengirim kad terima kasih secara ekspress.

 

Pr Joshua Low berdoa untuk satu saudari Kristian
Pr Joshua Low berdoa untuk satu saudari Kristian

 

Walaupun manusia sering lupa, Tuhan tidak akan lupa kita. Selepas dua tahun, juru miniman itu dikembalikan pangkatnya, Firaun bermimpi dan juru minuman itu teringat akan jasa Yusuf. Cara Tuhan memberkati kita berdasarkan waktu kita bukanlah terbaik atau paling sesuai. Sebenarnya, Yusuf mahu diperkenalkan kepada Firaun dua tahun lebih awal. Namun, dalam tempoh ini, Yusof sedang dipersiapkan oleh Tuhan untuk menjadi kuasa yang akan dilantik oleh Firaun untuk seluruh Mesir.

Selepas penaksiran oleh Yusuf, Firaun memberi kuasa kepada Yusuf untuk menyimpan tanaman-tanaman dalam gudang sebagai penyediaan untuk musim kemarau. Sebenarnya, inilah ialah rancangan Tuhan untuk memberkati keluarga Yusuf dengan kesejahteraan dan keselmatan, dan juga menyelamati orang Israel dari kebuluran.

 

Pujian kepada Tuhan
Pujian kepada Tuhan

 

Pr Joshua pernah bertanya kepada Tuhan, bolehkah dia menjadi seperti Yusof untuk menaksirkan erti mimpi? Namun, pada hari ini, ketika Yesus mati, Dia telah memberi kita khairunya supaya kita boleh mempunyai satu hubungan yang jelas dengan Tuhan. Kitab kita juga boleh membantu kita memahami Tuhan.

Sebagai gembala, hati Pr Joshua didorong melihat semua orang datang menyembah Tuhan di gereja sebagai satu keluarga dalam Yesus. Akhirnya, Singgo Taungke mengatakan bahawa kesaksian tentang Yesus adalah sangat penting kerana roh manusia itu adalah sangat mustahak untuk Tuhan. Semoga Tuhan memberkatimu.

 

Singgo Taungke dengan isterinya, Nanoya Taungke, memuji Tuhan dengan nyanyian
Singgo Taungke dengan isterinya, Nanoya Taungke, memuji Tuhan dengan nyanyian

 

Share the Good News

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


*