Berjuang Untuk Mempertahankan Iman Sebagai Seorang Kristian

Ref: wordpress | https://baptistspirituality.files.wordpress.com/2017/05/boxing-gloves-stock-image.jpg

 

Kita kerap kali mendengar bahawa sebagai seorang Kristian, kita telah diberi identiti baru apabila kita diselamatkan.  Akan tetapi, berapa kerapnya kita merenungkan bagaimana kita mendapat pengetahuan tentang ini, apakah maksudnya, dan bagaimanakah harus kita berkelakuan terhadapnya?

Yesus memberitahu melalui firman-Nya bahawa kita memperolehi identiti kita sebagai seorang Kristian melalui wahyu Ilahi.  Tuhan Sendiri memberitahu siapakah kita dan kita menjadi seperti yang difirmankan apabila kita mempercayai firman itu.  Wahyu adalah karunia Tuhan dan di dalamnya terdapat kuasa yang luar biasa.  Melaluinya kita mendapat tahu identiti sebenar kita.

 

Ref: wordpress

 

Terdapatnya perkembangan yang penting dalam mengetahui diri kita sebagai pengikut-pengikut Kristus.  Roma 8:15-17 berkata bahawa Roh yang kita terima membuatkan kita tidak takut lagi dan menjadikan kita anak Tuhan.  Roh itu bersaksi bersama-sama dengan roh kita, bahwa kita adalah anak-anak Tuhan;  Bukan sahaja dicipta oleh-Nya tetapi juga untuk menjalin perhubungan dengan-Nya.  Tambahan pula, sebagai anak Tuhan, kita diberikan posisi sebagai ahli waris-Nya.  Jika memang kita pada masa sekarang menderita bersama-sama dengan-Nya supaya kita juga dipermuliakan bersama-sama dengan-Nya pada masa akan datang.

Wahyu penting ini jangan dipandang ringan.  Seperti yang ditegaskan Soren Kierkegaard, samada engkau Kristian ataupun bukan.  Engkau tidak boleh menjadi kedua-duanya pada masa yang sama, dan Yesus juga berkata sedemikian di Mattius 6:24 bahawa tidak ada seorang pun dapat mengabdi kepada dua tuan.

 

Ref: quotesfrenzy.com

“Ada dua jenis penipuan, satu adalah untuk mempercayai dusta dan satu lagi adalah untuk menolak kebenaran.”  -Soran Kierkegaard

 

Firman Tuhan banyak kali menasihati kita untuk berjuang mempertahankan iman kita.  Walaupun sibuk, Paulus menekankan perkara ini kerap kali kepada Gereja Awal.  Di Filipi 1:27 dia menasihati mereka untuk terus teguh berdiri dan supaya hidup mereka berpadanan dengan Injil Kristus selalu.  Dalam 1 Korintus 2:4-5, dia menasihati mereka supaya iman mereka jangan bergantung pada hikmat manusia, tetapi pada kekuatan Tuhan.  Begitu juga di 1 Tesalonika 1:4-5, dia memperingati mereka bahawa injil bukan disampaikan dengan kata-kata sahaja tetapi juga dengan kekuatan Roh Kudus.

Kita berjuang di dalam peperangan rohani dan pertempuran itu sengit.  Iblis ingin merompak warisan kita dan ramai orang Kristian yang gagal kerana tidak mengambil serius identiti mereka.

 

Ref: wordpress

 

Cara-cara iblis menyerang:

 

1. Murtad

 

ref : http://38.media.tumblr.com

 

Yudas 1:4 memberi amaran tentang bahayanya murtad dan pergaulan kita.  Mungkin akan ada di kalangan kita orang yang akan meyakinkan kita untuk menafikan identiti Yesus dan keTuhanan-Nya.  Ada yang akan mempengaruhi kamu untuk menyalahgunakan kasih karunia Tuhan untuk berdosa.

Sebagai orang Kristian, kita mesti berpengetahuan dan teguh berdiri di dalam firman Tuhan.

 

2. Kecenderungan untuk Jatuh kepada Hukum-Hukum Semata-Mata

 

Ref: pinimg

 

Bagaimana menjadi seorang legalistik:

  1. Mencipta peraturan sendiri yang tidak berdasarkan firman Tuhan.
  2. Nekad untuk mematuhi peraturan sendiri.
  3. Menghukumi diri sendiri apabila tidak mematuhi peraturan.
  4. Bangga apabila mematuhi peraturan sendiri.
  5. Menghakimi orang lain.
  6. Rasa marah dengan orang lain yang melanggar peraturan kamu ataupun apabila mereka mempunyai peraturan yang berbeza.
  7. Tidak mengendahkan pengkritik.

 

Amaran tentang ini boleh dijumpai di Galatia 3:2-5 .  Di dalam ayat ini, Paulus menegur Gereja Awal kerana menumpukan terlalu banyak perhatian kepada hukum Taurat.  Apa yang Paulus cuba memberitahu adalah mereka telah menerima Roh Kudus kerana kasih karunia Tuhan dan bukannya melalui usaha sendiri.  Persoalannya adalah; adakah Tuhan kurang mengasihi kita apabila kita jatuh dalam dosa?  Adakah Tuhan lebih mengasihi kamu apabila kamu mencapai tahap yang ditetapkan? 

Jikalau kita tidak berhati-hati, kita berisiko mementingkan Hukum Taurat lebih daripada perhubungan dengan Tuhan.  Pekerjaan yang baik datang secara semulajadi melalui perhubungan kita dengan Tuhan.  Ia berhasil daripada iman dalam Tuhan dan pekerjaan Roh, bukan daripada usaha sendiri ataupun kerana kita dapat mematuhi Hukum Taurat.  Kita harus beringat-ingat supaya kita tidak memegahkan diri.  (Efesus 2:8-9)

 

3. Kecendurungan memelihara adat istiadat

 

Ref: wordpress

 

Adat istiadat sama seperti legalisme.  Apabila terlalu banyak tumpuan dicurahkan pada adat istiadat, kita akan mementingkan adat istiadat dan upacara dan bukannya perhubungan dengan Tuhan.  Iman kita akan seperti mati.  Kita perlu pandai mengenal pasti adat yang mana  berunsur kebudayaan dan yang mana berunsur kerohanian.  Kita perlu melepaskan budaya-budaya yang  mempunyai asal-usulnya dari kerohanian yang berbeza.  Matius 15:3-6 dan Markus 7:13 memberi amaran tentang ini.

 

4. Kecenderungan untuk pengabaian dan kehilangan iman

 

Ref: ref : http://imissedchurch.files.wordpress.com

 

Ramai orang Kristian gagal di sini.  Berapa ramai orang yang mengelarkan dirinya Kristian tetapi tidak menghadiri gereja dan tidak berpengetahuan asas tentang kepercayaan mereka?  Yesus banyak memberi amaran kepada orang Kristian tentang ini dan kebanyakkan perumpaan-Nya berkaitan dengan perkara ini.  Kebanyakkan perumpamaan ini dikenali kita ( Perumpamaan Dua Dasar, Perumpamaan gadis-gadis yang bijaksana dan bodoh, perumpamaan tentang seorang penabur, Perumpamaan tentang Talenta).

Ibrani 2:1-4 memberi amaran tentang betapa kita harus lebih memperhatikan firman Tuhan supaya kita jangan hanyut dibawa arus.  Tuhan berfirman oleh tanda-tanda dan mukjizat dan oleh berbagai-bagai penyataan kekuasaan dan karunia Roh Kudus.

 

Ref: wordpress

 

Penipuan utama iblis adalah untuk memutar belit perhubungan serta iman kita dalam Tuhan dan menukarkannya menjadi keagamaan.  Keagamaan secara lahiriah kelihatan indah tetapi tidak berkuasa.  Ia mengalihkan perhatian kita daripada kebenaran.  Iblis tahu apabila perhatian kita dialihkan daripada Tuhan, dia dapat memberi kita masalah dan kita tertipu dengan berfikir kita lebih alim daripada orang lain ataupun menyebabkan kita berputus asa kerana kita berfikir kita tidak akan dapat menjadi benar di hadapan Tuhan. 

Di Lukas 5:15-24,  Yesus disoal kerana menyembuhkan seorang yang lumpuh melalui pengampunan dosanya.  Ahli Farisi hanya mengetahui hukum tertulis tetapi Yesus memahami Roh hukum itu.  Dia nampak iman yang dimiliki oleh orang lumpuh dan rakan-rakannya dan memberi mereka kesembuhan berdasarkan iman mereka.  Kekristianan adalah sesuatu yang menyeluruhkan dan tidak ada sesuatu pun di dalamnya yang dapat dipisahkan. Hukum dari Tuhan,  kasih karunia-Nya, pencurahan berkatnya kepada semua di sekeliling kita hanya lengkap bersama-sama.

 

Ref: tqn.com

 

Adakah kita mengikuti peraturan-peraturan (contohnya keagamaan) untuk pergi ke syurga?  Adakah kita merasakan diri tidak dapat mencapai tahap yang ditetapkan oleh minda kita?  Adakah perhubungan kita dengan Tuhan berdasarkan ujian prestasi?  Paling penting sekali, berapa kerapnya kita berkomunikasi dengan Tuhan?  Adakah kita mahu mengenali-Nya dengan lebih mendalam sepertimana perhubungan kita dengan keluarga kita?  Tuhan amat mengingini perhubungan sedemikian.

Sekarang adalah masanya untuk berhenti bertengkar tentang perkara-perkara kecil seperti politik gereja dan perbezaan denominasi.  Fokus kepada Tuhan dan berhenti menjadikan perhubungan dengan-Nya sesuatu keagamaan.  Kenalilah identiti kamu dan tidak ada apa-apa label yang dilemparkan dunia ini berkuasa mengubah identiti kamu.  Inilah masanya untuk yakin dalam identiti anda dan rehatlah di dalam Tuhan; Kembalilah kepada-Nya. 

 

Nota: Garis panduan yang digunakan untuk perenungan ini telah diperoleh dari kelas tentang wahyu oleh Pr Derek Hong yang menyertai Church of Our Saviour, Singapura.

 

NOTE: The English article can be found at http://christianitymalaysia.com/wp/contending-faith-christian/  

 

|Share The Good News|

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


*